'BELAJAR BAHASA ARAB ala Sekolah Pondok', Hadith dan sedikit artikel berbahasa Melayu.


Solat Gerhana – Kusuf dan Khusuf (Scan dari Kitab Matla’al Badrain)

Solat Gerhana – Kusuf dan Khusuf (Scan dari Kitab Matla’al Badrain)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

http://www.box.com/s/ym71okxsb4uo823anqpp(Versi pdf)

Versi Jawi:

Versi Rumi:

INI SUATU BAB PADA MENYATAKAN SEMBAHYANG GERHANA MATAHARI DAN BULAN

Bermula keduanya sunat muakkad bagi yang mukim dan musafir dan yang merdeka dan sahaya dan bagi lelaki dan perempuan dan berjemaah dan seorang diri.
Maka masuk waktunya, tatkala nyata gerhananya dan habis waktu sembahyang gerhana matahari, dengan hilang gerhananya dan dengan jatuh matahari dengan gerhananya.
Dan habislah waktu sembahyang gerhana bulan dengan hilang gerhananya dan dengan naik matahari tiada dengan naik fajar, dan tiada dengan jatuhnya pada malam dengan gerhananya.

Maka lafaz niatnya pada gerhana matahari:

أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ كـُــسـُــوفِ الـشـَّــمـْسِ
رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala, Allahu Akbar.”

Dan gerhana bulan:

أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ خـُــسـُــوفِ الـقـَـمـَــرِ
رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَـى

“Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala, Allahu Akbar.”

Perkara Yang Akmal (sempurna) Dalam Solat Sunat Gerhana
Maka sekurang-kurangnya disembahyang dua rakaat seperti sunat Zuhur jua,
dan yang akmal sedikit disembahyangkan dia, dua rukuk dan dua qiam pada tiap-tiap rakaat dengan tiada dipanjangkan bacaannya pada keduanya.
Dan yang terlebih akmalnya, bahawa disembahyangkan dia dua rakaat dengan dua rukuk dan dua qiam pada tiap-tiap rakaat dan dipanjangkan bacaan pada keduanya.

CARA YANG SEMPURNA:
1. Dan iaitu hendaklah ia takbiratul ihram dan membaca doa Iftitah dan a’uzubillah dan Fatihah dan surah Al-Baqarah.
2. Kemudian maka rukuk dan membaca tasbih di dalam rukuknya kadar 100 ayat iaitu daripada Surah Al-Baqarah.
3. Kemudian maka diangkatkan kepalanya daripada rukuk dan iktidal dan membaca Fatihah pula kemudian maka dibaca surah Ali Imran.
4. Kemudian ia rukuk pula dan membaca tasbih padanya kadar 80 ayat iaitu daripada surah Al-Baqarah.
5. Kemudian ia iktidal pula.

6. Kemudian maka sujud dan membaca tasbih padanya kadar 100 ayat daripada surah Al-Baqarah.
7. Kemudian ia bangkit duduk antara dua sujud kadar tomakninah.
8. Kemudian maka ia sujud yang keduanya dan membaca tasbih padanya kadar 80 ayat daripada surah Al-Baqarah.

9. Kemudian maka ia bangkit bagi rakaat yang keduanya, maka membaca Fatihah dan surah An-Nisa’.
10. Kemudian ia rukuk dan membaca tasbih pada rukunya kadar 70 ayat daripada surah Al-Baqarah.
11. Kemudian ia iktidal dan membaca Fatihah pula. Kemudian ia membaca surah Al-Maidah.
12. Kemudian maka ia rukuk pula dan membaca tasbih di dalam rukuknya kadar 50 ayat daripada surah Al-Baqarah.
13. Kemudian iktidal

14. kemudian ia sujud dan membaca tasbih padanya kadar 70 ayat daripada surah Al-Baqarah.
15. Kemudian maka ia bangkit duduk antara dua sujud.
16. Kemudian ia sujud yang keduanya membaca tasbih padanya kadar 50 ayat daripada surah Al-Baqarah.
17. Kemudian maka ia bangkit tasyahhud dan memberi salam, inilah yang akmalnya (paling sempurna).

Dan sunat dinyaringkan bacaan pada sembahyang gerhana bulan dan diperlahankan dia pada gerhana matahari.

Dan sunat dibacakan dua khutbah kemudian daripada sembahayang tiap-tiap daripada dua gerhana itu dan jika kemudian daripada hilang gerhananya sekalipun, maka khutbah seperti khutbah hari raya, tetapi tiada sunat takbir pada keduanya kerana tiada warid ia.
Dan menyuruh pada dua khutbah itu akan taubat dan bersedekah dan merdeka dan puasa dan lainnya.

1. Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari
2. Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat beserta video
3. Hal-Hal yang Dianjurkan Ketika Terjadi Gerhana
4. Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010
5. Gerhana Matahari dan Hari Kiamat?
6. angkasa.gov.my
7. SOLAT GERHANA
8. SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN
9. Sembahyang sunat gerhana.
10. Gerhana

Rujukan:

1. العبد الفقير الفانى محمد بن اسماعيل داود فطاني غفر الله له.١٣ اقتوبر ١٩٨٤ = ١٨ محرم ١٤٠٥. مطلع البدرين ومجمع البحرين. تايلاند: مكتبة ومطبعة محمد النهرى وأولاده. موك سورت: ٤٨-٤٩

2. Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Fatani. 2008. MATLA’ AL-BADRAIN مطلع البدرين ومجمع البحرين. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Halaman: 75-76


468 ad
Kirim update terbaru dari Blog ArabMykrk.com terus ke email tuan/puan.

Taipkan alamat email:

Delivered by FeedBurner



Sila periksa email tuan/puan.
Feedburner akan meminta alamat email diaktifkan.
Selepas itu barulah tuan/puan akan menerima update terbaru dari blog ini. Terima kasih, jumpa lagi. InsyaAllah. (^_^)