Month: October 2009

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi Saya Ada, Latar Belakang Keluarga

عـِــنـْــدِى :
Saya Ada, Saya Mempunyai

عـِــنـْــدَ (ada) , ى (saya)

(Situasi : Soalan Tentang Latar Belakang)

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكَ / مـَــعـَــكِ فـِــى بـَــيـْــتـِــكَ / بـَــيـْــتـِــكِ ؟
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

مـَــنْ : siapa
يـَــسـْــكـُــنُ : tinggal
مـَــعـَــكَ : bersama awak (lelaki)
مـَــعـَــكِ : bersama awak (perempuan)
=> مـَــعَ : bersama, كَ : awak (lelaki), كِ : awak (perempuan)
فـِــى
: di, dalam
بـَــيـْــتـِــكَ: rumah awak (lelaki)
بـَــيـْــتـِــكِ : rumah awak (perempuan)
=> بـَــيـْــتـِ : rumah, كَ : awak (lelaki) , كِ : awak (perempuan)

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

أ َبـِــى (abii) : bapa saya ( أ َبٌ (abun) : bapa, ى : saya)
وَأ ُمـِـّــى (wa ummii) : dan emak saya ( وَ : dan, أ ُمّ (ummun) : emak, ى : saya)
وَجـَــمـِــيعُ : dan semua ( وَ : dan, جـَــمـِــيعُ : semua)
إ ِخـْــوَتـِــى : adik-beradik saya
=> إ ِخـْــوَة (ikhwatun) = إِخْوَانٌ (ikhwaanun) : sahabat-sahabat lelaki, saudara-saudara lelaki, abang-abang / adik-adik lelaki, brothers, friends – (jamak – جـَــمَــع / ramai / plural)
=> أ َخٌ (akhun) : seorang sahabat lelaki, seorang saudara lelaki, seorang abang , seorang adik lelaki, brother, friend – (seorang / mufrad – مـُــفـْــرَد / satu / singular)

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكَ / إ ِخـْــوَتـِــكِ ؟
Berapa adik-beradik awak?

كـَــمْ : berapa
عـَــدَدُ : bilangan
إ ِخـْــوَتـِــكَ : adik-beradik awak (lelaki)
إ ِخـْــوَتـِــكِ : adik-beradik awak (perempuan)
=> إ ِخـْــوَتـِ : adik-beradik, كَ : awak (lelaki) , كِ : awak (perempuan)

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
Saya ada seorang adik lelaki / abang dan dua orang adik perempuan / kakak.

عـِــنـْــدِى : Saya Ada, Saya Mempunyai
عـِــنـْــدَ (ada), ى (saya)
أ َخ (akhun) : sahabat, saudara lelaki, abang / adik
وَاحـِــدٌ : seorang
وَأ ُخـْــتـَــانِ (wa ukhtaani) : dan dua orang adik perempuan / dua orang kakak

=> ( وَ ) : dan
=>( أ ُخـْــتـَــانِ ) (ukhtaani) : dua orang adik perempuan / dua orang kakak – (muthanna – مُــثـَـنـّـَـى / dua)
=> أ ُخـْـتٌ (ukhtun) : seorang adik perempuan, seorang kakak, seorang saudara perempuan , sister- (mufrad – مـُــفـْــرَد / satu / singular)
=> أ َخَــوَاتٌ (akhowaatun) : ramai (lebih daripada 2) adik-adik perempuan, kakak-kakak, saudara-saudara perempuan , sisters – (jamak – جـَــمَــع / ramai / plural)

PERBUALAN SESAMA LELAKI:

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكَ فـِــى بـَــيـْــتـِــكَ ؟
Man yaskunu ma’aka fii baitika?
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Abii wa’ummii wa jamii’u ikhwatii.
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكَ ؟
Kam ‘adadu ikhwatika?
Berapa adik-beradik awak?

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
‘indii akhun waahidun wa ukhtaani.
Saya ada seorang adik lelaki / abang dan dua orang adik perempuan / kakak.

PERBUALAN SESAMA PEREMPUAN:

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكِ فـِــى / بـَــيـْــتـِــكِ ؟
Man yaskunu ma’aki fii baitiki?
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Abii wa’ummii wa jamii’u ikhwatii.
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكِ ؟
Kam ‘adadu ikhwatiki?
Berapa adik-beradik awak?

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
‘indii akhun waahidun wa ukhtaani.
Saya ada seorang adik lelaki / abang dan dua orang adik perempuan / kakak.

Lain-lain Tajuk:

1. DIALOG – Asas : التـَّــعَــرُّفُ : Perkenalan 1
2. DIALOG : لـَـمْ أ َتـَـوَقـَّـعْ : tak sangka: not suspected
3. MOTIVASI 2
4. DOA : Memudahkan Tidur
5. DIALOG – Asas : مـَـسـَـاءُ الـْـخـَـيـْـرِ: Selamat Petang : Good Evening
6. DIALOG : أ ُحِبُّ : Saya Suka : I Like / I Love
7. DIALOG : مـِــن َ الأفـْــضـَــلِ : lebih baik : better

Rujukan :

1.

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِRadio IKIM.FM (Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim & Pn. Mona binti Jasman)

2. e-alqamus
3. Smiley: zaazu.com, smileycentral.com

 

Hayya bil-Arabiah

Assalamualaikum.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian.

Sebenarnya pada awal pembabitan saya di dalam alam siber ini adalah hanya mahu berkongsi nota Hayya bil-Arabiah saya sahaja. Namun setelah berfikir berkali-kali, saya tambah segmen-segmen lain yang pada hemat saya adalah perlu. Walaupun saya faham hukum-hakam Nahu dan Saraf, tetapi saya kurang mahir bertutur dalam Bahasa Arab. Dek, ‘terkedu’ dengan gertakan seorang kawan berbangsa Arab pada pertengahan 2008, saya mengambil keputusan membuka blog Belajar Bahasa Arab sebab sayalah yang mahu belajar semula sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, salah seorang pengundi segmen Hayya bil-Arabiah di dalam page Belajar Bahasa Arab itu saya sendirilah. Ingin sekali saya kongsikan keempat-empat situasi dalam setiap frasa yang kita pelajari dalam segmen Hayya bil-Arabiah ini lengkap dengan penerangannya sebagaimana yang telah saya lakukan dalam blog lama iaitu daripada frasa ‘ape-ape aje’ hingga ‘tak sangka’.

Walau bagaimanapun ingin saja jelaskan, sebenarnya untuk meneruskan trend sedemikian tidak mampu saya lakukan lagi kerana masalah kesihatan yang tidak menentu selain daripada masalah server yang tidak boleh menerima post yang terlalu panjang. (Sila lihat *** di akhir artikel ini, masalah tersebut timbul sewaktu saya cuba publish beberapa post dari blog lama yang akhirnya terpaksa saya bahagikan kepada beberapa bahagian, ada juga yang saya pendekkan.) Post yang saudara lihat tidaklah terlalu panjang, tetapi ianya demikian kerana untuk menghasilkan post seumpama itu akan menyebabkan bahasa HTML yang berjela-jela kerana beberapa faktor;

1. Font yang bercampur di antara Arab dan Rumi.
2. Font yang pelbagai saiz dan warna (saya lakukan ini untuk memudahkan pemahaman dan saya sukakannya).
3. Smiley.

Masalah lain: Entah di mana silapnya bahagian editing di blog saya ini hanya ada ‘edit HTML’ tiada ‘Tulis’. Mula-mula blog ini siap dulu, memang termenung saya dibuatnya, maklumlah di blogspot, kita memang dimanjakan. Setelah membeli ebook HTML dan membuat latihan, alhamdulillah saya boleh meneruskan kerja kesukaan saya ini. Tidak lupa terima kasih banyak-banyak kepada individu-individu yang banyak membantu. Semoga Allah membalasi anda dengan sebaik-baik balasan.

Kenapa susah-susah pindah dari blogspot? Sebenarnya saya pernah melalui pengalaman ini.
(Bukan hendak mempengaruhi anda ye!) Jadi, biarlah saya buat ‘rumah’ sendiri……. Kalau terjadi juga, reda sajalah…… Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap makhluknya.

Anda ingin katakan bahawa tidak perlulah buat ketiga-tiga perkara di atas, asalkan ada 4 situasi sebagaimana yang Ustaz Majdi dan Puan Mona ajarkan di radio IKIm.fm? Oh, minta maaf! Penyakit saya ialah ‘perfectionist’ bila melakukan sesuatu kerja. Blog ini saya anggap sebagai ‘buku nota’ saya dan saya sukakan nota yang cantik dan menarik supaya saya suka belajar lagi dan lagi.

Jadi, saya ingin memohon bantuan anda untuk memudahkan saya membuat keputusan iaitu dengan memberikan undian anda di bawah ini. Kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Seperkara lagi saya pohonkan iaitu jangan sesekali bertanyakan masalah kesihatan saya ye. Saya amat tidak ‘hingin’ dikasihani kerana ianya bukanlah apa-apa berbanding nikmat dan rahmatNya yang amat luas. Sakit juga satu nikmat yang mesti disyukuri! Pun demikian, setinggi-tinggi terima kasih ingin saya hamparkan buat keluarga, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga juga kawan-kawan yang begitu empati dengan apa yang saya lalui. Saya amat menghargainya dan ianya sedikit sebanyak amat membantu saya menghadapinya dengan tenang.

Silalah klik salah satu di antara dua……………..


Get your own Poll!

Dua situasi tanpa penerangan lengkap

Satu situasi beserta penerangan lengkap contohnya adalah seperti di bawah ini:

Di bawah ini saya baiki esok, insyaAllah ye……. kalau…….sihat…..

عـِــنـْــدِى : Saya Ada, Saya Mempunyai
عـِــنـْــدَ (ada), ى (saya)

(tulisan akan menjadi seperti di atas jika ‘diboldkan’ sekaligus kedua-dua jenis tulisan arab dan rumi)

(Situasi 1 : Soalan Tentang Latar Belakang)

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكَ / مـَــعـَــكِ فـِــى بـَــيـْــتـِــكَ / بـَــيـْــتـِــكِ ؟
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

مـَــنْ : siapa
يـَــسـْــكـُــنُ : tinggal
مـَــعـَــكَ : bersama awak (lelaki)
مـَــعـَــكِ : bersama awak (perempuan)
فـِــى : di, dalam
بـَــيـْــتـِــكَ : rumah awak (lelaki)
بـَــيـْــتـِــكِ : rumah awak (perempuan)

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

أ َبـِــى : bapa saya (أ َبٌ : bapa, ى : saya)
وَأ ُمـِـّــى : dan emak saya (وَ : dan, أ ُمّ ٌ : emak, ى : saya)
وَجـَــمـِــيعُ : dan semua (وَ : dan, جـَــمـِــيعُ : semua)
إ ِخـْــوَتـِــى : adik-beradik saya

Keterangan:
إ ِخـْــوَة ٌ : إِخْوَانٌ sahabat, saudara lelaki, saudara lelaki (abang/adik), brother, friend – (ramai /jamak / plural)
أ َخٌ : sahabat, saudara lelaki, saudara lelaki (abang/adik), brother, friend – (seorang / mufrad / singular)

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكَ / إ ِخـْــوَتـِــكِ ؟
Berapa adik-beradik awak?

كـَــمْ : berapa
عـَــدَدُ : bilangan
إ ِخـْــوَتـِــكَ : adik-beradik awak (lelaki)
إ ِخـْــوَتـِــكِ adik-beradik awak (perempuan)

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
Saya ada seorang adik / abang lelaki dan dua orang adik / kakak perempuan.

عـِــنـْــدِى : Saya Ada, Saya Mempunyai
عـِــنـْــدَ (ada), ى (saya)
أ َخ ٌ : sahabat, saudara lelaki, saudara lelaki (abang/adik)
وَاحـِــدٌ : seorang
وَأ ُخـْــتـَــانِ : dan dua orang adik / kakak perempuan

Keterangan:
(وَ) : dan,
(أ ُخـْــتـَــانِ) : dua orang adik / kakak perempuan – (muthanna / dua)
أُخْتٌ : seorang adik / kakak perempuan , saudara perempuan , sister- (mufrad / satu / singular)
أَخَوَاتٌ : ramai (lebih daripada 2) adik / kakak perempuan , saudara perempuan , sister – (jamak / ramai / plural)

PERBUALAN SESAMA LELAKI:

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكَ فـِــى بـَــيـْــتـِــكَ؟
Man yaskunu ma’aka fii baitika?
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Abii wa’ummii wa jamii’u ikhwatii.
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكَ؟
Kam ‘adadu ikhwatika?
Berapa adik-beradik awak?

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
‘indii akhun waahidun wa ukhtaani.
Saya ada seorang adik / abang lelaki dan dua orang adik / kakak perempuan.

PERBUALAN SESAMA PEREMPUAN:

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكِ فـِــى بـَــيـْــتـِــكِ؟
Man yaskunu ma’aki fii baitiki?
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Abii wa’ummii wa jamii’u ikhwatii.
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكِ؟
Kam ‘adadu ikhwatiki?
Berapa adik-beradik awak?

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
‘indii akhun waahidun wa ukhtaani.
Saya ada seorang adik / abang lelaki dan dua orang adik / kakak perempuan.

Alhamdulillah, Allah mudahkan kerja saya, inilah rupa
عـِــنـْــدِى : Saya Ada, Saya Mempunyai عـِــنـْــدَ (ada), ى (saya)

setelah ‘diproses’ beberapa jam. Lamanya? Yelah…… antara sebabnya ialah saya belum pandai dan ‘Masalah lain’ yang telah saya terangkan di atas.

*** jika mengeditnya di word biasa yang tidak melibatkan HTML insyaAllah lebih mudah.

namun begitu, ‘ala kulli haal…..

………anda tidak akan penat apabila melakukan sesuatu yang anda sukai……….

***
from Dusakal Thooluut
reply-to arabmykrk@gmail.com
to NetKL Network
date Wed, Aug 19, 2009 at 3:40 PM
subject Re: Error establishing a database connection
mailed-by gmail.com
hide details Aug 19
Assalamualaikum. Saya hadapi masalah seperti di bawah;

Your connection to this server has been blocked in this server’s firewall.

You need to contact the server owner for further information.

Your blocked IP address is 115.135.191.80

This server’s hostname is ww6.netkl.org

Harap dapat dibantu, terima kasih.
– Show quoted text –

mykrk

***
from NetKL Network
to arabmykrk@gmail.com
date Wed, Aug 19, 2009 at 3:52 PM
subject Re: Error establishing a database connection
mailed-by netkl.com
hide details Aug 19
Sudah unblock.

Dari log yang saya check, saya dapati script yang anda guna resource yang sangat tinggi yang akan menyebabkan server rosak, sebab itu anda disekat.

Sila check script/plugin yang anda guna. mungkin ada masalah pada script tersebut.

Jika masalah ip disekat berlaku lagi, tutup saja dan on semula modem untuk tukar ip. ini akan menyelesaikan masalah anda dengan serta merta.

>>115.135.191.80 # lfd: 5 (suhosin) login failures from 115.135.191.80 in the last 300 secs – Wed Aug 19 15:02:15 2009

————-
Thanks, and best regards,

Quality hosting at a budget price | NetKL Network

Voice/SMS: +6019 33 NETKL
FAX: +603 9200 9260
http://www.netkl.com

*Thank you for choosing NetKL Network*

Dialog Asas : السـَّـكـَـنُ : Tempat Tinggal (1)


عـَــائِــشـَــة : أ َيـْن َ تـَــسـْــكـُــنـِــين َ يـَــا فـَــاطـِــمـَــة؟
Aisyah : Aina taskuniina yaa Faatimatu?
Aisyah : Di manakah awak duduk (tinggal) hai Fatimah?

فـَــاطـِــمـَــة : أ َسـْــكـُــن ُ فـِــى شـَــار ِع ِ مـِــيْلا َوَاتـِــى
Fatimah : Askunu fii Syaari’I Melawati.
Fatimah : Saya tinggal di Jalan Melawati.

عـَــائِــشـَــة : فـِــى أ َيّ ِ رَقـْــم ٍ لـَــوْ سـَــمـَــحـْــتِ؟
Aisyah : Fii ayyi roqmin lau samahti?
Aisyah : Kalau awak mengizinkan, nombor berapakah rumah awak?

فـَــاطـِــمـَــة : رَقـْــمُ التـِّــسـْــعـَــةِ
Fatimah : Roqmut tis’ah
Fatimah : Nombor sembilan

عـَــائِــشـَــة : هـَــلْ بـَــيـْــتـُــكِ بَــعـِــيـْــدٌ مـِــن ْ ’مَــيـْــدَان ْ سـِــيْــلـِــيـْــرَا‘؟
Aisyah : Hal baituki ba’iidun min ‘Medan Selera’?
Aisyah : Apakah rumah awak jauh dari ‘Medan Selera’?

فـَــاطـِــمـَــة : لا َ، بـِــجـَــانـِــبـِــهِ تـَــمـَــامـًــا. وَأ َيـْــن َ أ َنـْــتِ سـَــاكـِــنـَــة ٌ يـَــا عـَــائـِــشـَــة ُ؟
Fatimah : La, bijaanibihi tamaaman. Wa aina anti saakinatun ya Aisyah?
Fatimah : Tidak, rumah saya tepat di sebelahnya. (dan) Di manakah awak tinggal hai Aisyah?

عـَــائِــشـَــة : أ َنـَــا سـَــاكـِــنـَــة ٌ فـِــى كـُــومـْــبـَــكْ
Aisyah : Ana saakinatun fii Gombak.
Aisyah : Saya duduk di Gombak.

فـَــاطـِــمـَــة : فـِــى أ َيـّـَــةٍ مـِــن ْ كـُــومـْــبـَــكْ؟
Fatimah : Fii ayyatin min Gombak?
Fatimah : Di bahagian manakah daripada Gombak.

عـَــائِــشـَــة : فـِــى النـّـَــاحـِــيـَــةِ الـْــغـَــرْبـِــيـّـَــةِ
Aisyah : Fin naahiyatil ghorbiyyah.
Aisyah : Di bahagian Barat.

BAHASA URDHU:

1. Ilm se halal haram ki pehcan hotihe.

Dengan ilmu kita tahu tentang halal dan haram.

A person knows about the halal and haram things through knowledge.

2. Zikar dil or ruh ki rahat hey.

Zikir makanan jiwa dan hati.

Zikir is food for soul and heart.

3. Iskelye hame rozana subh or syam so martabah ‘suhanallahi walhamdulillahi walaa’ilaaha illallahu wallaahu akbar….’, so martabah Darud Syarif, so martabah istighfar parna chahiye

Oleh itu, eloklah kita berzikir seratus kali ‘suhanallahi walhamdulillahi walaa’ilaaha illallahu wallaahu akbar….’, seratus kali selawat kepada Nabi s.a.w dan seratus kali istighfar setiap pagi dan petang.

Therefore we should recite 100x ‘suhanallahi walhamdulillahi walaa’ilaaha illallahu wallaahu akbar….’, 100x sholawat and 100x istighfar in the morning and evening daily.

Rozana : setiap hari
So : seratus
Martabah : kali

Rujukan:
1. Hj. Mustafa Umar .1997. PERBUALAN BAHASA ARAB PERINGKAT ASAS. Kuala Lumpur : Darul Nu’man. m.s 13-14.
2. Bahasa Urdhu – Abdullah Bai – Mumbai

Rumahtangga Bahagia: Peranan Ibu Bapa Menjelang Peperiksaan


Setiap kali menjelang peperiksaan, ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak. Kebimbangan ini lebih ketara di pihak ibu berbanding bapa. Isterilah yang lebih gemuruh dan risau, suami biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya.

Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan pada seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan di saat menjelang peperiksaan. Salah pendekatan kita maka anak yang menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.

Saya teringat bagaimana beberapa tahun lepas seorang pelajar motivasi saya menelefon dan menangis sedangkan PMR hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Selepas ditenangkan, maka dia beritahu saya betapa tertekan dia apabila ibu bapa terus mengherdik, menekan dan memarahinya kerana dia hanya memperoleh 3A sahaja dalam peperiksaan percubaannya.

Dia rasa dia sudah gagal sebagai seorang anak dan tidak yakin berhadapan dengan peperiksaan PMR yang sebenar. Nasib baiklah pelajar ini sempat mengadu dan meminta bantuan. Bagaimana pula dengan nasib ribuan pelajar lain yang tidak tahu tempat mengadu? Sebab itulah, kita sebagai ibu bapa mesti tahu persediaan yang perlu dilakukan bagi membantu kecemerlangan anak-anak menjelang peperiksaan.

1. Fahami Tekanan yang Dihadapi oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada di antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat daripada segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.

Ada anak-anak yang runsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini.

Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan itu dengan lebih memahami mereka. Nyatakan kepada mereka dengan jelas, apa yang kita harapkan daripada mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka.

Nyatakan juga kepada mereka, kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat bagi mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini. Ramai mereka yang gagal dalam pelajaran tetapi dapat hidup senang dan berjaya dalam bidang sukan, nyanyian, muzik, seni, lakonan, perniagaan dan Iain-lain.

Apabila tinggal beberapa hari lagi menjelang peperiksaan, elakkan daripada menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang tidak diketahui penyelesaiannya kerana ini dapat membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan diri tergugat dan ini menjejaskan prestasi ketika menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.

Adalah lebih baik, ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal.

Perhatikan sahaja gelagat anak kerana biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Dia tidak maksudkan apa-apa dengan kata-katanya itu. la sekadar melepaskan perasaan, itu sahaja. Oleh itu biarkanlah anak itu seketika.

Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan gelak ketawalah sekeluarga. Ini dapat mengendurkan perasaan tegang dalam diri anak dan dia kini bersedia belajar semula.

Waktu ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulang kaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada di antara mereka yang memang sudah membuat ulang kaji sejak awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri.

Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu keyakinan itu datangnya daripada persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah dia. Per¬sediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata.

Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. Ibu bapa boleh dapatkan buku Motivasi Alihan Pelajar yang ditulis oleh saya sebagai bahan bacaan yang berguna bagi anak-anak dalam meningkatkan keyakinan dirinya.

Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang di-peroleh dalam proses mendapat maklumat itu tadi.

Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi bagi mana-mana topik yang agak lemah ataupun bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasi dengan menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang di-tetapkan.

Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3. Dorong Anak Secara Positif

Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. Misalnya:

* Bukan “Jangan buang masa” tefapi ucapkan, “Manfaatkan masa.”

* Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan, “Berusahalah dengan lebih gigih lagi” ataupun “Mak percaya adik pasti BOLEH!”

* Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan, “Bawa bertenang.”

* Bukan “Elakkan kecuaian” tetapi ucapkan, “Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati.”

Malah banyak lagi contoh-contoh yang dapat diberikan.

4. Kerjasama Sepenuhnya

Apabila seorang anak akan menduduki peperiksaan penting, maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah perlu memberikan kerjasama sepenuhnya. Antaranya, hormati waktu ulang kaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar.

Misalnya, ibu bapa dapat manfaatkan waktu itu bagi membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensel bagi menconteng. Datuk dan nenek, jika tinggal di rumah yang sama, gunakanlah waktu itu bagi membaca al-Quran. Begitulah juga dengan yang Iain-lain.

Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak dapat rasakan perjuangannya dihargai.

5. Kurangkan Aktiviti Luar

Elakkanlah daripada terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti di luar seperti keluar membeli-belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya. Ingatlah, setiap minit itu berharga bagi anak.

Oleh itu, pastikanlah setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal ataupun rohani anak-anak. Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka pada perkara yang tidak diingini sama ada daripada segi kesihatan ataupun keselamatan.

6. Elakkan Anak daripada Tidur Lewat

Ada anak yang suka belajar sehingga lewat malam bagi menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan biarkan keadaan seperti ini berlarutan. Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit.

Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi tempoh masa yang lebih lama.

7. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian

Berikanlah anak layanan istimewa setiap kali menjelangnya peperiksaan. Bebaskan dia daripada me-lakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.

Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik ataupun ibu bapa sendiri. Dengan cara ini, anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan, seluruh ahli keluarga benar-benar mahu melihat dia cemerlang.

Dia timbul rasa bersalah sekiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang memberikan kerjasama. Dia juga sentiasa mengharapkan suasana peperiksaan seperti ini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-anak yang lain pula tidak ada sebab untuk cemburu kerana apabila tiba masa mereka, maka mereka juga dilayan dengan cara yang serupa.

8. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas

Jangan biarkan anak anda berteka teki mengenai ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia mem-peroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya.

Jika ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas apakah bendanya itu. Tunjukkan gambar mengenai apa yang mahu diberikan kepadanya. Jika ia suatu bentuk percutian, beritahu destinasi yang ingin dilawati nanti. Dapatkan juga risalah, cerita, serta gambar-gambar mengenai destinasi itu dan tunjukkan padanya. Jika ia dalam bentuk duit nyatakan dengan jelas mengenai jumlahnya.

Namun, dalam soal duit ini ibu bapa perlu bertindak bijak. Sebabnya, jika kita beritahu kepada anak, “Kakak, setiap A yang kakak peroleh dalam PMR nanti ayah akan berikan RM50,” maka ia mungkin memerangkap kita kembali.

Apabila anak tahu dia lemah dalam subjek bahasa Inggeris maka dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mendapat A kerana dia berfikir, jika dia dapat 7A pun jumlahnya adalah RM350. Masih banyak lagi.

Oleh itu, kita perlu meletakkan syarat dengan jelas dengan berkata,

“Kakak, jika kakak dapat 8A dalam PMR maka setiap A itu ayah berikan RM50. Tetapi jika bukan 8A maka setiap A itu nilainya ayah berikan RM30 sahaja.”

Dengan cara ini, anak-anak dapat menghitung sendiri, jika dapat 7A nilainya hanya RM210 sahaja berbanding RM400 bagi 8A. Perbezaan yang ketara ini secara tidak langsung mendorong anak berusaha mendapat 8A.

Ganjaran yang kabur ataupun samar-samar tidak dapat merangsang jiwa. Misalnya, elakkan daripada berkata, “Jika abang cemerlang dalam SPM, maka emak bawa abang melancong,” sebaliknya kita perlu berkata, “Jika abang cemerlang dalam SPM, emak pasti bawa abang ke Langkawi.”

Pastikan, apa jua ganjaran yang mahu diberikan mampu anda tunaikan. Jika tidak, anak mungkin hilang kepercayaan kepada kita sebagai ibu bapa dan selepas itu, janji kita tidak dipercayai lagi.

Berikan juga ganjaran kepada usahanya, bukan sekadar hasil ataupun pencapaiannya. Jika kita tahu anak sudah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan namun keputusan peperiksaan tidak seperti yang dijangkakan, maka berikanlah dia sesuatu bagi menghargai penat lelahnya itu.

Ini menunjukkan yang kita memang ambil berat dan prihatin kepadanya. Dengan cara ini, anak menjadi lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

9. Ambil Cuti

Inilah masanya bagi ibu bapa memberikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang akan menduduki peperiksaan. Ambil cuti beberapa hari dan usahakan menghantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan itu. Sepanjang perjalanan, terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya.

Ingatkan anak sekali lagi, kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia peroleh, yang penting dia memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya, kita terima dan bersyukur.

10. Banyak Berdoa dan Solat Hajat

Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna bagi seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari ibu bapanya. Inilah masanya kita luangkan lebih banyak masa berdoa baginya supaya dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.

Berdoalah dengan suara yang jelas supaya didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa baginya. Dengan cara ini, mereka lebih menghargainya. Biasanya, apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur lewat daripada biasa kerana mengulang kaji pelajaran.

Ibu bapa jenguk bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang. Perasaan anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya.

Tidak lama dahulu di Kuantan, Pahang, ada seorang pelajar lelaki yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA mengikuti program ‘Motivasi Alihan Pelajar’ yang dijalankan di sana. Pelajar ini menceritakan pengalamannya belajar sewaktu di tingkatan lima dahulu.

Katanya, ketika itu dia seorang pelajar yang malas sewaktu belajar di tingkatan empat dan lima. Satu hari, lebih kurang tiga bulan lagi menjelang peperiksaan SPM, dia mula mendapat kesedaran untuk belajar tetapi masanya semakin suntuk.

Dia bingung kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan dan di mana mahu dimulakan. Akhirnya dia mengambil keputusan bangun malam dan mendirikan solat hajat dan solat tahajud. Selepas selesai solat, dia terus menelaah pelajaran. Dia lakukan perkara itu setiap malam tanpa.henti.

Pada mulanya, memang banyak yang tidak difahami dan diketahui tetapi dia tidak mempedulikannya. Dia teruskan sahaja belajar sedikit demi sedikit. Katanya semakin hari hatinya menjadi semakin terang. Apa yang dipelajarinya itu, semakin mudah difahami dan apa yang dibacanya pula semakin mudah diingati.

Apa yang menakjubkan lagi, ketika saat begitu hampir dengan peperiksaan hatinya bagaikan mendapat ilham bagi membaca topik-topik tertentu dan membuat latih tubi soalan-soalan tertentu. Apa yang dibaca dan dilatihnya itu keluar pula dalam peperiksaan.

Akhirnya, dia mendapat semua A dalam peperiksaan SPM yang didudukinya. Ada mata pelajaran yang dia peroleh pangkat Al dan ada yang pangkatnya A2. Guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakannya tidak percayakan pencapaiannya itu.

Malah dia sendiri tidak mempercayai keputusan yang dilihat di tangannya ketika itu. Tetapi itulah hakikatnya, sesuatu yang dirasakan mustahil bagi kita sebenarnya tidak mustahil bagi Allah. Itulah kesannya apabila kita letakkan kepercayaan kepada Allah. Allah mempermudahkan segala usaha kita.

Untuk lebih banyak petua memotivasikan anak, sila dapatkan buku bermutu ini:
Tengku Asmadi Tengku Mohamad Ph.D. 2009. TEKNIK MEMOTIVASIKAN ANAK CARA POSITIF. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Kredit gambar: testi.iluvislam.com

صرف/SARAF/SORF: Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin. ٌفـَــاعـَــلَ يـُــفـَــاعـِــل مـُــفـَــاعـَــلـَــة ٌ/ فـِــعـَــال

Assalamualaikum.

Kita berjumpa lagi dalam pelajaran Saraf, iaitu pelajaran yang membincangkan tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam sesuatu perkataan. Berbeza dengan Nahu yang lebih menumpukan kepada perubahan-perubahan baris terakhir sesuatu perkataan (berbeza baris akhir, berbezalah makna perkataan itu)

Dalam pelajaran Saraf, kita lihat perubahan-perubahan yang berlaku bukan pada huruf terakhir, ok?

Pelajaran hari ini menyentuh berkenaan dengan:

Al-fi’luth Thulathi (Sulasi) Mazid Biharfin Waahid. ( الفعل الثلاثى مزيد بحرف واحد)

Apa bendalah tu e? (Orang Johor ni cakap banyak e’ e’, kadang-kadang jadi panjang; eeeeeeee? Kwang kwang kwang.

Istilah itu bermakna = feel 3 huruf ditambah satu huruf. Jadilah ia berapa huruf? 4 huruf….. pandai….. nah, seposen.

Pertambahan huruf ini adalah sama ada:
1. digandakan salah satu daripada tiga huruf dalam feel thulathi (sulasi) mujarrod.
2. ditambah huruf mad (alif)
3. ditambah huruf أ pada awal perkataan

Feel Thulathi (sulasi) Mazid Biharfin Waahid. (الفعل الثلاثى بحرف واحد)hanya ada 3 wazan sahaja.

Baiklah, sila perhati peta minda di bawah,

SARAF Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin

Hari ini kita belajar wazan yang kedua daripada Feel Thulathi (sulasi) Mazid Biharfin Waahid iaitu;

Feel madhi (past tense)فـَــاعـَـل
Feel mudhori’ (present tense)يـُــفـَــاعـِــل
Masdar (nama terbitan)مـُــفـَــاعـَــلـَــة / فـِــعـَــال
(Jangan tak tahu, saya tak berani bariskan huruf terakhir sebab kalau taip font arab ke dalam blog, bercampur dengan font rumi pula, nanti baris akhir tu lari-lari, tak nak duduk dengan huruf yang sepatutnya ia berada)

Baiklah fungsi-fungsi wazan ini adalah seperti berikut:

1. الـْــمـُــتـَــعـَــدِّى – al-muta’addi

Asal feel ini ( اللازم) – AL-LAAZIM – iaitu;
‘Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap’
– kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa kata lain untuk menyempurnakan maksudnya.

Contoh ayat;
كــَــرُمَ مـُــحـَــمـّـَــدٌ
Karuma Muhammadun
Muhammad
mulia.

Contoh-contoh lain dalam Bahasa Melayu;
Adik baru pulang.
Kawan-kawan saya sedang leka
berbual.
Bayi itu sedang menangis.

Apabila perkataan كــَــرُمَ diubah mengikut wazan فـَــاعـَـل, ia akan menjadi كـَــارَمَ
Perkataan itu telah berubah daripada feel LAZIM menjadi feel MUTA’ADDI

( الـْــمـُــتـَــعـَــدِّى) – AL-MUTA’ADDI – iaitu;
‘Kata kerja aktif transitif’
– menerima awalan meN – dengan atau tanpa akhiran –i dan –kan.
– perlu berjumpa dengan objek (kata nama) secara terus untuk melengkapkan maksudnya.

Contoh ayat;
كـَــارَمَ مـُــحـَــمّـَــدٌ عـَــلـِــيـّـًــا
Kaaroma Muhammadun Aliyyan
Muhammad memuliakan Ali.

Muhammad memuliakan siapa?

Muhammad memuliakan Ali.

Jadi kalau guna wazan yang asal iaitu fa’ula – karuma كــَــرُمَ , ianya tidak tepat.
Perkataan karuma kenalah diubah menjadi kaaroma كـَــارَمَ . Barulah ia ada imbuhan me……….kan.

Contoh-contoh lain;
حـَــســُـنَ – baik, elok حـَــاسـَــنَ – membaiki, memperelokkan.

Contoh-contoh di bawah ini lebih kurang nombor satu juga. Terus terang saya kata katakan, sebenarnya saya kurang reti untuk memberi penerangan berkenaan pelajaran Saraf ini. Justeru itu, saya banyak merujuk kepada rancangan ‘Durus Arabih’ radio IKIM.fm setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 pagi.

2. التـّـَــكـْــثـِــيْر – at-takthir (membanyakkan)

Contoh;
كـَــثـُــرَ – banyak كـَــاثـَــرَ – membanyakkan

Contoh ayat;
كـَــاثـَــرْت إ ِحـْــسـَــانـِــى عـَــلـَــيـْــهِ
Kaathartu ihsaanii alaihi
Saya membanyakkan ihsan saya ke atasnya.

Mengapa jadi كـَــاثـَــرْت (kaasartu) pula? Aduh, ni nak kena belajar tasriflah pulak! Tapi saya suka sangat tasrif.

Emmm… macam ni

Anda tentu tahu tentang ‘kata ganti nama diri orang’ bukan?
Kalau Bahasa Melayu ‘kata ganti nama diri orang’ ada tiga bahagian.

1: saya, aku, patik, beta, hamba, kami, kita, ku dan aku.
2: kamu, anda, engkau, kalian, awak, kau, dikau dan saudara.
3. mereka, dia, beliau, ia, baginda dan –nya.

(Ustaz Nasaruddin selalu membincangkan hal ini dalam radio IKIM.fm pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.30 pagi) Eh, radio IKIM lagi! ……….

كـَــاثـَــرَ – untuk ‘kata ganti nama diri orang ketiga’ iaitu dia atau هـُــوَ
Jadi, كـَــاثـَــرَ maknanya – dia membanyakkan.

كـَــاثـَــرْت (kaasartu) – untuk ‘kata ganti nama diri orang pertama’ iaitu saya atau أ َنـَــا
Jadi, كـَــاثـَــرْت (kaasartu) maknanya – saya membanyakkan.

Haa…… Nampak tak apa kerja ilmu Saraf ni? Itu yang bengang tu masa sekolah dulu-dulu……. Berbuih-buih mulut nak menghafal………. Sampai keluar asap kepalanya …….

Huwa huma hum hiya huma hunna anta antuma antum anti antuma antunna ana nahnu huwa kaasaro huma kaasaroo hum kaasaruu hiya kasarot …………oh, seronoknya sekolah!

3. Menggandakan

Contoh ayat;

al-Baqoroh 2:245
al-Baqoroh 2:245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Surah al-Baqoroh (surah yang ke-2 : ayat 245)

an-Nisa 3:40
an-Nisa' 3:40

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
Surah an-Nisa’ (surah ke-3 : ayat 40)

al-Baqoroh 2:261
al-Baqoroh 2:261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqoroh (surah yang ke-2 : ayat 261)

4. الـْــمـُــوَالاَت : al-muwaalaat (berturut-turut)

Contoh ayat;

تـَــابـَــعَ مـُــحـَــمـّـَــدٌ الـْــقـِــرَاءَة
Taaba’a Muhammadun al-qiroo’ata / Taaba’a Muhammadunil qirooata
Muhammad berturut-turut, sentiasa, selalu membaca.

5. Sentiasa

Contoh ayat;

وَالـَــيـْــت الصـّـَــوْمَ
Waalaitus souma
Saya berturut-turut (sentiasa) berpuasa.

Perkataan وَالـَــيـْــت (waalaitu) pun jangan pening-peninglah kenapa jadi begitu. Ceritanya sama macam كـَــاثـَــرْت (kaasartu) juga. Lain kali kita belajar khusus tentang tasrif ye! InsyaAllah.

6. Perkataan asal.
Terdapat juga perkataan yang menggunakan wazan ini, tetapi ia bukanlah membawa makna;
i. Muta’addi
ii. membanyakkan
iii. menggandakan
iv. berturut-turut
v. sentiasa

Bukan, bukan, bukan.
Oleh itu tiada perubahan makna atau penambahan imbuhan meN………kan.

Contoh;
هـَــاجَــرَhaajaro (berhijrah)
سـَــافـَــرَsaafaro (bermusafir)

Tajuk-tajuk Berkaitan:
1. Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf
2. Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (i)
3. Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)
4. Contoh-contoh Feel Thulathi Mujarrad
5. Wazan / Timbangan / Bentuk / Paten Feel 3 Huruf (Tanpa Huruf Tambahan)
6. COMBINATIONS OF ACTIVE VOICE VERB FORM 1 PATERNS
7. WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin فـَــعـّـَــلَ يـُــفـَــعِـّــلُ تـَــفـْــعـِــيـْــلٌ

Rujukan:
1. Rancangan ‘Durus Arabiah’ Radio Ikim.fm
2. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٧-٨
3. علم صرف دان نحو. ڤيرق: ڤرچيتقن ڤوستاك مودا. موك سورت: ٢٥-٢٨
4. quranexplorer
5. Transliteration
6. N.A. Salleh. 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Perintis Books Sdn. Bhd.

Scroll to Top