PERLAKSANAAN DAN PENANGGUHAN HUKUMAN ALLAH




  • Print Friendly



    Gambar hanya hiasan


    إذ َا أ َرَادَ اللهُ بـِــعـَــبـْــدِهِ الـْــخـَــيـْــرَ عـَــجـَّــَـلَ لـَــهُ الـْــعـُـقـُــوبـَــة َفـِــى الـدّ ُنـْــيـَــا وَإ ِذ َا أ َرَادَ اللهُ بـِــعـَــبـْــدِهِ الشـّــَــرَّ َ أ َمـْــسـَــكَ عـَــنـْــهُ
    بـِــذ َنـْــبـِــهِ حـَــتـّـَى يـُــوَافـِــى بـِـهِ يـَــومَ الـْــقـِــيـَــامـــةِ

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi hambanya maka Dia menyegerakan hukumannya di dunia, dan jika Allah menghendaki keburukan bagi hambanya maka Dia menahan hukuman kesalahannya sampai disempurnakannya pada hari kiamat.”

    Riwayat:

    *Imam Ahmad, At-Tirmizi, Al-Hakim, At-Tabrani, Al-Baihaqi dalam ‘Asy-Syi’ib’ daripada Abdullah bin Mughfil Al-Ansari.
    *Kata Al-Haithami, perawi dalam riwayat Ahmad ialah perawi yang sohih. Demikian juga salah satu di antara dua isnad riwayat At-Tabrani.
    *At-Tirmizi manilai hadith ini sebagai hasan-gharib.

    Sebab periwayatan hadith:

    Kata Abdullah bin Mughfal r.a.: “Seorang lelaki telah bertemu dengan seorang wanita yang disangkanya wanita pelacur. Lelaki itu menggodanya sehingga tangannya menyentuhnya, berkatalah wanita itu, “Cukup!”
    Lelaki itu menoleh ke belakang, namun terbentur tembok dan dia terluka.
    Pergilah dia menemui Rasulullah s.a.w. dan diceritakanlah pengalamannya itu.
    Kata Rasulullah s.a.w, “Engkau manusia yang dikehendaki Allah bagimu kebaikan.”
    Kemudia ujar Rasulullah s.a.w selanjutnya, “Jika Allah menghendaki kebaikan ………….dan seterusnya”

    Kelengkapan hadith tersebut terdapat pada hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi yang berbunyi:
    “Dan sesungguhnya Allah, jika Dia mencintai sesuatu kaum, Dia menguji mereka. Jika mereka reda, Allah reda kepada mereka tetapi jika mereka benci, Allah juga benci kepada mereka.”

    Imam Tirmizi, Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.:
    At-Tabrani daripada Amar bin Yasir r.a. :
    “Lewatlah seorang wanita di depan seorang lelaki. Mata si lelaki itu terus menerus memperhatikannya sambil dia berjalan melewati dinding tembok, tiba-tiba kepalanya ‘terjedot’ (terhantuk). Dia menemui Rasulullah s.a.w dengan bercucuran darah.
    Tanya Rasulullah s.a.w., “Apa yang terjadi?”
    Diceritakanlah apa yang terjadi. Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda (seperti hadith di atas).

    Menurut Al- Haithami, hadith ini isnadnya baik.
    As-Suyuti pun mensohihkannya.
    Ibnu Adiy juga meriwayatkan dalam ‘Al-Kamil’ daripada Abu Hurairah r.a.

    Keterangan:

    Hukuman Allah di dunia berfungsi membersihkan dosa pelakunya, menghapuskan kesalahan sekalipun hanya tusukan duri yang mengenai seseorang mukmin.

    Rujukan:

    Ibnu Hamzah al-Husaini al-Hanafi ad-Damsyiqi (Terjemahan – H.M. Suwarta Wijaya B.A & Drs. Zafrullah Salim). Asbabul Wurud (Latar Belakang Sejarah Hadis-hadis Rasulullah S.A.W) Jilid 1. 1997. Selangor: Penerbit Edaran Kalam. m.s 89-90.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On
    Share/Save
    Share/Save