'BELAJAR BAHASA ARAB ala Sekolah Pondok', Hadith dan sedikit artikel berbahasa Melayu.


Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari

Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Pada zaman Nabi s.a.w. telah berlaku suatu gerhana matahari. Para sahabat r.anhum telah terfikir bahawa mereka perlu meneliti apakah yang akan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedemikian? Para sahabat r.anhum yang sedang sibuk dengan pekerjaan masing-masing telah meninggalkan pekerjaan mereka lalu berlari-lari datang ke masjid. Budak-budak yang sedang berlatih memanah pun meninggalkan urusan mereka lalu pergi untuk melihat amalan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. mendirikan solah sunat gerhana dua rakaat yang begitu panjang sehingga ramai yang jatuh pengsan. Baginda s.a.w telah menangis dalam solah itu sambil berdoa,
“Ya Allah, tidakkah Engkau menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku ada bersama mereka dan tidak akan mengazab mereka selagi mereka beristighfar.”
(Allah S.W.T menjanjikan perkara ini dalam surah al-Anfal)

yang bermaksud, “Dan Allah S.W.T sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau (wahai Muhammad s.a.w) berada di kalangan mereka dan Allah S.W.T. tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun).” (al-Anfal 8: Ayat 33)

Kemudian Rasulullah s.a.w menasihati orang ramai, “Apabila berlaku peristiwa seumpama ini dan berlaku gerhana bulan atau matahari maka segeralah bersolah. Sekiranya kamu tahu perkara-perkara akhirat seperti yang sedang aku lihat maka pasti kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis. Apabila berlaku peristiwa seumpama ini maka hendaklah kamu bersolah, berdoa dan bersedekah.”

Tajuk berkaitan:
1. Solat Gerhana – Kusuf dan Khusuf (Scan dari Kitab Matla’al Badrain)
2. Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat beserta video

Sumber:
Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2004. KISAH PARA SAHABAT. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 26-27
Ayat Al-Qur’an


468 ad
Kirim update terbaru dari Blog ArabMykrk.com terus ke email tuan/puan.

Taipkan alamat email:

Delivered by FeedBurner



Sila periksa email tuan/puan.
Feedburner akan meminta alamat email diaktifkan.
Selepas itu barulah tuan/puan akan menerima update terbaru dari blog ini. Terima kasih, jumpa lagi. InsyaAllah. (^_^)