نحو/NAHU: Isim Yang Tidak Boleh Ditanwin – الاسم الذى لا ينصرف




  • Print Friendly


    Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat TETAPI ia tidak tanwin.

    Isim yang bergelar
    ( ممنوع من الصرف/ غير المنون / الاسم الذى لا ينصرف)
    ini tidak boleh menerima sama ada;

    i. Baris tanwin (baris dua).
    ii. Baris kasrah / bawah.

    Oleh itu;
    – Ia MARFU’ dengan baris satu di hadapan.
    – Ia MANSUB dengan baris satu di atas.
    – Ia MAJRUR dengan baris satu di atas.

    Penerangan selanjutnya adalah merujuk kepada slide di atas:

    (Slide m.s 2) Isim yang tiada alif lam (ال) dan idhofah terbahagi kepada 2 bahagian:
    1. Munawwan (مُـنـَـوّ َنٌ)

    Perkataan yang boleh ditanwinkan (baris dua) pada huruf terakhirnya.
    Contoh: رَجُــل (huruf terakhir iaitu lam berbaris tanwin –ٌ )

    2. Ghairul Munawwan (غـَـيـْرُ الـْـمُـنـَــوّ َن)

    Perkataan yang tidak boleh ditanwinkan (baris dua) pada huruf terakhirnya.
    Contoh: ا َحْــسـَــنُُ (huruf terakhir iaitu nun tidak berbaris tanwin, hanya berbaris satu di hadapan – ُ)

    (Slide m.s 3)

    ISIM GHAIR MUNAWWAN / GHAIR MUTASARRIF / AL-ISMUL LAZI LA YANSORIF
    (اسم غير منون / غير متصرف / الاسم الذى لا ينصرف)

    Terdapat 12 Bahagian: (Sesetengah kitab menggabungkannya menjadi 9 sahaja)

     

    1. MUANNATH

    i. Muannath dengan huruf ta’ marbutah (ة)
    Contoh:
    فـَـاطِـمَـة ُ، رُقـَـيّـَـة ُ، بَـعـُـودَة ُ، ز َهـْـرَة ُ، طَـلـْـحَـة
    Syarat: Nama orang sekalipun ianya adalah nama orang lelaki.
    Perkataan ز َهـْـرَة jika bermakna ‘bunga’ hendaklah ditanwinkan ز َهـْـرَة

    ii. Muannath pada makna.
    Contoh:
    (Nama orang perempuan)
    ز َيـْـتـُـون ُ، ز َيـْـنـَـبُ، مَـرْيَـمُ، سُـعَـادُ
    (Nama neraka)
    سَـقـَـرُ

    Syarat:
    a – أن يكون الاسم زائدا على ثلاثة أحرف– (Lebih daripada 3 huruf.)
    b.i – أو ثلاثيا محرك الوسط
    – (3 huruf DAN huruf tengah BUKAN berbaris sukun / mati.)

    b.ii – أو ساكن الوسط أعجميا
    – 3 huruf DAN huruf tengah berbaris sukun / mati TETAPI:

    –> ia bukan daripada Bahasa Arab.
    Contoh: جـُـورُ (nama bandar)

    –> أو منقولا من المذكر إلى المؤنث كما إذا سميت امرأة بـِـز َيـْـدٍ
    – (orang perempuan yang dinamakan dengan nama lelaki.)
    Contoh: ز َيـْــدُ
    Contoh-contoh lain, sila klik sini dan situ.

    *** WALAU BAGAIMANAPUN, huruf terakhir HARUS ditanwinkan. Harus bermakna boleh ditanwinkan atau tidak. Terpulang, tepuk dada Tanya selera.
    Contoh:
    ز َيـْـدٌ / ز َيـْــدُ، دَعـْـدٌ / دَعـْـدُ، هـِـنـْـدٌ / هـِـنـْـدُ

    (Slide m.s 6)

    2. AL-`AJMAH (العجمة) – Bukan Bahasa Arab

    Orang Arab menggelar bangsa-bangsa selain Arab sebagai Ajam (عجم) yang bermakna ‘pelat’………… Nakal orang Arab ni……… ada ke dikatanya kita pelat? Tu yang turun ayat Qur’an tu………. “……..tiada beza Arab dengan Ajam………..”

    Contoh:
    (Semua nama Nabi kecuali 4 orang – جميع الأنبياء إلا أربعة:)
    مـُـحَـمـّـَـدٌ، صـَـالـِـحٌ، شـُـعـَـيـْـبٌ، هُـودٌ
    Iaitu:
    إ ِبـْـرَاهِـيـمُ، إ ِسـْـمَـاعِـيلُ، إ ِسـْـحَـاقُ، إ ِدْر ِيسُ، بَطـْـلـَـيـْمُـوسُ

    Syarat: Lebih daripada tiga huruf

    *** WAJIB tanwin sekiranya nama itu terdiri daripada hanya TIGA huruf dan HURUF TENGAH berbaris sukun / mati.
    Contoh:
    نـُـوحٌ، لـُـوط ٌ، شـِـيث ٌ، هُـودٌ

    (Slide m.s 6)

    3. AT-TARKIB AL-MAZJI YANG TIDAK DIAKHIRI DENGAN ’وَيـْـه‘
    (التركيب المزجى المختوم بغير ويه)

    Sebenarnya at-Tarkib (perkataan berangkai @ bersusun) ada 3:
    المركب ثلاثة أقسام
    ١- مركـب اضافى
    Contoh:
    (جميع الكـنى) Gelaran:
    عـَـبـْـدُ اللهِ، عـَـبـْـدُ الرّ َحـْـمـن ِ، أ َبُـو بَـكـْـر ٍ، أ ُمّ ُ كـُـلـْـثـُـوم ٍ،أ َبُـو الـْـحَـرْثِ

    ٢- مركـب مزجى
    Contoh:
    بَـعـْـلـَـبـَـكَ، حَـضـْـرَمَـوْتُ، سـِـيبـَـوَيـْـهٍ، بُـخـْـتـُـنـَـصـّـَــرَ،ڬونوڠ ليدانـْـج، سوڠاي فـَـاهـَـنـْـج، جوهر بهرو

    ٣- مركـب اسنادى
    Contoh:
    شـَـابَ قـَـرْنـَـاهـَـا

    ***At-Tarkib yang termasuk dalam perbincangan ini ialah yang kedua. Semua contoh pada nombor 2 tidak boleh menerima baris dua / tanwin pada huruf terakhirnya melainkan perkataan سـِـيبـَـوَيـْـهٍ

    Syarat:
    1. Perkataan itu adalah nama khas dan TIDAK diakhiri dengan ويه
    2. Nama khas

    (Slide m.s 4)

    4. MENJADI MA`RIFAH (NAMA KHAS) KERANA DITAMBAH HURUF ALIF DAN NUN(التعريف مع الألف والنون)

    Contoh:
    عـُـثـْـمـَـان ُ، عـَـدْنـَـان ُ، بُـرْهـَـان ُ، عِـمـْـرَان ُ، سُـلـَـيْـمان

    (Slide m.s 6)

    5. ISIM YANG SAMA RUPANYA SEPERTI CONTOH PADA WAZAN FEEL (موازنا للفعل)

    Contoh:
    يـَـز ِيـْـدُ، أ َحـْـمـَـدُ

    Contoh Yang Terkecuali:
    حـَـسـَـن ٌ، جَـعـْـفـَـرٌ، صَـالـِـحٌ

    (Slide m.s 6)

    6. ISIM MA`DUL (اسم المعدول)
    – MENJADI MA`RIFAH (NAMA KHAS) – DISELEWENGKAN DARIPADA SEBUTAN ASALNYA ATAS WAZAN فـُـعـَـلُ
    (معدولا به عن لفظ آخر / هو الخروج الاسم عن صيغته الأصلية )

    Contoh:
    عـُـمـَـرُ، ز ُفـَـرُ

    7. SIFAT ATAS WAZAN فـَعـْـلاَنُ DAN MUANNATHNYA ATAS WAZAN فـَـعـْـلـَـى

    Syarat: Muannath perkataan tersebut BUKAN dengan huruf ta’ marbutah (ة ).
    Contoh: (Slide m.s 5)

    Contoh Yang Terkecuali:
    (14 Perkataan Ini BOLEH Menerima Tanwin Dan Baris Bawah Kerana Muannath Bagi Perkataan-perkataan Ini Boleh Menerima Ta’ Marbutah (ة )
    أليان ٌ، حبلان ٌ، خمصان ٌ، دخنان ٌ، سخنان ٌ، سيفان ٌ، صحيان ٌ، صومان ٌ، علان ٌ، قشوان ٌ، مصان ٌ، موتان ٌ، ندمان ٌ، نصران

    *** Selain daripada 14 perkataan ini muannath perkataan yang ada tambahan huruf alif nun adalah atas wazan فـَـعـْـلـََـى

    (Slide m.s 6)

    8. SIFAT ATAS WAZAN أ َفـْـعـَـلُ DAN MUANNATHNYA ATAS WAZAN فـَـعـْـلاَءُ

    Contoh: أ َحـْـمـَـرُ – حَـمـْـرَاءُ، أ َحـْـضـَـرُ – حَـضـْـرَاءُ
    Contoh Yang Terkecuali: أ َرْمَـلٌ kerana muannathnya أ َرْمَـلَـة
    Nota: Harus / boleh ditanwinkan sekiranya perlu atau menggunakan perkataan di atas dalam syair.

    (Slide m.s 6)

    9. ISMUL ADL (اسم العدل) SIFAT YANG DISELEWENGKAN DARIPADA SEBUTAN ASAL (معدولا به عن لفظ آخر)

    Contoh:
    مـَـثـْـنـَى، ثـُـلاَث ُ،رُبَـاعُ، أ ُخـَـرُ

    10. ISIM YANG DIALHIRI DENGAN ALIF MAQSURAH

    Contoh:
    حُبْلـَـى، صُـغـْـرَى، مَـرْضـَـى، ذِكـْـرَى
    Lain-lain contoh, sila klik sini.

    11. ISIM YANG DIALHIRI DENGAN ALIF MAMDUDAH

    Contoh:
    عَـاشـُـورَاءُ، حَـسـْـنـَـاءُ، أ َشـْـيـَـاءُ، صَـحـْـرَاءُ، حَـمـْـرَاءُ
    Lain-lain contoh, sila klik sini.

    12. SIGHAH MUNTAHAL JUMU` (JAMA` TAKSIR ATAS WAZAN مـَـفـَـاعـِــلُ ATAU مـَـفـَـاعـِـيــلُ

    Contoh: (Slide m.s 7)

    Nota Asal:

    الاسم الذى لا ينصرف

    Tamrin / Soalan Latihan:

    Soalan

    Soalan Latihan

    Rujukan:

    Kiri: Kitab Nahu Tahun 3 Ibtida’i. Kanan: Buku Nota Nahu Tahun 4 Ibtida’i.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On