اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.1: Isim yang MAJRUR, فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas




  • Print Friendly

    Assalamualaikum, bertemu lagi. Dalam pelajaran sebelum ini saya ada menerangkan bahawa hukum asal bagi isim adalah HURUF TERAKHIR MESTILAH BERBARIS HADAPAN (dhammah, ضـَــمَّــة, ُ / ٌ ).

    Dalam istilah Bahasa Arab, perkataan yang berbaris hadapan pada huruf terakhirnya, adalah dalam keadaan (MARFU’, مـَــرْفـُــوع).

    Contoh; الـْــبـَــيـْـت ُ جـَــدِيــدٌ : Al-baitu jadiidun (Rumah itu baru)

    Dalam pelajaran kali ini, kita akan didedahkan dalam keadaan bagaimanakah sesuatu isim itu akan BERBARIS BAWAH (kasrah, كـَــسـْــرَة) HURUF TERAKHIRNYA.

    Sila perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

    Contoh isim berbaris bawah (kasrah, كـَــسـْــرَة) huruf terakhirnya

    Sila klik gambar untuk melihatnya dalam saiz lebih besar.

    Penerangan:


    (i). Perkataan الـْــبـَــيـْــت ُ، الـْــمـَــسـْــجـِــدُ، الـْــمـَــكـْــتـَــبُ، السـَّــر ِيرُ

    Berbaris hadapan / dhammah / ضـَــمـَّــة pada huruf yang terakhir (warna biru).
    Perkataan-perkataan tersebut dalam keadaan Marfu’ / مـَــرْفـُــوع

    (ii). Ayat فـِــى الـْــبـَــيـْــتِ، فـِــى الـْــمـَـسـْــجـِــدِ، عـَــلـَــى السـَّــر ِيرِ ِ، عـَــلـَــى الـْــمـَــكـْــتـَــب

    * Jika kita menaip terus ke entri ini dengan menggunakan font Arab kita akan menghadapi sedikit kesukaran ketika mahu meletakkan tanda bacaan pada penghujung ayat atau perenggan seperti titik, koma dan yang seumpamanya. Begitu juga ketika cuba meletakkan baris. Ia akan ‘lari-lari’. …..tak terkejar…..Sebab itulah saya lebih suka gunakan powerpoint dan kemudian copy pastekan ke sini…… hoho…… itu rupanya rahsia dia…..

    Jadi, untuk contoh no. (ii) ini adalah lebih jelas jika anda merujuk kepada jadual di atas, nak lebih jelas lagi, klik pada gambar itu.

    Perkataan-perkataan no. (i) tadi telah berubah barisnya daripada berbaris hadapan ke baris bawah / kasrah / كـَــسـْــرَة.

    MENGAPA????

    Sebab, ada perkataan فـِــى dan عـَــلـَــى sebelumnya.
    فـِــى = di, di dalam
    عـَــلـَــى = di atas

    Perkataan-perkataan tersebut
    (الـْــبـَــيـْــتِ، الـْــمـَــسـْــجـِــدِ، الـْــمـَــكـْــتـَــبِ، السـَّــر ِير)
    Dalam keadaan MAJRUR kerana di dahului / dimasuki huruf jar (فـِــى dan عـَــلـَــى sebelumnya)

    Penerangan Isim yang MAJRUR, فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas

    Sila klik gambar untuk melihatnya dalam saiz lebih besar.

    * Penerangan versi English, klik sini. Sila download (free) BAHASA/LUGHAH (1) Penerangan versi English.pdf, lihat halaman 7.

    Tajuk berkaitan:
    1. Pelajaran 3.7 Alif lam – Huruf akhir berbaris depan (dhammah)
    2. Pelajaran 3.8 Huruf akhir berbaris depan (dhammah)
    3. Pelajaran 3.5 jawapan latihan
    4. Isim, feel, Huruf
    5. Isim muzakkar dan isim mu’annath
    6. Huruf alif, wau, ya tidak berbaris? Kenapa?
    7. Alif lam = itu / the
    8. Kamus pelajaran 3

    Rujukan:
    الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

    Comments

    comments

    One thought on “اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.1: Isim yang MAJRUR, فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas

    1. Pingback: Mudhof dan Mudhofun Ilaih: Soalan Latihan 3, 4 | ArabMykrk.com

    Comments are closed.