اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 5: Mudhof dan Mudhofun Ilaih: Jawapan Latihan 2




  • Print Friendly
    BAH-pel5-jwb2 http://arabmykrk.com

    Mudhaf dan mudhafun ilaih: Jawapan Latihan 2

    Soalannya: Klik sini

    Penerangan:

    Nota:

    1.a. MUDHOF ( مـُـضَاف) – Perkataan di hadapan.

    i. TIDAK BOLEH => tanwin
    Contoh:
    Salah jika => كـِــتـَــابٌ مـُـحـَــمـّـَــدٍ
    – Kitaabun Muhammadin (Muhammad)

    ii. TIDAK BOLEH => alif lam (ال).
    Contoh:
    Salah jika => الـْــكـِــتـَــابُ مـُـحـَــمـّـَــدٍ
    al-Kitaabu Muhammadin (Muhammad)

    Dapat agak apa contoh yang betul? Ye, tentu sekali beginilah contoh yang menepati hukum tatabahasa Bahasa Arab:
    Betul jika => كـِــتـَــابُ مـُـحـَــمـّـَــدٍ
    – Kitaabu Muhammadin (Muhammad)

    1.b. MUDHOFUN ILAIH ( مـُــضـَــاف ٌ إ ِلـَــيـْــهِ) – Perkataan di belakang / selepasnya.

    Hukum MUDHOFUN ILAIH ( مـُــضـَــاف ٌ إلـَــيـْــهِ) adalah ‘Majrur’. Masihkah dikau ingat…….. apa itu ‘majrur’?
    Ye, ‘majrur’ umumnya ialah perkataan yang berbaris kasrah / bawah pada huruf terakhirnya. Tahniah kepada yang masih ingat pelajaran lepas.

    i. BOLEH => tanwin
    Contoh: كـِــتـَــابُ مـُـحـَــمـّـَــدٍ
    – Kitaabu Muhammadin (Muhammad)

    ii. BOLEH => alif lam (ال).
    Contoh: حـَــقـِـيـْـبـَــة ُ الـْــمـُــدَرّ ِس
    – Haqiibatul mudarrisi (mudarris)

    Rujukan:
    1.الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On