RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 10




  • Print Friendly

    Riadhus Solihin: Taubat (Hadith 10)

    Abu Nujaid (nun berbaris hadapan dan jim berbaris atas) iaitu Imron bin al-Husain al-khuza’iy رضي الله عنهما berkata, “Seorang wanita dari suku Juhainah yang telah hamil akibat perbuatan zina datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata, “Ya Rasulullah saya telah melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan saya dikenakan hukum had (hudud), maka laksanakanlah hukuman ke atas saya.”

    Maka Nabi صلى الله عليه وسلم memanggil wali (bapa / datuk / abang dll.) wanita itu dan bersabda, “Peliharalah dia baik-baik, dan apabila telah selamat melahirkan kandungannya, bawalah dia ke mari.” Maka mereka pun melaksanakan pesanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu.

    Setelah melahirkan bayinya, baginda صلى الله عليه وسلم pun mengeluarkan perintah menghukum wanita berkenaan. Wanita itu pun diikat pada pakaiannya, lalu direjam. Setelah meninggal dunia, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyembahyangkan jenazah beliau.

    Saidina Umar رضي الله عنه berkata, “Ya Rasulullah, tuan menyembahyangkannya, padahal dia telah berzina? Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم , “Dia telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang seandainya dibahagikan kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah nescaya mencukupi. Apakah ada orang yang lebih utama daripada seseorang yang telah menyerahkan dirinya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah سبحانه وتعالى?”

    (Hadith riwayat Muslim)

    Hadis ini menjelaskan bahwa seseorang yang telah menerima hukuman Allah di dunia bererti dia telah bebas daripada hukuman di akhirat dan dianggap telah bertaubat.

    (حد) Had – mufrad / singular = hukuman
    (حدود) Hudud – jama’ / plural = hukuman-hukuman

    Rujukan:
    Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF m.s 45 – 46.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On
    Share/Save
    Share/Save