LUGHAH: Pelajaran 4.2 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)




  • Print Friendly, PDF & Email



    Assalamualaikum.
    Pada kali ini kita akan pelajari tentang;

    1. Kata Sendi ;
    1.1 إ ِلـَــى : ke, kepada, to
    1.2 مـِــن : dari, daripada, from

    Sila perhatikan. Perkataan-perkataan (tentulah ianya isim) yang terletak selepas perkataan إ ِلـَــى dan مـِــن berubah baris pada huruf terakhirnya. Iaitu jika tiada bersebab baris huruf terakhir itu mestilah dhammah (hadapan), tetapi ianya kini mesti dibariskan bawah kerana majrur dengan إ ِلـَــى dan مـِــن

    Tanda ianya majrur ialah berbaris bawah (kasrah) huruf terakhirnya.

    إ ِلـَــى dan مـِــن adalah ‘huruf jar’.

    Sekiranya dalam Bahasa Malaysia penggunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut agak ‘cerewet’ umpamanya;

    Walau bagaimanapun dalam Bahasa Arab ianya tidaklah sedemikian.

    2. Kata Ganti Diri;
    1. أ َنـَــا : saya (lelaki dan perempuan)
    2. أ َنـْــت : awak (lelaki)
    3. هـُــوَ : dia (lelaki)

    Perkataan أ َنـَــا yang bermakna ‘saya’ digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan (tiada perbezaan)

    Contoh:

    أ َنـَــا مـُـحـَــمـّـَــدٌ : Saya Muhammad, I am Muhammad.
    أ َنـَــا آمـِــنـَــة : Saya Aminah, I am Aminah.

    3. Perbuatan;
    ذ َهـَــبَ : dia pergi

    Contoh:

    أ َيـْــن َ عـَــبـّـَــاس : Di manakah Abbas? Where is Abbas?
    ذ َهـَــبَ إ ِلــَــى الـْــمـَــسـْــجـِــد : Dia pergi ke masjid. He went to the mosque.
    ذ َهـَــبَ عـَــبـّـَــاسٌ إ ِلــَــى الـْــمـَــسـْــجـِــد : Abbas pergi ke masjid. Abbas went to the mosque.

    Penerangan:

    ذ َهـَــبَ : dia pergi
    Tetapi jika perkataan ذ َهـَــبَ diikuti dengan isim (kata nama), maka ‘dia’ digugurkan.

    4. Perkataan Baru:

    الـْــيـَـابـَـان : Jepun
    الصـِّــين : China
    الـْــهـِــنـْــد : India
    الـْـمـُــدِير : Guru besar

    Tajuk Berkaitan:
    1. هـُــوَ ‘dia lelaki, ia jantan / muzakkar, he, it’ dan هـِــيَ’dia perempuan, ia betina / mu’annath, she, it
    2. فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas.
    3. فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas. هـُــوَ ‘ dan ‘ هـِــيَ’
    4. الإسم-والفعل-والحرف
    5. Nama-nama orang
    6. Tanda-tanda Isim
    7. Kamus

    Rujukan:
    1.
    الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

    2. N.A. Salleh. 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Perintis Books Sdn. Bhd.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam.
    Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On
    Share/Save
    Share/Save