Month: August 2011

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi أحب I Love, I Like, Perbualan Suami Isteri Tentang Makanan

أ ُحِبُّ : Saya Suka : I Love : I Like
(Situasi: Perbualan Suami Isteri Tentang Makanan)
* مَاذ َا تـُــر ِيْدُ / تـٌــر ِيْدِيْنَ اَنْ تـَأكـُــلَ / تـَـأكـُـلـِـى ؟
* Awak nak makan apa?
مَاذ َا : apa
تـُــر ِ يْدُ : awak (L) hendak
ُتـُـر ِيْدِيْنَ : awak (P) hendak
أَنْ : (tiada makna, cuma berfungsi sebagai penghubung 2 perbuatan seperti fungsi ‘to’ dalam B.I)
تـَأكـُــلَ : awak (L) makan
تـَـأكـُـلـِـى ؟ : awak (P) makan?

# أيَّ شـَــيْءٍ
# Apa-apa.

* هَلْ تـُـرِ يْــدُُ / تـُـرِيْدِيْنَ أنْ تـَـذ ْ هَبَ / تـَذ ْهَـبـِـي إلـَى أيِّ مَطْعَمٍ؟
* Adakah awak hendak pergi ke mana-mana restoran?

هَلْ : Adakah ,
تـُـرِيْــدُ : awak (L) hendak
تـُـرِيْدِيْنَ : awak (P) hendak
أَنْ : (tiada makna, cuma berfungsi sebagai penghubung 2 perbuatan seperti fungsi ‘to’ dalam B.I)
تـَــذ ْهَبَ : awak (L) pergi
تـَـذ ْهَبـِى : awak (P) pergi
إلـَى : ke

أيِّ : mana-mana
مَطـْعـَـمٍ؟ : restoran?

# لاَ، أ ُحِبّ ُ أنْ آكـُـــلَ مِنْ طـَبْحِكَ / طـَبْحِكِ
# Tidak, saya suka makan masakan awak.
لا : tidak
ا ُحِبُّ : saya suka : sama bentuknya samada (L) @ (P)
أَنْ : (tiada makna, cuma berfungsi sebagai penghubung 2 perbuatan seperti fungsi ‘to’ dalam B.I)
آكـُـــلَ : saya makan
مِنْ : daripada
طـَبْح : masakan
كَ : awak (L)
كِ : awak (P)

JIKA ISTERI MENYOAL SEORANG SUAMI:

* مَاذ َا تـُـرِ يْدُ أنْ تـَأكـُــلَ ؟
* Awak nak makan apa?

# أيَّ شـَــيْءٍ
# Apa-apa.

* هَلْ تـُـرِ يْــدَُُ أنْ تـَـذ ْ هَبَ إلـَى أيِّ مَطـْعَمٍ؟
* Adakah awak hendak pergi ke mana-mana restoran?

# لاَ،أ ُحِبّ ُأنْ آكـُـــلَ مِنْ طـَبْحِكِ
# Tidak, saya suka makan masakan awak.

JIKA SUAMI MENYOAL ISTERI:

* مَاذ َا تُــرِيْدِيْنَ أنْ تـَـأكـُـلـِـى ؟
* Awak nak makan apa?

# أيَّ شـَــيْءٍ
# Apa-apa.

* هَلْ تـُـرِيْدِيْنَ أنْ تـَذ ْهَـبـِـي إلـَى أيِّ مَطـْعَمٍ؟
* Adakah awak hendak pergi ke mana-mana restoran?

# لاَ، أ ُحِبّ ُأنْ آكـُـــلَ مِنْ طـَبْحِكَ
# Tidak, saya suka makan masakan awak.

Rujukan:

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِ Radio IKIM.FM (Pn. Mona Jasman dan Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim)

Smiley: smileycreator.com dan zaazu.com

Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel

Sebagai pemilik kenderaan, pernahkah anda merasa seperti ‘ditipu’ oleh bengkel di mana anda menghantar kereta untuk diperbaiki? Kadangkala, bil anda melambung di luar dari jangkaan awal sedangkan kerosakan kereta anda tidaklah seberapa.

Senario sebegitu bukan baru bagi pemilik kenderaan yang menghantar kereta mereka untuk diperbaiki di bengkel-bengkel tertentu dan tidak bertauliah. Penipuan di sesetengah bengkel yang tidak bertanggungjawab itu bukan baru, harga diletakkan sesuka hati kerana mahu mengaut keuntungan banyak dan cepat.

Bagi anda yang tidak berpengalaman menghadapi situasi kenderaan rosak, anda terpaksa ’menyerahkan’ bulat-bulat kereta anda untuk diperbaiki dan sekiranya mekanik dan bengkel tidak bertanggungjawab, anda pasti menjadi ’mangsa’,

Lantaran itu, amat penting bagi anda mengetahui serba sedikit kaedah dan cara memilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan memberikan perkhidmatan pembaikan kereta yang sempurna.

Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel
Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel

Lazimnya, anda mahukan keihklasan daripada mekanik anda. Untuk mendapatkan mekanik dan bengkel yang sedemikian, anda perlu ’mencari’nya terlebih dahulu. Seorang mekanik yang jujur akan memberitahu anda tentang punca kerosakan dan apa yang perlu diperbaiki dan yang tidak perlu diperbaiki.

Anda sepatutnya diberikan penjelasan dan penerangan yang tepat mengenai punca kerosakan, senarai barangan dan alat ganti yang perlu ditukar dan anggaran kos serta jangkamasa yang diperlukan untuk memperbaiki kereta anda.

Kerja-kerja pembaikan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. Tiada pembaikan tambahan boleh dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran anda. Anda berhak diberi penerangan untuk kerja-kerja tambahan berkenaan dan anggaran kosnya sekali.

Berikut sedikit tips bagi menjaga kepentingan anda semasa menghantar kereta untuk diperbaiki:
1) Cari bengkel yang sesuai yang anda kenali sebelum kereta anda mengalami kerosakan lagi. Jangan tunggu sehingga kereta anda mengalami kerosakan. Ini boleh dilakukan menerusi rakan-rakan atau pendapat dan mereka yang lebih berpengalaman yang telah berurusan dengan bengkel dan mekanik-mekanik tertentu.

2) Pilih bengkel yang anda rasakan sesuai dan kemas serta kelihatan teratur. Bengkel yang tidak teratur dan kelam kabut
mungkin menandakan kerja yang tidak kemas. Juga, perhatikan persekitaran bengkel, sama ada ia dilengkapi peralatan moden dan sebagainya.

3) Anda juga perlu tahu serba sedikit tentang kerosakan kereta anda. Hantar ke bengkel yang bersesuaian. Seorang mekanik enjin tidak akan dapat memberikan perkhidmatan paling memuaskan untuk kerosakan sistem penghawa dingin? Begitu juga sebaliknya.

4) Anda berhak meminta penjelasan mengenai kerosakan kereta anda dan alat-alat yang perlu diganti. Jangan biarkan mekanik memulakan kerja atau menukar alat ganti tanpa pengetahuan dan kebenaran anda.

5) Anda juga berhak diberikan penerangan mengenai anggaran kos membaiki kerosakan kereta. Anda perlu teliti mengenai kos barangan, keperluan menggantikan alat-alat ganti, kos buruh dan sebagainya. Juga, lebih baik jika anda tidak menyerahkan bulat-bulat kereta anda di bengkel. Cuba percepatkan masa pembaikan dan jangan tinggalkan kereta anda semalaman sekiranya tidak perlu.

6) Untuk mendapatkan mutu kerja yang baik, adalah lebih baik mendapatkan perkhidmatan mekanik profesional dan bertauliah.

7) Anda juga perlu menguji pandu kereta anda sebelum membuat bayaran. Kenalpasti masalah lain jika ada dan jangan tergesa-gesa terus membuat bayaran dan meninggalkan bengkel. Kerosakan lain, sekiranya ada, lebih mudah diperbaiki ketika itu.

8) Selain itu, anda juga perlu memeriksa barangan yang telah diganti untuk memastikan bahwa atat-alat ganti yang baru telah dipasang pada kereta anda.

9) Pastikan anda membaca dan meneliti bil sebelum membuat pembayaran. Jika ada yang tidak jelas, minta penjelasan mekanik dan pastikan kos yang dinyatakan tidak melampau.

Langkah-langkah pencegahan perlu diambil untuk memastikan kereta anda tidak berdepan dengan kerosakan yang teruk. Penjagaan yang konsisten seperti menukar minyak enjin dan penapis minyak pada jangka masa yang ditetapkan, penalaan dan lain-lain pemeriksaan boleh mencegah kos pembaikan yang tinggi.

Tetapi yang pasti, kita pasti tidak dapat mengelakkan kereta kita daripada memasuki bengkel. Samada kerosakan kecil atau besar, kita perlu tahu langkah-langkah yang harus diambil.

Rujukan: Majalah Drive (AAM) tahun 2000.

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi كل شيء Everything, Perbualan Dua Sahabat Tentang Kerja

كُلُّ شَيْءٍ : Everything / Kesemuanya
(Situasi: Perbualan 2 sahabat tentang kerja)

* كـَــيْـــفَ الـْعَـــمَـــلُ هُـــنـَـــا؟
* Macam mana kerja di sini?
كـَـــيْـــفَ : macam mana
الـْعَـــمَـــلُ : kerja
هـُـنـَــــا؟ : di sini?

# كُــــلّ ُ شـَــــيْءٍ عَـلــَــــى مَــــا يُـــــرَا مُ
# Kesemuanya bagus.
كـُـلّ ُ شـَـىْءٍ : kesemuanya
عَـلــَــــى مَــــا يُـــــرَا مُ : bagus (1 pakej)
= عَـلــَــــى : atas, مَــــا : apa, يُـــــرَا مُ : yang dikehendaki
= ( jangan terjemah secara harfiah, terjemahan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu ialah `bagus’).
Rujukan:

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِ Radio IKIM.FM (Pn. Mona Jasman dan Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim)

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi كل شيء Everything, Kehilangan Barang

كُلُّ شَيْءٍ : Everything / Kesemuanya
(Situasi 3: Kehilangan barang)

* أ َيْــــــنَ أ َشْــــــيَائِـــــى؟
* Di mana barang-barang saya?
أ َيْــــــنَ
:Di mana
أ ََشْـيَائِى : barang-barang saya# لـَـــقـَــدْ أ َعْـطـَــيْــتـُــــكَ / أ َعْـطـَــيْـــتـُـــكِ كـُـــلّ َ شَـــىْءٍ
# Saya sudah bagi kesemuanya kepada awak.
أعْـطَـَيْ : bagi / beri
تـُ : saya
كَ : awak (L)
كِ : awak (P)
كـُلَّ شَىْءٍ
: kesemuanya

* هُــنـَاكَ كِــــــتـَــابٌ غـَــيْــرُ مَــوْجُـــــودٌ
* Terdapat / ada satu buku tidak ada
هـُــنـَاكَ : Terdapat / ada
كِتـَـابٌ : satu buku

غـَــيْرُ : tidak
مَوْجُودٌ : ada

# سَـــأ َبْحَـــثُ عَـــنـْهُ
# Saya akan mencarinya.
سَ : akan
أ َبْحَثُ : saya mencari
عـَنـْ : tentang
هُ : nya

* شـُـــكـْـــرًا
* Terima kasih.

JIKA YANG BERCAKAP KEDUA-DUANYA PEREMPUAN:

* أ َيْــــــنَ أ َشْــــــيَائِـــــى؟
* Di mana barang-barang saya?

# لـَـــقـَــدْ أ َعْـطـَــيْـــتــُــكِ كـُـــلّ َ شَـــىْءٍ
# Saya sudah bagi kesemuanya kepada awak.

* هُــنـَـاكَ كِــــــتـَــابٌ غـَـــيْــرُ مَــوْجُـــــودٌ
* Terdapat / ada satu buku tidak ada.

# سَـــأ َبْحَـــثُ عَـــنـْهُ
# Saya akan mencarinya.

* شـُـــكْـــــرًا
* Terima kasih.

JIKA YANG BERCAKAP KEDUA-DUANYA LELAKI:

* أ َيْــــــنَ أ َشْــــــيَائِـــــى؟
* Di mana barang-barang saya?

# لـَـــقـَــدْ أ َعْـطـَــيْـــتـُـــكَ كـُـــلّ َ شَـــىْءٍ
# Saya sudah bagi kesemuanya kepada awak.

* هُـنـَــاكَ كِــــــتـَــابٌ غـَـيْــرُ مَــوْجُـــــودٌ
* Terdapat / ada satu buku tidak ada.

# سَـــأ َبْحَـــثُ عَـــنـْهُ
# Saya akan mencarinya.

* شـُـــكْـــــرًا
* Terima kasih.

Rujukan:

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِ Radio IKIM.FM (Pn. Mona Jasman dan Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim)

Scroll to Top