صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)




  • Print Friendly

    Sebelum kita pergi jauh lagi. Ada satu perkara yang amat penting diketahui, iaitu bagaimana hendak mengetahui kata dasar bagi perkataan Arab? Kalau dalam pelajaran Matematik kita belajar tentang ‘rumah nombor’. Rumah ‘se’, ‘puluh’, ‘ratus’, ‘ribu’ dan seterusnya. Haa…. dalam ilmu Sorf pun amat amat amat penting untuk pelajar-pelajar mengetahui tentang ‘rumah’ ni……. aik, rumah mendenye?

    Ok, semua feel kena diselaraskan dengan rumah : فـــــعـــــل = ف ع ل

    Contoh:

    نـَـصـَـرَ يـَـنـْـصـُـرُ

    atas wazan / timbangan / bentuk / paten;

    فـَـعـَـلَ يـَـفـْـعـُـلُ

    Jadi dalam perbincangan;

    huruf ن akan digelar / disebut sebagai faa’ul fi’li (فـَـاءُ الـْـفـِعـْـلِ)
    huruf ص akan digelar / disebut sebagai ‘ainul fi’li (عـَـيـْـنُ الـْـفـِـعـْـلِ)
    huruf ر akan digelar / disebut sebagai laamul fi’li (لامُ الـْـفـِـعْـلِ)

    Habis huruf ي tu apa halnya menyibuk kat situ? Owh, huruf ي tu ditambah sebagai menunjukkan bahawa;

    يـَنـْصـُـرُ adalah feel mudhari’ / perbuatan yang sedang dilakukan / present tense / الفعل المضارع

    يـَـنـْـصـُـرُ = sedang menolong

    Jika tiada huruf ي iaitu نـَصـَرَ sahaja,
    ia menunjukkan perbuatan telah dilakukan / feel madhi /past tense / الفعل الماضى

    نـَصـَـرَ = telah menolong

    Contoh-contoh lain:

    قــَـــرَأ – telah baca

    أ كـَـلَ – telah makan

    ذ َهَــبَ – telah pergi

    Kesimpulan:

    ق، أ، ذ – faa’ul feel / فـَاءُ الـْـفِـعـْـل / rumah ف

    ر، ك، ه -‘ainul feel / عَـيـْـنُ الـْـفِـعـْـل / rumah ع

    أ، ل، ب -laamul feel / لاَمُ الـْـفِـعـْـل / rumah ل

     

    Pendahuluan Ilmu Saraf (i)

    Rujukan:

    Rancangan ‘Durus ‘Arabiah’ radio IKIM.FM

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On