Yakjuj dan Makjuj

BALAGHAH: al-Haqiqah wa al-Majaz, Alaqah Majaz Mursal 8

Print Friendly

Nota:
1. Tulisan seperti ini ‘ ص ٧٨ ‘ tiada apa-apa. Hanya untuk rujukan Mykrk sahaja.

Selamat mengulangkaji………..

=> Alaqah Majaz Mursal Sababiah, Musabbabiah: علاقة المجاز المرسل السببية والمسببية
ص ٥٨

Haqiqah: (Hakikat, haqiqah)
Maksud sebenar
Menggunakan lafazbetul pada tempatnya

Contoh:
الوردة في البستان
Bunga itu berada di dalam taman.
->bunga dan taman yang sebenar

Majaz: Perlambangan, Tersirat
Lafaz yang digunakan bukan pada tempat yang betul

Contoh:
الوردة في الفصل
Makna: Bunga berada dalam kelas. (pelajar yang cantik)

“Saya datang ada hajat, hendak memetik bunga di dalam rumah ini……….”

Faedahnya: mengukuhkan maksud kita pada pendengaran pendengar dengan satu gambaran yang jelas

زيد شجاع vs زيد أسد

Majaz lebih ‘sampai’ maksudnya daripada haqiqah
bukti orang ini fasih menggunakan Bahasa Arabtarget="_blank" href="http://abdrahmanj.ashadee.com/go/user1350703693?tid=pwd13507">Arab dan ‘IBU’ Balaghah

MAJAZ MURSAL DAN ‘ALAQAHNYA

1. Alaqah sababiah

يد الله فوق أيديهم

Makna: ‘Tangan’ Allah atas tangan-tangan mereka

tangan = kekuasaan قدرة

*** ‘Tangan’ Allah bukan seperti tangan makhluk.

2. Alaqah Musabbabiah (akibat)

Contoh: وينزل لكم من السماء رزقا

Makna: Dan diturunkan kepada kamu dari langit rezeki

rezeki = hujan

hujan penyebab segala rezeki; tumbuhkan tumbuhan, beri air, padi, gandum, kopi

tidak dikata: وينزل لكم من السماء مطرا

Maksud rezeki sangat besar

Alaqah رزقا bukan bermaksud makanan, hidangan, minuman TETAPI hujan

*** 3 dan 4 disiar semasa raya Puasa……. saya raya sakan da….. tidak sempat hendak merakam………

=> Alaqah Majaz Mursal Haliah dan Mahalliah: علاقة المجاز المرسل الحالية والمحلية
ص ٥٨

wujud hubungan di antara makna hakiki dan makna majazi

ALAQAH MAJAZ MURSAL:

5. Haliah (Situasi)

Disebut dalam ayat tentang situasi tetapi yang dikehendaki adalah tempat

jannah tempat beroleh rahmat.
rahmat situasi bagi mereka yang berada di dalam syurga.

إن الأبرار لفي نعيم وإن الفجار لفي جحيم

نعيم = manusia tidak boleh menduduki نعيم (situasi) => syurga

6. Mahalliah (tempat)
Disebut tempat yang dikehendaki situasi

يقولون بأفواههم ما ليس في قلوبهم

أفواههم : Digunakan lafaz ini (mulut) yang dikehendaki adalah lidah
Lidah tempat duduknya dalam mulut

واسئل القرية التى كن فيها
Tanyalah kampung yang kami diam di dalammya

=> tanyalah (ahli, penduduk)kampung yang kami diam di dalammya

=> Alaqah Majaz Mursal Iktbr Ma Kana, Ma Yakunu: علاقة المجاز المرسل اعتبار ما كان واعتبار ما يكون

ALAQAH MAJAZ MURSAL:

7. Iktibar Ma Kana
(menunjukkan yang lepas – past tense)

Andaian perkara itu telah berlalu

وآتوا اليتمى أموالهم
Suruhan untuk menyerahkan harta kepada anak yatim adalah apabila melepasi tahap anak yatim iaitu apabila sudah baligh dan matang

سن الرشد

أشرب البُـنَّ
Saya minum biji kopi

Yang saya minum sekarang القهوة kopi

(cerita yang lepas)

لبست القطن
Saya pakai cotton (kapas)

Dari kapas dibuat baju

أكلت القمح
Saya makan gandum

=> Saya makan roti

8. Iktibar Ma Sa Yakun
(Cerita akan datang)

يخرج من بطونها شراب مختلف ألوانه في شفآء للناس
Keluar dari perut-perutnya (lebah) minuman yang berbagai-bagai warna yang merupakan kesembuhan kepada manusia.

Lebah mengeluarkan madu bukannya minuman

العسل = madu

ودخل معه السجن فتيان قال أحدهما إنى أرانى أعسر خمرا
Masuk bersama-sama Yusuf dalam penjara dua orang pemuda. Salah seorang daripada mereka berkata, “Sesungguhnya aku melihat diriku sedang memerah arak”.

Arak itu cair tidak boleh diperah. Buah anggur yang diperah

disebut arak, yang dikehendaki ialah anggur

Contoh: Emak saya lahirkan pahlawan

Contoh: Saya masak nasi

Penghargaan Dan Terima Kasih:
1. Radio IKIM.fm
2. Ustazah Mona binti Jasman
3. Ustazah Aina Sabariah binti Mat Isa
Rujukan:
استاذ اسماعيل حسين. 1983. علم البلاغة للقسم التوجيهى. كوالا لمڤور: ڤرچيتقن ديوان بهاس دان ڤستاك

If you enjoyed this post, please consider subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Yakjuj dan Makjuj

Author: dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

Share This Post On
Web Analytics