Penulis

Print Friendly

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته دان سلام سجهترا

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
 

Tahniah kerana berjaya menjejaki ‘Pondok Mykrk’ yang baru, demam-demam saya menukang pondok baru ini ……..

Walau apa pun tahap pencapaian Bahasa Arab tuan/puan, insyaAllah ada mata pelajaran yang sesuai untuk anda di sini. Saya memilih tema ‘ala sekolah pondok’ kerana ianya menekankan sistem pembelajaran yang terperinci (kulit ke kulit), berulang-ulang dan banyak membuat latihan.

Jika tuan/puan kurang serasi dengan cara ini, tidak mengapa, Mykrk ada menyediakan banyak pautan ‘Belajar Bahasa Arab’. Sila klik butang di bawah.


Oh ye, blog baru saya ini menggabungkan ketiga-tiga blog lama saya. Bukannya apa, asyik mengemaskini blog Bahasa Arab sahaja, dua buah blog lagi terbiar begitu saja. Jadilah dua blog itu macam anak tiri bukan?

Walau bagaimanapun keutamaan blog ini ialah belajar Bahasa Arab. (Saya yang mahu belajar semula sebenarnya!) Jom kita belajar bersama-sama.

Eh, siapa Mykrk ni? Biarlah rahsia………. cuma, saya ini orang Melayu-Jawa Johor, Malaysia dan sudah berkeluarga. Sudah tua pun! Tidak percaya? Ok, saya lahir pada tahun 1970…….. “Oh, sudah tua rupanya aku! Tau takpe……..”

Jemptlah sertai 349 orang pelanggan yang lain untuk mengikuti perkembangan kami seberapa segera sebaik saja artikel diterbitkan:

fb/a/mailverify?uri=arabmykrk/MeBL', 'popupwindow', 'scrollbars=yes,width=550,height=520');return true">

Taipkan alamat email:

Delivered by FeedBurner

 

Penghargaan dan terima kasih

Ibu bapa yang melahir, mendidik dan mengasuh hingga dewasa.


Guru-guru yang mengajar dan mendidik;

Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang, Johor. (1977-1982)
Sekolah Menengah Agama (Arab) Bugisiah Tampok, Benut, Pontian, Johor. (1983-1986)
Sekolah Menengah Tinggi Arab Maahad Johor. (1987-1990)
Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. (1992-1994)

E, eh, apa kelulusan Mykrk ni ye? Memandai-mandai hendak mengajar Bahasa Arab? Hihihi…….. saya tidaklah sepandai mana.

Cuma ada diploma pendidikan – Pengajian Agama. (1994).
‘jayyid jiddan’ (جيد جدا) peperiksaan Syahadah Thanawiyyah (1991).
Prinsipal C di dalam subjek Bahasa Arab STPM (1990).
‘jayyid jiddan’ (جيد جدا) di dalam peperiksaan Syahadah Ibtida’iyyah (1986)

Tahun 1990 saya menduduki peperiksaan STPM dan Syahadah Thanawiyyah. Ketika itu tiada peperiksaan STAM seperti sekarang. Terasa amat berat sehinggakan cuma mendapat pangkat maqbul (مقبول) dalam Syahadah dan 3P dalam STPM. Tetapi syukur tiada kertas peperiksaan yang perlu diulang.

Seingat saya hanya tiga orang calun dari Maahad yang menduduki peperiksaan STPM. Kami dikira sebgai calun persendirian dan menduduki peperiksaan STPM di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru.

Sewaktu menjadi guru agama sandaran saya mengambil peperiksaan syahadah sekali lagi pada tahun 1991. Eh, tidak dapat mumtaz (cemerlang) juga!

Pada tahun 1991 inilah kebanyakan rakan saya meneruskan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Kelulusan seminimum ‘maqbul’ sudah melayakkan calun syahadah Thanawiyyah untuk menyambung pelajaran ke al-Azhar.

Sistem sekolah arab negeri Johor ketika itu ialah empat tahun peringkat menengah rendah dan empat tahun peringkat menengah tinggi. Kami dibenarkan ‘melompat’ kelas sekiranya mendapat keputusan 90% ke atas ketika peperiksaan setengah tahun.

Sistem yang kami lalui ini menyebabkan kami ‘menua’ di Maahad. Tambahan pula tiada had umur untuk belajar. Ada yang masuk sekolah arab selepas tamat darjah enam sekolah rendah. Ada yang masuk selepas SRP (PMR). Malah ada juga yang mula belajar di sekolah arab selepas SPM. Di kalangan kami ada juga yang sudah berumahtangga………..

Kini sistem pengajian sedemikian sudah diubah………..

Kenapa Mykrk tidak pergi ke Mesir bersama rakan-rakan yang lain? ……… Ya Allah, jodoh sudah sampai. Tidak mampu mengelak!

Ala kulli hal…… alhamdulillahi hamdan kathiran toyyiban mubaarokan fiiiiiih…………

Memandangkan kelayakan saya yang tidak seberapa ini, kemaafan tuan/ puan saya pohonkan di atas segala kekurangan yang terdapat di dalam pelajaran Bahasa Arab di dalam blog ini.

Saya berusaha untuk peka kepada komen-komen setakat yang mampu saya jejaki di alam siber ini. Sekiranya ada post yang dianggap salah, saya akan memadam artikel berkenaan.

Tujuan kita mencari ilmu ialah mencari kebenaran………….. Tujuan kita menyampaikan ilmu ialah menyampaikan kebenaran………….. bukankah begitu?

Walaupun hidup tidak selalu indah bak langit yang tidak selalu cerah, saya ada pengalaman sewaktu belajar yang ingin dikongsikan dengan tuan/cikpuan sekalian. Ianya seolah-olah promosi makanan kesihatan untuk meningkatkan keupayaan pembelajaran seseorang. Namun hakikatnya lebih daripada itu.

Tetapi saya sedar tidak semua orang menyetujuinya…….. ewah, bukan main meng’ayat’ lagi. Kalau hendak mengetahuinya, sila klik pautan ini – Bagaimana Saya Boleh Maju Dalam Pelajaran Dan Ko-Kurikulum. Terima kasih.

Pencetus Idea Berkarya

“Click to go to (Klik untuk Ke)~Dominasi Pertamaku // My First Domination~”

Bantuan Teknikal

Rizal KomenEbook
Md. Nordin
Shamsuriyadi.com
kujie2.com

Blog-blog (lama) saya:

Kembar Blog Ini:

http://arabmykrk.wordpress.com/
http://arabmykrk.blogspot.com/

Blog-blog (sokongan) saya:

ArabMykrk.com / Pusat Sumber
ArabMykrk.com / Widget

Google

Wak Mykrk

Reka Lencana Anda


If you enjoyed this post, please consider subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
Web Analytics