صرف/SARAF/SORF: WAZAN Feel Ruba’i Mujarrad:(الفعل الرباعى المجرد (فَـعـْــلـَـلَ يـُــفـَــعـْـلـِـلُ




  • Print Friendly

    SARAF wazan ruba'i mujarrad

    Hari ini kita akan mempelajari tentang feel ruba’i mmujarrad (tulisan berwarna biru) iaitu feel yang mempunyai empat huruf asal (tiada penambahan huruf di dalam wazan)

    Untuk mengingati pelajaran kali ini amat mudah kerana wazan feel ruba’i mujarrad hanya mempunyai satu wazan sahaja. Iaitu:

    فَـعـْــلـَـلَ (feel madhi – telah berlaku / past tense)

    يـُــفـَــعـْـلـِـلُ ( feel mudhari’ – sedang berlaku @ akan berlaku / present tense)

    Di dalam kitab ianya tertulis begini:

    أ َمـَّــا الـر ُّبـَــاعـِــى الـْــمـُــجـَـرَّدُ فـَــلـَــهُ وَز َنٌ وَاحـِــدٌ، وَهـُــوَ أ َن ْ تـَــكـُـون َ مـُــضـَــار ِعـُــهُ مَـضـْـمـُــومَ حـَــرْفِ الـْــمـُــضـَارَعـَـةِ مـَــكْـسـُـورَ مـَــا قـَـبـْــلَ الآخــِــر

    Maksudnya : Adapun Ruba’i Mujarrad maka baginya satu wazan. Iaiitu hendaklah pada feel mudhari’nya – dibariskan hadapan huruf mudhari’nya (huruf yang pertama, samada: ي ، ت ، أ ، ن) dan bariskan bawah huruf sebelum akhir.

    Contoh:

    Kamus Ruba'i Mujarrad

    Untuk menjadikan sesuatu feel itu ‘akan berlaku’, kita hanya perlu menggunakan feel mengikut wazan feel mudhari’ dan tambahkan sahaja sama ada huruf sin berbaris atas (سَ) atau (سـَــوْفَ) pada awal perkataan tersebut.

    Contoh:

    يـَــنـْـصـُــرُ : dia sedang monolong

    سـَــيـَــنـْــصـُـرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa terdekat)

    سـَــوْ فَ يـَــنـْــصـُــرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa lebih jauh atau lama)

    KANDUNGAN PELAJARAN SARAF / SORF / صرف

    Rujukan:
    1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٦
    2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
    3.
    4. Joyce M.Hawkins. KAMUS DWIBAHASA OXFORD FAJAR. 2006. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On