RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 2
2: ‘Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bakal ada tentera yang akan menyerang Kaabah, tetapi ketika mereka sampai di suatu lapangan tiba-tiba dibinasakan semua, yang pertama hingga yang terakhir.”
‘Aisyah bertanya, ” Ya Rasulullah, bagaimanakah dibinasakan semua, padahal di situ ada orang-orang yang tidak ikut, iaitu orang yang sedang di pasar dan lain-lainnya?”
Jawab Nabi :“Dibinasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing.”
(Bukhari, Muslim)
Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang salah dan yang tidak bersalah, tetapi perhitungan di akhirat hanya terhadap mereka yang bersalah. Bagi masing-masing pejuang akan menerima perhitungan menurut niat masing-masing.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 12