'BELAJAR BAHASA ARAB ala Sekolah Pondok', Hadith dan sedikit artikel berbahasa Melayu.


صرف/SARAF/SORF: Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf

صرف/SARAF/SORF: Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: +1 (from 1 vote)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU SOROF (الصرف)

Mengetahui sorof (kaji bentuk perkataan) adalah sangat penting dalam mempelajari Bahasa Arab kerana dengan perubahan bentuk atau ‘sighah’ sesuatu perkataan, maka perkataan itu akan berubah sama sekali.

Ibnu Faris rahmatullah alaih berkata bahawa seseorang yang tidak mengetahui ilmu sorof sebenarnya telah kerugian banyak perkara.

‘Allama Zamakhshari rahmatullah ‘alaih telah menukilkan dalam kitab Tafsir ‘Ujubat bahawa oleh kerana tidak mengetahui ilmu sorof, ada orang tertentu telah menterjemahkan ayat ini:


يَوْمَ نـَـدْعـُـواْ كـُـــلَّ أ ُنـَـاس بـِـإ ِمـَامِهـِـمْ

Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama ibunya.”

Sedangkan terjemahan yang sebenar ialah,

“Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama pemimpinnya.”

Dia menyangka bahawa perkataan ‘imam’ yang menunjukkan bilangan seorang ‘ketua’ adalah jamak kepada perkataan ‘umm’ yang membawa makna ‘ibu’.

Sekiranya dia mahir dalam ilmu sorof, dia sudah tentu faham bahawa perkataan yang menunjukkan bilangan ramai bagi perkataan ‘umm’ أ ُمٌّ bukanlah ‘imam’ إ مام sebaliknya

‘ummahaat’ أ ُمـَّـهـَـات

Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR’AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 24

صرف/SARAF/SORF: Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf, 5.0 out of 5 based on 1 rating
468 ad
Kirim update terbaru dari Blog ArabMykrk.com terus ke email tuan/puan.

Taipkan alamat email:

Delivered by FeedBurner



Sila periksa email tuan/puan.
Feedburner akan meminta alamat email diaktifkan.
Selepas itu barulah tuan/puan akan menerima update terbaru dari blog ini. Terima kasih, jumpa lagi. InsyaAllah. (^_^)