علامات الساعة Hadis Akhir Zaman: 12. Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

Print Friendly


12. Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman: 12. Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman: 12. Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya;

“Rasulullah saw.pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku), Yang penama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya.

Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran.

Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu baginda bersabda,

“Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja.

Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul).

Jadi seperti bara api yang kau gilingkan dengan kaki mu. kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia menlnggi, padahal tidak ada apa-apa”.

Pada ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini baginda mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.

“Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan,

“Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya.

Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekalipun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli).

Jikalau dia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat).

Jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepada ku.

(Maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.)

Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim

Keterangan:

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara berarisur-ansur dari kalangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya dia juga telah berlaku curang.

Rujukan:
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 35-37
Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

Nota:
Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

If you enjoyed this post, please consider subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.


Author: dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

Share This Post On
Web Analytics