علامات الساعة Hadith Akhir Zaman: 8. Penyakit Umat-Umat Dahulu




  • Print Friendly

    8. Penyakit Umat-Umat Dahulu

    hadis akhir zaman, penyakit umat-umat dahulu

    Ertinya:

    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.

    Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”

    Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak seronok, 2. Terlalu mewah, 3. Menghimpun harta sebanyak mungkin, 4. Tipu menipu dalam merebut harta-benda dunia, 5. Saling memarahi, 6. Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi”.

    Hadis riwayat al-Hakim

    Keterangan:

    Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat
    di kalangan kaum muslimin pada hari ini.

    Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing.

    Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa-nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah.

    Pada ketika itu, hilanglah nilai-nilai akhlak. Senario yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

    Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah.

    40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Edisi Rumi)
    Rujukan:
    Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 26-27

    Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

    Nota:
    Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On