Yakjuj dan Makjuj

I’RAB: IRAB: اعراب: Wau Ma’iah, Wau ‘Ataf, Jangan Makan Ikan, Minum Susu

Print Friendly

wau ataf = penyambung cerita (dan)

Assalamualaikum. Rindunya lama tidak berjumpa…….. Kalau ikutkan hati, banyak yang hendak diceritakan. Tapi saya selalu teringatkan pesanan Rasulullah SAW, “Rahsiakanlah urusan duniamu…… (tidak ingat pula ayat selengkapnya)”

Bercakap mengenai i’rab pasti akan mengingatkan saya kepada Ustaz Kasim yang mengajar Nahu semasa saya berada di tahun empat ibtida’i. Kalau Ustaz Kasim mengajar, memang tiada peluang untuk main-main, tidur atau berangan.

Apa tidaknya, masuk saja ke kelas kami pasti akan disoal seorang demi seorang. Kadangkala hingga tiga pusingan kami disoal. Apa yang Ustaz Kasim soal? I’rablah, apa lagi?

Ustaz Kasim tidak pernah merotan atau memarahi kami jika tidak dapat menjawab. Tapi kalau sudah berumur enam belas tahun, memang malulah kena berdiri. Kalau tiga pusingan sekelas disoal, kita kena berdiri……. wah, malu setahun tidak hilang!

Alhamdulillah, berkat pengajaran beliau yang berkesan, i’rab merupakan soalan kesukaan saya. Sewaktu peperiksaan awam atau di sekolah, pastinya soalan i’rab yang akan saya cari dan selesaikan dahulu.

Pada hari ini kita akan lihat i’rab bagi ayat:

لا تأكل السمك وتشرب اللبن

Kita boleh bariskan ayat di atas dengan dua cara.

1. لاَ تَأ ْكُلْ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَبْ اللَّـَـبَن

2. لاَ تَأ ْكُلْ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَبَ اللَّـَـبَن

Sebagaimana yang kita maklum, apabila baris berubah, makna ayat akan berubah. Selain daripada itu, I’RAB juga berubah…

Ayat-ayat di atas berbeza pada perkataan وتشرب

لاَ تَأ ْكُلْ السّـَـمَكَ dibaca atau boleh ditulis begini:
لاَ تَأ ْكُل ِالسّـَـمَكَ huruf lam berbaris bawah kerana bertemu dua huruf yang berbaris sukun atau mati (ْ)

Belajar I'rab Nahu Bahasa Arab

AYAT PERTAMA:

لاَ تَأ ْكُلْ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَبْ اللَّـَـبَن

La ta’kul as-samaka wa tasyrob al-labana

Untuk lebih fasih, bacalah begini:

لاَ تَأ ْكُل ِ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَب ِ اللَّـَـبَن

La ta’kuli s-samaka wa tasrobi l-laban

Makna: Awak jangan makan ikan dan minum susu
Mafhum: Jangan makan ikan dan jangan minum susu. Awak tidak boleh makan ikan, susu pun awak tidak boleh minum.
Ikan dan susu tidak boleh awak nikmati dalam satu hidangan. Bahkan makan ikan sahaja tidak boleh. Minum susu sahaja pun tidak dibenarkan.

I’rabnya:

لاَ تَأ ْكُل ِ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَب ِ اللَّـَـبَن

لاَ: الناهية

تـَا ْكُل ِ: فعل مضارع مجزوم بلا الناهية
وعلامة جزمه السكون ظاهر فى آخره
وفاعله ضمير مستتر وجوبا تقديره أنتَ
وحركة الكسرة للتقاء الساكنين

السّـَـمَكَ: مفعول به منصوب
وعلامة نصبه فتحة ظاهرة في آخره

وَتَشْـرَب ِ: الواو : حرف عطف
تَشْـرَب ِ: فعل مضارع معطوف على المجزوم فهو مجزوم
وعلامة جزمه السكون ظاهر فى آخره
وفاعله ضمير مستتر وجوبا تقديره أنتَ
وحركة الكسرة للتقاء الساكنين

اللَّـبَنَ: مفعول به منصوب. وعلامة نصبه فتحة ظاهرة في آخره

AYAT KEDUA:

لاَ تَأ ْكُلْ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَبَ اللَّـَـبَن

La ta’kul as-samaka wa tasyroba al-labana

Untuk lebih fasih, bacalah begini:

لاَ تَأ ْكُل ِ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَبَ اللَّـَـبَن

La ta’kuli s-samaka wa tasroba l-laban

Makna: Awak jangan makan ikan (hal keadaan awak) minum susu
Mafhum: Jangan makan ikan bersama susu.
Ikan dan susu tidak boleh awak nikmati dalam satu hidangan.
Fungsi huruf wau maiah واو المعية ialah ‘mensekalikan dua perbuatan atau dua perkara’

I’rabnya:

لاَ تَأ ْكُل ِ السّـَـمَكَ وَتَشـْرَبَ اللَّـَـبَن

لاَ: الناهية

تـَا ْكُل ِ: فعل مضارع مجزوم بلا الناهية
وعلامة جزمه السكون ظاهر فى آخره
وفاعله ضمير مستتر وجوبا تقديره أنتَ
وحركة الكسرة للتقاء الساكنين

السّـَـمَكَ: مفعول به منصوب
وعلامة نصبه فتحة ظاهرة في آخره

وَتَشْـرَبَ: الواو : واو المعية
تَشْـرَبَ: فعل مضارع منصوب بأن مضمرة وجوبا بعد واو المعية
وعلامة نصبه فتحة ظاهرة في آخرهه
وفاعله ضمير مستتر وجوبا تقديره أنتَ

اللَّـبَنَ: مفعول به منصوب. وعلامة نصبه فتحة ظاهرة في آخره

**** Ayat-ayat yang didiskusikan di atas bukanlah hadith. Ia hanyalah contoh untuk pelajaran i’rab sahaja.

Rujukan:
1. Nota Nahu Tahun Empat (Ustaz Kasim)
2. Nota Durus Arabiah Radio IKIM.fm 3.1.2010
3. Gambar ikan: http://meansdetermination.blogspot.com/2011/05/jenis2-ikan2.html

If you enjoyed this post, please consider subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Yakjuj dan Makjuj

Author: dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

Share This Post On
Web Analytics