علامات الساعة Hadis Akhir Zaman: 13. Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak




  • Print Friendly


    13. Orang Yang Baik Berkurangan, Yang Jahat Bertambah Banyak

    عَـنْ عَـائِشـَة َ قـَالـَتْ: سَمِعْتُ رَسُـوْلَ اللهِ صَـلّـَى اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلّـَمَ يَقـُوْلُ

    لاَ تـَقـُـوْمُ السـَّاعَة ُ حَـتـّـَى يَكـُوْنَ الـْوَلـَدُ غـَيْظـًا وَالـْمـَطـَرُ قـَيْظـًا

    وَيَفِيْضَ اللِـّئـَامُ فـَيْضـًا وَيَغِيْضَ الـْكِـرَامُ غـَيْضـًا

    وَيَجْتـَر ِئ َالصّـَغِيْرُ عَلـَى الـْكـَبِيْر ِ وَاللـّـَئِيْمُ عَلـَى الـْكـَر ِيْمِ

    رواه الطبراني في الأوسط. وقال الهيثمى: فى إسناده جماعة لم أعرفهم – مجمع الزوائد 7/327

    Ertinya:

    Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

    “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya). Hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurangan dan cuaca akan menjadi panas). Akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik. Anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”.

    (H.R. Thabrani)

    Keterangan:

    Di antara tanda-tanda qiamat ialah:

    1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
    2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
    3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
    4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
    5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
    6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

    Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya daripada apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw ini.

    Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

    40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Edisi Rumi)
    Rujukan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 38-39

    Nota: Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

    Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On