Yakjuj dan Makjuj

صرف/SARAF/SORF: Tasrif : Pendahuluan, Dhomir dan Latihan

Print Friendly

Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah سبحانه وتعالى kerana mempertemukan kita lagi dalam pelajaran Sorf.

Maaf, ia sepatutnya diterbitkan sejak semalam lagi. Namun beginilah saya, bagi pelajaran Nahu dan Sorf, saya memerlukan masa yang agak panjang bagi menyiapkannya atas beberapa sebab;

i. Pada hemat saya, teknik pembelajaran yang ala-ala kitab kuning yang berorientasikan teks dakwat hitam yang berjela-jela perlu diwarnai dan diberi sentuhan yang lebih menyegarkan.

ii. Prihatin terhadap generasi muda yang lebih berminat untuk belajar daripada bahan canggih selari dengan perkembangan teknologi terkini seperti grafik dan seumpamanya.

iii. Bahan-bahan pelajaran yang berbentuk teks perlu ditranformasikan kepada bentuk peta minda, jadual, carta dan gambarajah agar lebih berkesan serta mudah difahami.

Oleh yang demikian, beberapa langkah perlu saya ambil. Antaranya;

i. Mendapatkan bahan daripada pelbagai sumber seperti; kitab dan nota sekolah, buku-buku terbaru di pasaran, bahan-bahan daripada internet dan radio (tv jarang saya tonton) serta bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan.

ii. Menyusun kronologi pelajaran dan penyampaian.

iii. Mengarang dan melakukan ‘pemeraman’. (Kadang-kadang terperam hingga menjadi ‘tapai basi’….. hihi….)

iv. Memindahkan teks dalam bentuk rajah, carta, jadual atau peta minda.

v. Membuat penilaian semula.

vi. Memuat naik semua bahan ke blog ini………

Hah,……… letih ke? Bila sudah siap, hilang semua letih…… i tell u…….. saya suka kerja ini. Betullah kata orang, jangan susah hati…… kerja anda telah Allah tentukan, buatlah kerja anda dengan tenang dan tekun. Tiada sesiapa yang akan mengambil kerja anda.

Rezeki anda telah ditentukan, cari dengan cara yang halal sebab tiada sesiapa pun yang boleh mengambil rezeki anda. Semuanya dalam tangan dan ketentuan Allah.
Perkara yang dalam kuasa Allah tiada jalan untuk mendapatkannya kecuali dengan cara mentaatiNya jua……

So, jangan bersedih apabila kesayangan kita meninggal dunia kerana kita tidak akan mati selagi belum menghabiskan rezeki yang telah Allah tentukan untuk kehidupan kita di dunia ini…….

Eh, kenapa saya berleter nih….. macam mak nenek….

Baiklah, sebelum meneroka pelajaran ‘Feel Thulathi Mazid Biharfain’, apa kata kita rehat sejenak, kita lihat dahulu pelajaran ‘Tasrif’.

Ada seorang kawan saya, suka rancangan Hayya bil-Arabiah. Tapi bila dengar Ustaz Majdi Ibrahim kata, “Ayat itu, kalau mereka lelaki, kalau mereka perempuan, ada beberapa perubahan…..” Ho…… dia syudah feninglah……

‘Teacher Nash’ saya itu pun sama juga….. kalau baca hadith, mulalah dia soal saya, “Kenapa ‘hu’, tak boleh ‘ha’? Kenapa ‘huma’, kalau saja-saja nak ‘him’ tak boleh ke?……… Haish, fenatlah saya nak jawab!……….

Seronoknya bila Teacher Nash tolong terjemahkan Hayya bil-Arabiah ke bahasa Inggeris. Saya bertanya, “Hai, tak berubah ke ayat ni, lelaki, perempuan?” Dia jawab, “Tak, Bahasa Inggeris senang je, tak macam Bahasa Arab.” “Oh, ye ke?”………Saya menggaru kepala yang tak gatal……….

Eh?…… Saya membebel lagi ye?……. Hu……..

Baiklah, ‘DHOMIR’ ضمير boleh juga disebut sebagai ‘Kata ganti nama’. Haaaa, sebelum belajar Tasrif تصريف , kita berkenalan dulu dengan encik Dhomir ini ye.

Oleh kerana dhomir di bawah ini banyak, maka kita panggil ia Dhomaa’ir ضمائر …… hehe, jangan kerut dahi tuh, tak hensem pun… huhu….

Sila telusuri jadual di bawah ini dan faham serta hadamkan ye, jom….

dhomir

Kata Ganti Nama (Dhomir / adh-Dhomaa'ir)

Latihan:

Isi tempat kosong (garisan berwarna merah) dengan kata ganti nama yang sesuai:

Cukuplah setakat ini saja dulu. Lain kali kita belajar dengan lebih mendalam lagi dan saya akan bagi latihan yang ‘tangkap maut’ punya….. hwahaha, acah je…..

Assalamualaikum. Luv u all… (hei, buang tabiat Mykrk hari ni…. hehehe…… astaghfirullah…)
سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لاإله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك

Rujukan:
1. Hj. Muhammad Roihan asbullah M.A. 2002. Perbualan BAHASA ARAB Untuk Peringkat Rendah & Menengah. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada. m.s: 16 – 18.
2. Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. 2009. Indahnya HIDUP BERSYARIAT. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. m.s: xvi.
3. N.A Salleh. 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu. Selangor: Perintis Book Sdn. Bhd.

If you enjoyed this post, please consider subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Yakjuj dan Makjuj

Author: dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

Share This Post On
Web Analytics