RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 7




  • Print Friendly

    7: Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. berkata, ” Ketika saya menderita sakit kuat sewaktu melakukan hajjatul-wada’, datanglah Rasulullah s.a.w. ke tempatku, maka saya bertanya,
    “Ya Rasulullah, penyakitku ini agak berat dan aku seorang yang berharta, sedangkan warisku tidak ada kecuali seorang putriku, bolehkah aku sedekahkan dua pertiga dari hartaku ?”
    Jawab Nabi s.a.w. “ Tidak.”
    Saya bertanya “Separuh ?”
    Jawab Nabi “Tidak.”
    Saya Tanya, “Sepertiga ya Rasulullah ?”
    Jawab Nabi s.a.w. ‘Sepertiga itu cukup banyak dan besar. Sesungguhnya jika kau meninggalkan ahli warismu kaya, lebih baik daripada kau tinggalkan mereka miskin, hingga terpaksa minta-minta kepada orang. Dan tidaklah kamu membelanjakan hartamu dalam sesuatu yang kau niatkan untuk keredaan Allah, melainkan pasti kau mendapat pahala daripadaNya, hingga belanja yang kau berikan kepada isterimu.”
    Saya bertanya, “Ya Rasulullah, apakah aku ditinggal di sini oleh sahabat-sahabatku?”
    Jawab Nabi, “Engkau tidak tertinggal, buatlah kebaikan yang kau niatkan kerana Allah, melainkan pasti bertambah kemuliaan derajatmu, dan mungkin kau akan tinggal sehingga ramai orang yang mendapat manfaat daripadamu, di samping ada juga orang yang merasa rugi keranamu.”
    Kemudian Nabi s.a.w. berdo’a, “Ya Allah lanjutkan bagi sahabat-sahabatKu hijrah mereka, dan jangan kembalikan mereka ke belakang (ke tempat yang telah mereka tinggalkan iaitu Makkah). Tetapi yang kecewa ialah Sa’ad bin Khaulah yang selalu dikasihani oleh Rasulullah s.a.w. karena dia mati di Makkah.”
    (Buchary, Muslim).
    Hadis ini menjelaskan beberapa hukum :
    1. Wasiat seseorang yang akan mati tidak boleh lebih dari sepertiga dari kekayaannya. Sehingga bila terjadi wasiat melebihi sepertiga, maka ahli waris berhak untuk menolak dan membatasi hingga sepertiga.
    2. Segala amal perbuatan biasa, bila diniatkan untuk mencapai keredaan Allah, maka akan mendapat pahala dan dianggap sebagai ibadat. Contohnya : Belanja yang lazim bagi ahli keluarga dan sebagainya.
    3. Amal yang telah dikerjakan kerana Allah, jangan ditarik kembali, sebagaimana hijrah dari Makkah, atau sedekah, maka jangan berusaha mengembalikan barang yang sudah disedekahkan itu kembali kepadanya, baik dengan membeli atau menukar atau lain-lainnya. Dan bagi seorang muslim, tidak ada masa terlambat dan ketinggalan masa, bila saja kalau ia suka beramal sungguh-sungguh kerana Allah, maka ia masih dapat mengejar derajat dan kedudukan yang tetap disediakan oleh Allah.

    Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 15 – 16

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On