Panduan Beli Ebook




  • Print Friendly

    Bertitik tolak daripada kekecewaan setelah membeli sebuah ebook berbahasa Melayu, saya mula meneliti mana-mana minisite jualan yang saya temui. Tujuannya hanya satu – Saya akan pastikan saya tidak terpedaya dengan ayat-ayat power atau maut lagi. Memang saya amat pantang untuk terjebak kali kedua dalam masalah yang sama. Hai, mahal sangat ke ebook yang awak beli tu? Takdelah mahal sangat. Tak sampai RM 40.00 pun. Tapi baru pertama kali beli kan…. ingat best sangat baca ebook, alamak……tepuk dahilah beb……

    Satu persatu minisite saya teliti, heh, geramnya……..kebanyakan minisite memang mengancam………tapi…..kot-kot indah khabar dari rupa? Kalau beli buku di kedai pun boleh pegang-pegang, belek-belek, selak-selak…… Tengok testimoni kot? ish, tak kan penjual nak tunjukkan testimoni yang tak elok kan? Entah testimoni ori, entah dia cipta sendiri? Ha, tengok muka penjual kot, hensem ke tak? Huhu….. Hish, geramnya, buang masa saya betullah! Asyik belek minisite je, blog sendiri tak sempat nak update…… jadual belajar terpampang kemain lagi!….. hihi…. adeh….

    Ha……? Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal! Wa…….Panduan Beli Ebook? Ada juga orang buat ebook tajuk camni ye? Macam tau-tau jerk?…….. Baca sket, saya terus belilah apa lagi?………..

    Wawawa…………ha, betul, saya agak dah……ye….. hehe sikit-sikit agakan saya macam mana cara nak kenal pasti URL minisite jualan yang bagus dan stabil, email penjual yang bagus serta ciri asas sebenar penjual yang jujur sama macam yang diajarkan dalam ebook ini.

    Lagi? Testimoni. Ye, testimoni pembeli memberi pengaruh yang penting dalam meyakinkan bakal pembeli. TETAPI, bagaimana cara mengenal testimoni berautoriti dan berintegriti? Ha…. kena baca ebook ini! Nak tahu? Selepas baca ebook ini, saya telah beli sebanyak empat ebook dengan penuh keyakinan dan ternyata ianya amat berbaloi dan saya amat berpuas hati. Harga ebook-ebook itu RM50.00 (2), RM 35.00 dan RM170.00. Hai, tak takut rugi lagi? OH TIDAK, insyaAllah TIDAK dan alhamdulillah TIDAK. Hingga kini, saya masih lagi mengulang-ulang membaca dan mencatat nota ringkas daripada ebook-ebook tersebut. Bukankah ini petanda bahawa ebook yang saya beli itu memang amat berinformasi dan berguna. Masakan tidak? Ebook Panduan Beli Ebook (PBE) juga memberi panduan apakah yang patut saya pelajari dan kuasai dahulu sebagai newbie. (Kalau tidak,perasan macam dah pandai dan beli ebook ntah apa-apa, tak padan dengan diri yang masih ‘rabun-rabun ayam’ tentang IT).

    Kini, sekiranya saya kesuntukan masa untuk meneliti kesemua aspek dalam sesuatu minisite jualan, bahagian inilah yang saya beri perhatian. Jika ada ‘nama-nama individu’ tertentu memberi komen positif, maka hampir pasti bahawa produk tersebut benar-benar berkualiti malah kadang kala memang hebat. Jangan anda tak tahu, sesetengah penjual menjual produk yang didakwanya bagus tetapi hakikatnya ia boleh diperolehi secara percuma sahaja dari mana-mana laman web sekiranya kita rajin melayari internet.

    Selain daripada tip dan trik membeli ebook, anda juga diajar langkah demi langkah membeli ebook, juga langkah selepas membeli ebook. Contoh sebenar website sebenar penipu di internet juga didedahkan. Seperkara yang saya suka tentang ebook ini ialah penulis (أحمد رزال غزالي) menerapkan nilai-nilai murni dalam penulisannya. Walau bagaimanapun gaya bahasa yang digunakan bukanlah gaya Bahasa Melayu standard, mungkin untuk menampakkan kelainan dan tidak membosankan.

    Untuk membeli ebook ini, sila klik di sini

    Wang anda bukan daun kering yang gugur di musim luruh, dapatkan nilai wang anda. Jangan membazir.

    PERHATIAN: Ebook ini hanya sesuai untuk mereka yang MERASA DIRINYA NEWBIE SAHAJA. Saya? Untuk tempoh beberapa tahun mendatang ini, rasa-rasanya masih newbie lagi………

    Moga perkongsian ini ada manfaatnya, wassalam.

    Comments

    comments

    Author: dusakal thooluut

    Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

    Share This Post On
    Share/Save
    Share/Save