Petua Murah Rezeki




  • Print Friendly

    Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan sekalian.

    Sedar tidak sedar bulan Februari sudah hampir tiba ke penghujungnya. Sedar tidak sedar juga rupa-rupanya saya belum mengeluarkan apa-apa artikel lagi bulan ini.

    Hemmmh…. Bulan ini suatu hal yang mencabar dan menyentap usaha saya untuk istiqamah menyumbang yang terbaik untuk ummah.

    Hendak tahu apa dia? Tepuk tangan dulu……. Dah abisy dah……. Hahaha……. (Ini ketawa cedih taw!) Eleh, buang masa saja sedih-sedih kan?

    Stress?

    Bertenang……

    Kredit gambar: http://www.rudecactus.com/archives/DSC02756.edit-thumb.jpg

    Ini blog autopilot punya pasallah. Apa itu blog autopilot Mykrk? Kalau hendak tahu bacalah di SINI.

    Tetapi, apabila di renung-renungkan semula, saya rasa sayang, kasihan dan empati serta simpati dengan blogger-blogger parasit ini.

    Mereka mungkin sedang terdesak, dibebani hutang, dikejar along sipemiutang, perlukan duit untuk menampung kos bayaran hospital ibu-bapanya. Mungkin juga mereka sudah tidak tertahan sangat hendak berkahwin tetapi keluarga sebelah sana menetapkan wang hantaran yang melampau.

    Kasihan kasihan kasihan………

    Baiklah sayang ….. (blogger autopilot itulah, bukannya awak…… ngeh ngeh ngeh……) Sebagai orang kaya, saya ingin berkongsi petua bagaimana menjadi kaya.

    Saya sudah mencuba (tahu kan, saya ini suka bereksperimen….) dan ternyata ianya MEMANG MEMANG MEMANG BERKESAN. Awak jangan baca saja, rugi tidak mencuba tau!

    PETUA PERTAMA:

    Baca Surah al-Waqiah setiap malam.

    Dulu masa sekolah kan, saya duduk asrama sejak berumur 13 tahun. Asrama saya bukannya asrama penuh, tetapi asrama sesak.

    Kami masuk asrama dengan membawa dapur minyak tanah dan periuk belanga. Masaklah apa yang terasa hendak makan. Kalau malas, laparlah jawabnya!

    Kalau balik kampung, saya sungguh berbesar hati kalau emak suruh bawa sekali beras, kentang, tepung, bawang, cili padi dan lain-lain bahan memasak. Cara ini akan menjimatkan duit yang emak bekalkan.

    Kadang-kadang di rumah emak pun tiada apa-apa, maklumlah emak cuma penoreh getah bukannya orang kaya. Saya pulanglah ke asmara asrama dengan rasa sedikit gusar.

    Gusar sebab…… alamak…… nanti kena beli minyak tanah, beras, sardine, telur….. apa yang tinggal untuk beli jajan? Huwa……

    Tapi saya ada rahsia……. Syyy, jangan bagitahu orang lain tau! Saya cerita kat awak je sorang……. Waktu-waktu macam itu, saya rajin-rajinlah baca Surah al-Waqiah! Hik hik hik……..

    Nanti kan……… tahu-tahu je bapak kita hantar money order tau! Kita tak mintak pon, kita takde tepon-tepon pon……… Allah bagi mimpi kat bapak kita agaknya………. Best kan?

    Semasa menjadi guru sandaran pun Allah SWT tunjukkan cash kebenaran berkenaan fadhilat membaca surah ini. Guru sandaran akan mendapat gaji selepas tiga bulan berkhidmat. Apabila memasuki tahun baru, hal yang sama akan kami hadapi.

    Pada tahun kedua berkhidmat, tiga bulan pertama saya belum mendapat gaji. Alhamdulillah berkat istiqamah dengan amalan ini, sayalah juga orang pertama yang akan membayar sewa rumah dan duit dapur.

    Kawan-kawan bising, “Engkau kata belum dapat gaji, tapi steady je.” Waktu rehat pula, ada sahaja yang belanja saya makan.

    Sekarang ini, terkadang saya agak malu-malu dengan Allah SWT untuk membacanya. Malu sebab rezeki mencurah tidak putus-putus.

    Namun, saya lebih malu lagi sekiranya dengan sombong meninggalkan amalan ini sedangkan para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat juga mengamalkannya.

    Oleh yang demikianlah, hati mereka kaya dan tidak meminta-meminta kepada makhluk serta maksiat kepada Allah di dalam hal rezeki.

    PETUA KEDUA:

    Awak, awak solat tak? APA? KADANG-KADANG? Memanglah semekin semekut jadiknya!

    Awak nak tahu tak? Orang yang mendirikan solat lima waktu pada awal waktunya dengan wuduk yang sempurna akan mendapat LIMA GANJARAN.

    1. Rezekinya diberkati
    2. Diangkat azab kubur
    3. Menerima buku catatan dari tangan kanan
    4. Melintas titian sirat sepantas kilat
    5. Masuk syurga tanpa hisab

    Kalau awak perhatikan lima senarai di atas, hanya satu sahaja ganjaran solat itu untuk urusan dunia kita. Empat ganjaran lagi adalah untuk keperluan kita di alam barzah.

    Apakah maknanya itu sayang? Maknanya dunia ini kecil sedangkan akhirat itu besar……

    Tetapi, kecil-kecil dunia ini, lantaran urusan ‘mengisi perut’ itulah manusia saling dengki-mendengki, fitnah-memfitnah, tipu menipu, saling memarahi, hasud-menghasud sehingga menjadi saling zalim-menzalimi.

    Hal ini Rasulullah SAW telah sebut di dalam hadis ini:
    hadis akhir zaman, penyakit umat-umat dahulu
    Ertinya:
    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.

    Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”

    Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah;
    1. Terlalu banyak seronok,
    2. Terlalu mewah,
    3. Menghimpun harta sebanyak mungkin,
    4. Tipu menipu dalam merebut harta-benda dunia,
    5. Saling memarahi,
    6. Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi”.

    Hadis riwayat al-Hakim

    PETUA KETIGA:

    “Tiga macam manusia yang semuanya mendapat jaminan (perlindungan) Allah.

    Jika masih hidup, mereka diberi rezeki dan dicukupi (segala keperluannya),
    dan jika telah mati, Allah سبحانه وتعالى pasti memasukkannya ke dalam syurga:

    1. Orang yang memasuki rumahnya dan memberi salam, maka dia mendapat jaminan Allah.
    2. Orang yang pergi ke masjid, maka dia mendapat jaminan Allah, dan
    3. Orang yang keluar di jalan Allah, maka dia mendapat jaminan Allah.”

    Jaminan tersebut termateri di dalam hadis berikut di bawah ini:

    keutamaan jihad

    Keutamaan jihad 71.1336

    Maksudnya: Dari Abu Umamah رضي الله عنه meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Tiga macam manusia yang semuanya mendapat jaminan (perlindungan) Allah.

    Jika masih hidup, mereka diberi rezeki dan dicukupi (segala keperluannya),

    dan jika telah mati, Allah سبحانه وتعالى pasti memasukkannya ke dalam syurga:

    (1) Orang yang memasuki rumahnya dan memberi salam, maka dia mendapat jaminan Allah.

    (2) Orang yang pergi ke masjid, maka dia mendapat jaminan Allah, dan

    (3) Orang yang keluar di jalan Allah, maka dia mendapat jaminan Allah.”

    Hadis riwayat Ibnu Hibban. Pentahqiq berkata, “Hadits ini shahih 2/252”

    Saya rasa memadailah dengan tiga petua murah rezeki itu. Awak nak tahu tak? Saya sebenarnya banyak membeli ebook untuk bisnes di internet ini. Sudah beratus ringgit ebook saya beli. Tetapi mungkin jiwa bisnes itu bukan jiwa saya, saya berpada dengan tiga petua di atas sahaja.

    Saya ini penganggur. Namun masalah besar saya ialah, kalau cucuk kad ATM saya boleh tekan berapa sahaja RM yang saya mahu. Awak ingat saya menipu ke?

    Sebab itulah saya tidak suka orang tahu siapa saya. Sebab apa? Sebab saya kayalah! Kwang kwang kwang (ini ketawa berlagak namanya!)

    Ye, blog ini pun bukan murah-murah pakej yang saya ambil tau! Theme blog ini pun bukan percuma. Awak tidak percaya lagi?

    Awak, awak hentikanlah kegiatan awak tu. Bukan blog saya saja yang awak aniaya. Awak tidak akan ke mana dengan duit yang awak dapat dengan cara tidak sah itu.

    Tambahan pula ramai lagi blogger yang marah kat awak. Saya tak marah cuma gerem aje. Dalam masa yang sama saya pun kasihan kat awak, saya sayang kat awak …….. saaaaayang sesangat…….

    Awak nak tahu tak. (Hek eleh macamlah kau saja yang tahu Mykrk!) Kadang-kadang kan, kita ini memang sudah ada rezeki yang Allah hendak beri.

    Cabarannya ialah diri kita sendiri. Allah tahan sebentar rezeki itu akibat perangai kita sendiri.

    عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

    لاَ يُرَدُّ الْقَدَرَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يَزِيْدُ فِى الْعُمُرِ إِلاَّ الْبِرُّ

    وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ

    رواه الحاكم وقال هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي

    Sayyidina Thauban r.anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak ada yang boleh mengubah takdir selain daripada doa. Tiada apa-apa yang boleh memanjangkan umur selain daripada kebajikan. (kadang-kadang) disebabkan perbuatan dosa, seseorang itu terhindar daripada rezekinya.” (Mustadrak Hakim)

    Selain daripada itu di dalam suatu kisah para sahabat, Rasulullah SAW pernah menasihati seorang sahabat yang bernama Hakim bin Hizam r.a.

    Nasihat baginda, “Hakim, harta ini ialah seumpama kebun yang hijau. Zahirnya nampak manis tetapi kaedahnya ialah kalau harta itu didapati dengan hati yang ‘istighna’ (perasaan kaya hati dan tidak perlu kepada kemewahan dunia) maka harta itu akan diberkati.

    Sekiranya harta itu didapati dengan tamak dan gelojoh maka harta itu tidak akan diberkati. Keadaan orang yang tamak seumpama seorang yang terus makan sepanjang masa tetapi tidak berasa kenyang (seumpama penghidap penyakit ju’ul baqar)”

    إن الرزق ليطلب العبد كما يطلبه أجله
    “Sesungguhnya rezeki seseorang hamba itu akan mengejarnya sebagaimana maut mengejarnya.”

    Sebelum saya menutup bicara, jutaan kemaafan saya pohonkan daripada awak. Saya pun bukannya baik sangat.

    Saya pun takut dengan satu peringatan Rasulullah SAW.

    Lagha

    Hindari Perkara Sia-sia

    Maknanya;
    Sayyidina Anas bin Malik r.a berkata, “Seorang lelaki dalam kalangan para sahabat telah meninggal dunia.

    Maka seorang lelaki lain berkata kepada mayat itu, “Berita gembira, syurga untuk kamu.”

    Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki itu, “Bagaimana kamu boleh mengatakan demikian sedangkan kamu tidak mengetahui hakikat sebenarnya?

    Mungkin si mati ini telah mengeluarkan kata-kata yang sia-sia ataupun dia pernah bakhil terhadap perkara yang tidak akan mengurangkan hartanya (jika diberi kepada orang).”

    (Seumpama mengajar ilmu agama, meminjamkan sesuatu kepada orang ataupun membelanjakan sesuatu di jalan Allah SWT kerana perbuatan sedemikian tidak akan mengurangkan ilmu juga harta.)

    Hadis riwayat at-Tirmizi.

    Kalau Engkau tidak marah ya Allah, fa laa ubaali (maka aku tidak kesah…….)
    Ya Allah, ubun-ubunku di tangan-Mu……

    In shaa Allah, saya juga akan mengikut jejak langkah Kak Jie.

    Astaghfirullah al-azim. Wallahua’lam.

    Rujukan:

    1. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٤ & ٣٩٨
    2. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 662 & 723.
    3. Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 26-27
    4. Allama Mohammad Zakariyya rah.alaih syeikhul hadith. 2004. KISAH PARA SAHABAT. Kuala Lumpur: ERA ILMU SDN. BHD. m.s 158.
    5. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. الأحاديث المنتحبة Muntakhab Ahadis – Hadis-hadis Pilihan. 2012. Kuala Lumpur: Maktabah Ilmiah Sdn. Bhd. m.s 342 dan 662

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge

    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif
     
    :bye:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif
     
    :good:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif
     
    :negative:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif
     
    :scratch:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif
     
    :wacko:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif
     
    :yahoo:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif
     
    B-)
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif
     
    :heart:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif
     
    :rose:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif
     
    :-)
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif
     
    :whistle:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif
     
    :yes:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif
     
    :cry:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif
     
    :mail:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif
     
    :-(
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif
     
    :unsure:
    http://arabmykrk.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif
     
    ;-)
     
    Share/Save
    Share/Save