اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.1 : ال (alif lam)




  • Print Friendly

    Dalam Pelajaran kali ini kita akan mempelajari tentang:

    الإسم النكرة : Kata Nama Am
    (contoh-contohnya adalah semua perkataan yang telah kita pelajari dalam Pelajaran 1 dan 2)

    الإسم المعرفة : Kata Nama Khas
    Salah satu cara mengenalinya mudah saja iaitu dengan menambah ‘ال’ pada awal perkataan-perkataan tersebut.
    Maka, jika diterjemahkan:

    contoh:

    بـَـيـْتٌ = rumah

    الـْـبـَـيـْـتُ = rumah itu

    Seterusnya sila perhatikan contoh-contoh berikut:

    بـَـيـْـت ٌ : الـْــبـَــيـْــتُ

    كـِــتـَــابٌ : الـْــكـِــتـَــابُ

    قـَــلـَـمٌ : الـْــقـَــلـَـمُ

    جـَــمـَــلٌ : الـْــجـَــمـَــلُ

    الـْــقـَــلـَـمُ مـَــكـــسـُــورٌ

    الـْــبـَــابُ مـَــفـْــتـُــوحٌ

    الـْــوَلـَــدُ جـَــالـِــسٌ وَالـْــمـُــدَرِّسُ وَاقـِــفٌ

    Sila manfaatkan kamus-kamus yang ada untuk mengetahui makna perkataan-perkataan di atas sebelum mykrk berikan nanti.

    PERINGATAN!

    ‘ال’ dan tanwin (ً / ٍ / ٌ ) TIDAK BOLEH ada kedua-duanya dalam satu perkataan.
    Sesuatu perkataan (isim) hanya boleh menerima samada ‘ال’ ATAU tanwin (ً / ٍ / ٌ )

    ُ (baris satu hadapan)
    ٌ (baris dua hadapan)
    maaf jika agak mengelirukan. Masalah teknikal.

    Rujukan:
    الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On