نحو/NAHU: Tanwin Tamkin
Assalamualaikum,
Pada bulan lepas kita telah pelajari tentang tanda-tanda sesuatu perkataan itu dikenal pasti sebagai ‘isim’. Salah satu di antara tanda-tandanya ialah TANWIN.

Walaupun tanwin ada empat bahagian, saya akan menerangkan hanya dua bahagian sahaja, iaitu Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah dan Tanwin Ta’wiidh.
Apa itu tanwin? Tanwin ialah baris dua, seperti di bawah ini;

Dalam pelajaran ‘Imla’ - املاء ’ @ ejaan @ spelling, kami diajar apabila sesuatu huruf itu berbaris DUA DI ATAS, maka ianya hendaklah diikuti dengan huruf alif. Silalah rujuk al-Qur’an, banyak contoh di sana.
Baiklah, ssekarang kita terus saja fokus kepada inti pelajaran kita hari ini iaitu Tanwin Tamkin atau disebut juga Tanwin al-Amkaaniah. Untuk pelajaran kali ini saya banyak merujuk kepada rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm yang disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.30 pagi.
Sila perhatikan diagram di bawah ini;

Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah
Tanwin Tamkin terbahagi kepada tiga bahagian;
1. Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat.
(Inilah ‘hukum’ yang biasanya diguna pakai). Di dalam contoh-contoh di bawah ini sila amati perubahan baris yang berlaku kepada perkataan Muhammad محمد .

2. Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat TETAPI ia tidak tanwin.
( ممنوع من الصرف / غير المنون )
Isim yang bergelar ( ممنوع من الصرف/ غير المنون) ini tidak boleh menerima sama ada;
i. Baris tanwin (baris dua).
ii. Baris kasrah / bawah.
Oleh itu;
- Ia MARFU’ dengan baris satu di hadapan.
- Ia MANSUB dengan baris satu di atas.
- Ia MAJRUR dengan baris satu di atas.
*** InsyaAllah bulan Februari tahun 2010 (kalau panjang umur) kita akan menyentuh tentang hal ini secara lebih lanjut lagi.
Di dalam contoh-contoh ayat di bawah ini, cuba anda perhatikan nama-nama berikut;
أحمد، عثمان، فاطمة، عائشة

3. Tidak berubah baris DAN tidak tanwin.
Untuk perbincangan kali ini, kita akan hanya melihat contoh Isim Isyarah
هـَـٰـؤُلاَءِ

Walaupun tidak boleh menerima tanwin dan apa-apa perubahan langsung sama ada rupa bentuk mahupun baris, ia tetaplah ISIM, demikian juga dengan perkataan-perkataan pada nombor 2 iaitu; أحمد، عثمان، فاطمة، عائشة
Asalkan kata nama, ia adalah ISIM. Bukan feel, bukan huruf. Itu saja. Mohon maaf atas apa-apa yang terkurang ye.![]()
Wassalam.
Soalan teka-teki lalu:
TERBANG DAN NAMPAK
1. Kuda terbang dengan ________________![]()
2. Gajah terbang nampak apa?![]()
3. Seekor burung kecil hinggap atas sebuah kapal yang sedang belayar, tiba-tiba kapal itu tenggelam. Nampak _______________????![]()
Jawapan:
1. Kuda terbang dengan susah payahnya……![]()
2. Gajah terbang nampak pelik
…….
3. Nampak sangat penipu. Ada ke patut, burung cinoni (kecil) boleh menyebabkan kapal yang besar tenggelam? Tak patut, tak patut…….![]()
Soalan teka-teki:
Duduk bersembang bersama Puteri,
Sambil bersembang sutera ditenun,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?
Tajuk berkaitan:
1. Cara membariskan nama lelaki dan perempuan
2. Jawapan Tamrin / Latihan – Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)
3. Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)
4. Kamus
5. (مَـنْ:Siapakah),(مـَــا:Apakah),(أ:Adakah),(َهَـٰـذ َا:Ini),(نـَعَـمْ:Ya),(لاَ:Tidak)
6. Jawapan Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
7. I’rab
Rujukan;
1. حفى ناصف ومحمد دياب والشيخ مصطفى طموم ومحمد صالح. كتاب الدروس النحوية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الكتاب الثالث: وزارة المعارف العمومية
2. Rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm












