Month: October 2010

Review Dan Testimoni Pakej Blog WordPress

Pakej Blog WordPress
Pakej Blog WordPress

Assalamu’alaikum wrt wbt.
Kepada mereka yang sudah biasa menziarahi blog saya ini tentunya sudah lama melihat banner Pakej Blog WordPress. Sudah hampir setahun barulah kini saya dapat menyiapkan review tentangnya. Hemmm …….. tak patut, tak patut …….. . Apa yang penting saya hanya mahu berkongsi maklumat berkenaan produk yang baik-baik saja dengan pengunjung blog ini.

Ok, dengar ini testimoni daripada saya ……..

Membina blog nampak mudah dengan wujudnya Ebook Panduan Asas WordPress terbitan saudara Mohd Zulfadli (SmartZul) yang memang bagus ini, malah ianya menjadi lebih mudah dengan bimbingan orang yang lebih berpengalaman (orang yang menjual produk tentunya! ). Inilah kelebihan membeli produk online iaitu support dan bimbingan yang berterusan.

Kepada anda yang sudah lama mempertimbangkan untuk memasang blog dot com sendiri, saya optimis menyarankan agar anda membelinya di sini kerana dua sebab yang utama:

1. Bonus yang ditawarkan ialah Video Upgrade Blog WordPress. Produk ini akan anda perlukannya nanti bagi mempastikan blog anda tetap ‘sihat’ pada masa-masa mendatang. Membina blog mungkin senang, tetapi memastikan kelangsungannya belum tentu!. Pada Syawal yang lalu, hampir sebulan blog saya ditahan daripada dilayari oleh browser google chrome kerana disyaki terdapat link yang mengandungi malware. Alhamdulillah setelah blog saya selamat diupgrade pada 6.10.2010, masalah tersebut selesai. Walau bagaimanapun, jika anda perasan, minggu lepas iaitu kalau tidak silap saya pada 13.10.2010, gangguan tersebut muncul lagi hingga saya terpaksa mengumumkan agar anda mengabaikan sahaja apa-apa mesej yang keluar, grrrrrrr …………. geram sungguh saya masa tu. Sekarang cuba pandang ke atas, header blog saya pun sudah ‘ting tong’ macam perasaan saya juga ……… syudah fenatlah saya nak menggodehnya ………..(alhamdulillah masalah header pulih sepenuhnya pada 26.10.2010). Haaaa lihatlah, senang tak senang nak berblog. Inilah akibatnya suka bereksperimen. Taubatlah saya, lepas ini kalau wordpress menaiktarafkan sistemnya, insyaAllah saya pasti segera melakukannya kerana meremehkan versi WordPress yang lebih terkini, rupa-rupanya mendedahkan blog kita kepada bahaya seterusnya mudah untuk dicerobohi oleh ‘hacker’ (penceroboh sistem).

2. Sokongan selepas jualan yang En. Ahmad Rizal Razali berikan insyaAllah memuaskan hati. Ini bukanlah ucapan insyaAllah yang biasanya difahami oleh orang Melayu, sebaliknya memang diajar oleh Allah dalam Surah al-Kahf (18: 23-24).

Support daripada penjual amat penting kerana dengan hanya membaca ebook kita merasakan kita sudah memahami panduan yang diberi, sebaliknya apabila mula mempraktikkan langkah-langkah yang dianjurkan, timbul pula perkara-perkara yang di luar kotak pemikiran kita. Kalau tak percaya cuba beli. Ebook yang akan anda perolehi bukan hanya sebuah sahaja, memang berbaloi-baloi. Kepada siapakah harus diajukan persoalan-persoalan anda kelak? Ye, penjual ebooklah yang memikul tanggungjawab tersebut. Ketahui hak anda juga senario penjualan ebook semasa sebagaimana yang disuarakan sendiri oleh saudara SmartZul di sini.

Kepada anda yang ingin berniaga, wordpress juga adalah jawapannya. Anda tentunya memerlukan pengunjung yang ramai bagi melariskan jualan anda bukan? Kalau dulu visitor blog saya dalam sehari 25 orang pun saya sudah tersenyum lebar. Bulan Oktober ini alhamdulillah paling ramai 441 orang pengunjung, paling sedikit 241 orang pengunjung. Jika anda mahu menjadikan blog anda sebagai ‘kilang pahala’ juga, mengapa tidak memilih wordpress?

Trafik Blog Bulan Oktober 2010
Trafik Blog Bulan Oktober 2010

Pada bulan Ogos 2010 pula pecah rekod 16727 orang pengunjung dalam sebulan. Semuanya daripada Allah jua. Alhamdulillah. Mengapa demikian? Jawapannya ialah wordpress (wordpress.org bukan wordpress.com) mesra SEO.

Trafik Blog Tahun 2010
Trafik Blog Tahun 2010

Jemput juga baca review saya berkenaan panduan membeli ebook di sini.

Salam kejayaan buat semua. Jangan lupa dapatkan produk bermutu ini di sini ye.

Berita baik! Harga Pakej Blog WordPress adalah RM0.00 sahaja. (Update 7.10.2016 = 6 Muharram 1438H)

Assalamualaikum.

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 5: Mudhof dan Mudhofun Ilaih: Soalan Latihan 5, 6, 7

Assalamualaikum semua. Lama sudah kita tidak belajar Lughah ye. Baiklah, untuk mengingati semula apa yang telah kita pelajari sebelum ini, sila klik di sini.

Hari ini sebagaimana yang telah diberitahu sebelum ini dalam pelajaran lalu, kita akan membuat latihan. Untuk membuat latihan ini, nombor 5 terutamanya, anda perlu mempunyai perbendaharaan kata tetapi ianya adalah merujuk kepada perkataan-perkataan yang telah dipelajari sebelum ini. Jadi harap-harap anda mampu membuatnya dengan baik. Untuk mengimbau kembali senarai perkataan tersebut – kalau dah pandai tak usahlah klik- KLIK SAYA.

٥- كـَوّ ِنْ جُمَلاً مُفِيدَة ً بـِمِلْءِ الـْفـَرَاغ ِ فِيمَا يَلِي

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai:
Fill in the blanks with suitable words:

١) ___________ الـبيتِ مُغـْلـَقٌ
٢) أ َيْنَ ___________ السيّارةِ؟
_________٣) محمدٌ صلى الله عليه وسلم رسول
٤) ___________ الطبيبِ بعيدٌ
____________٥) القرآن كتاب
٦) خديجة ُ ___________ حامدٍ
٧) أنا ___________ المدرس ِ
٨) ___________ الطالبِ مكسورٌ
٩) باب ___________ مفتوح
١٠) خرج المدرسُ من ___________ المدير

٦- صَحِّحْ التـَّرْكـِيبَاتِ التـَّالِـيَةِ

Betulkan ayat-ayat berikut:
Correct the following:

١) القلم الطالب
٢) بابُ السيارةُ
٣) بنتُ حامدٌ
٤) الرسولُ الله
٥) اِسْمُ الولدَ
٦) اِبْنٌ المدرسِ

٧- اِقـْرَأ ْ وَاكـْتـُبْ مَعَ ضـَبْطِ أ َوَاخِر ِ الـْكـَلِمَاتِ

Baca dan tulis perkataan-perkataan di bawah dengan baris yang betul (termasuk baris akhir):
Read and write the following words with the correct ending:

*** Sila jawab berdasarkan empat contoh ini:

١) محمدٌ : يا محمدُ
٢) أ ُسْـتاذ ٌ : يا أ ُسْـتـَاذُ
٣) خالدٌ : يا خالدُ
٤) ولدٌ : يا ولدُ

Soalannya:

يا عليّ، يا عبّاس، شيخ، يا شيخ، يا رجل، ياسر، يا عمّار، دُكـْتـُور، يا دُكـْتـُور

Download soalan 5, 6, 7

Rujukan:
1.الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Video Daily Arabic / العربية المتداولة

Assalamualaikum. Dalam video ini banyak perbulan harian yang ringkas akan kita pelajari. Ucapan seumpama :THANK-YOU: جزاك الله خيرا، وإياك، عفوا، إلى اللقاء، أهلا وسهلا، مرحبا، فى أمان الله، شكرا، يا سلام، مبارك، عيد مبارك dan lain-lain lagi dapat kita ketahui maknanya.
Hem… nak kata bravo dalam Bahasa Arab macam mana ye? Sila tonton video ini.

Tahniah kepada Al-Irsyad Arabic Channel kerana menghasilkan video ini.

Scroll to Top