IKTIKAF: Mencari Malam Lailatul Qadr




  • Print Friendly
    I'tikaf: Hadis 1

    I'tikaf: Mencari malam lailatul qadr

    1. Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah beriktikaf pada sepuluh hari pertama dari Ramadhan dan kemudian sepuluh hari pertengahan di dalam satu khemah dari Turki.

    Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم telah menghulur kepalanya keluar Ialu bersabda “Sesungguhnya aku beriktikaf sepuluh hari pertama untuk mencari malam tersebut,

    kemudian aku beriktikaf sepuluh hari pertengahan, lalu aku didatangi dan dikatakan kepadaku bahawa ianya ialah di dalam sepuluh hari yang terakhir.

    Sesiapa yang telah beriktikaf bersamaku hendaklah dia beriktikaf lagi pada sepuluh akhir.

    Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam tersebut tetapi kemudian telah dilupakan. Sesungguhnya aku telah nampak bahawa aku telah sujud di dalam air dan tanah (lecak) pada paginya.

    Maka carilah kamu akan ia pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah pada malam yang ganjil.”

    Hazrat Abu Sa’id رضي الله عنه berkata bahawa hujan telah turun pada malam tersebut dan masjid yang berbumbungkan atap yang ia telah bocor. Kedua mataku telah nampak kesan lecak pada dahi Nabi صلى الله عليه وسلم pada pagi dua puluh satu Ramadhan.

    (Hadith Muttafaqun ‘alaih dengan lafaz yang berbeza – Misykah)

    Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 91

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On
    Share/Save
    Share/Save