صرف/SARAF/SORF: Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin. ٌفـَــاعـَــلَ يـُــفـَــاعـِــل مـُــفـَــاعـَــلـَــة ٌ/ فـِــعـَــال

Print Friendly

Assalamualaikum.

Kita berjumpa lagi dalam pelajaran Saraf, iaitu pelajaran yang membincangkan tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam sesuatu perkataan. Berbeza dengan Nahu yang lebih menumpukan kepada perubahan-perubahan baris terakhir sesuatu perkataan (berbeza baris akhir, berbezalah makna perkataan itu)

Dalam pelajaran Saraf, kita lihat perubahan-perubahan yang berlaku bukan pada huruf terakhir, ok?

Pelajaran hari ini menyentuh berkenaan dengan:

Al-fi’luth Thulathi (Sulasi) Mazid Biharfin Waahid. ( الفعل الثلاثى مزيد بحرف واحد)

Apa bendalah tu e? (Orang Johor ni cakap banyak e’ e’, kadang-kadang jadi panjang; eeeeeeee? Kwang kwang kwang.

Istilah itu bermakna = feel 3 huruf ditambah satu huruf. Jadilah ia berapa huruf? 4 huruf….. pandai….. nah, seposen.

Pertambahan huruf ini adalah sama ada:
1. digandakan salah satu daripada tiga huruf dalam feel thulathi (sulasi) mujarrod.
2. ditambah huruf mad (alif)
3. ditambah huruf أ pada awal perkataan

Feel Thulathi (sulasi) Mazid Biharfin Waahid. (الفعل الثلاثى بحرف واحد)hanya ada 3 wazan sahaja.

Baiklah, sila perhati peta minda di bawah,

SARAF Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin

Hari ini kita belajar wazan yang kedua daripada Feel Thulathi (sulasi) Mazid Biharfin Waahid iaitu;

Feel madhi (past tense)فـَــاعـَـل
Feel mudhori’ (present tense)يـُــفـَــاعـِــل
Masdar (nama terbitan)مـُــفـَــاعـَــلـَــة / فـِــعـَــال
(Jangan tak tahu, saya tak berani bariskan huruf terakhir sebab kalau taip font arab ke dalam blog, bercampur dengan font rumi pula, nanti baris akhir tu lari-lari, tak nak duduk dengan huruf yang sepatutnya ia berada)

Baiklah fungsi-fungsi wazan ini adalah seperti berikut:

1. الـْــمـُــتـَــعـَــدِّى – al-muta’addi

Asal feel ini ( اللازم) – AL-LAAZIM – iaitu;
‘Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap’
- kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa kata lain untuk menyempurnakan maksudnya.

Contoh ayat;
كــَــرُمَ مـُــحـَــمـّـَــدٌ
Karuma Muhammadun
Muhammad
mulia.

Contoh-contoh lain dalam Bahasa Melayu;
Adik baru pulang.
Kawan-kawan saya sedang leka
berbual.
Bayi itu sedang menangis.

Apabila perkataan كــَــرُمَ diubah mengikut wazan فـَــاعـَـل, ia akan menjadi كـَــارَمَ
Perkataan itu telah berubah daripada feel LAZIM menjadi feel MUTA’ADDI

( الـْــمـُــتـَــعـَــدِّى) – AL-MUTA’ADDI – iaitu;
‘Kata kerja aktif transitif’
- menerima awalan meN – dengan atau tanpa akhiran –i dan –kan.
- perlu berjumpa dengan objek (kata nama) secara terus untuk melengkapkan maksudnya.

Contoh ayat;
كـَــارَمَ مـُــحـَــمّـَــدٌ عـَــلـِــيـّـًــا
Kaaroma Muhammadun Aliyyan
Muhammad memuliakan Ali.

Muhammad memuliakan siapa?

Muhammad memuliakan Ali.

Jadi kalau guna wazan yang asal iaitu fa’ula – karuma كــَــرُمَ , ianya tidak tepat.
Perkataan karuma kenalah diubah menjadi kaaroma كـَــارَمَ . Barulah ia ada imbuhan me……….kan.

Contoh-contoh lain;
حـَــســُـنَ – baik, elok حـَــاسـَــنَ – membaiki, memperelokkan.

Contoh-contoh di bawah ini lebih kurang nombor satu juga. Terus terang saya kata katakan, sebenarnya saya kurang reti untuk memberi penerangan berkenaan pelajaran Saraf ini. Justeru itu, saya banyak merujuk kepada rancangan ‘Durus Arabih’ radio IKIM.fm setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 pagi.

2. التـّـَــكـْــثـِــيْر – at-takthir (membanyakkan)

Contoh;
كـَــثـُــرَ – banyak كـَــاثـَــرَ – membanyakkan

Contoh ayat;
كـَــاثـَــرْت إ ِحـْــسـَــانـِــى عـَــلـَــيـْــهِ
Kaathartu ihsaanii alaihi
Saya membanyakkan ihsan saya ke atasnya.

Mengapa jadi كـَــاثـَــرْت (kaasartu) pula? Aduh, ni nak kena belajar tasriflah pulak! Tapi saya suka sangat tasrif.

Emmm… macam ni

Anda tentu tahu tentang ‘kata ganti nama diri orang’ bukan?
Kalau Bahasa Melayu ‘kata ganti nama diri orang’ ada tiga bahagian.

1: saya, aku, patik, beta, hamba, kami, kita, ku dan aku.
2: kamu, anda, engkau, kalian, awak, kau, dikau dan saudara.
3. mereka, dia, beliau, ia, baginda dan –nya.

(Ustaz Nasaruddin selalu membincangkan hal ini dalam radio IKIM.fm pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.30 pagi) Eh, radio IKIM lagi! ……….

كـَــاثـَــرَ – untuk ‘kata ganti nama diri orang ketiga’ iaitu dia atau هـُــوَ
Jadi, كـَــاثـَــرَ maknanya – dia membanyakkan.

كـَــاثـَــرْت (kaasartu) – untuk ‘kata ganti nama diri orang pertama’ iaitu saya atau أ َنـَــا
Jadi, كـَــاثـَــرْت (kaasartu) maknanya – saya membanyakkan.

Haa…… Nampak tak apa kerja ilmu Saraf ni? Itu yang bengang tu masa sekolah dulu-dulu……. Berbuih-buih mulut nak menghafal………. Sampai keluar asap kepalanya …….

Huwa huma hum hiya huma hunna anta antuma antum anti antuma antunna ana nahnu huwa kaasaro huma kaasaroo hum kaasaruu hiya kasarot …………oh, seronoknya sekolah!

3. Menggandakan

Contoh ayat;

al-Baqoroh 2:245

al-Baqoroh 2:245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Surah al-Baqoroh (surah yang ke-2 : ayat 245)

an-Nisa 3:40

an-Nisa' 3:40

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
Surah an-Nisa’ (surah ke-3 : ayat 40)

al-Baqoroh 2:261

al-Baqoroh 2:261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqoroh (surah yang ke-2 : ayat 261)

4. الـْــمـُــوَالاَت : al-muwaalaat (berturut-turut)

Contoh ayat;

تـَــابـَــعَ مـُــحـَــمـّـَــدٌ الـْــقـِــرَاءَة
Taaba’a Muhammadun al-qiroo’ata / Taaba’a Muhammadunil qirooata
Muhammad berturut-turut, sentiasa, selalu membaca.

5. Sentiasa

Contoh ayat;

وَالـَــيـْــت الصـّـَــوْمَ
Waalaitus souma
Saya berturut-turut (sentiasa) berpuasa.

Perkataan وَالـَــيـْــت (waalaitu) pun jangan pening-peninglah kenapa jadi begitu. Ceritanya sama macam كـَــاثـَــرْت (kaasartu) juga. Lain kali kita belajar khusus tentang tasrif ye! InsyaAllah.

6. Perkataan asal.
Terdapat juga perkataan yang menggunakan wazan ini, tetapi ia bukanlah membawa makna;
i. Muta’addi
ii. membanyakkan
iii. menggandakan
iv. berturut-turut
v. sentiasa

Bukan, bukan, bukan.
Oleh itu tiada perubahan makna atau penambahan imbuhan meN………kan.

Contoh;
هـَــاجَــرَhaajaro (berhijrah)
سـَــافـَــرَsaafaro (bermusafir)

Tajuk-tajuk Berkaitan:
1. Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf
2. Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (i)
3. Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)
4. Contoh-contoh Feel Thulathi Mujarrad
5. Wazan / Timbangan / Bentuk / Paten Feel 3 Huruf (Tanpa Huruf Tambahan)
6. COMBINATIONS OF ACTIVE VOICE VERB FORM 1 PATERNS
7. WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin فـَــعـّـَــلَ يـُــفـَــعِـّــلُ تـَــفـْــعـِــيـْــلٌ

Rujukan:
1. Rancangan ‘Durus Arabiah’ Radio Ikim.fm
2. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٧-٨
3. علم صرف دان نحو. ڤيرق: ڤرچيتقن ڤوستاك مودا. موك سورت: ٢٥-٢٨
4. quranexplorer
5. Transliteration
6. N.A. Salleh. 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Perintis Books Sdn. Bhd.

If you enjoyed this post, please consider subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.


Author: dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

Share This Post On
Web Analytics