LAILATUL QADR: Tanda-tanda Lailatul Qadr




  • Print Friendly

    Lailatul Qadr 6

    Lailatul Qadr 6



    6. Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.

    Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.

    Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

    Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.

    Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).

    Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.

    Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.

    Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)

    (Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)

    Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 83

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On