Month: September 2012

GALERI: 25 Contoh Perbualan / Komunikasi / Dialog Bahasa Arab

Alhamdulillah, ‘Nota Panas’ yang dipetik daripada rancangan Hayya Bil-Arabiah Radio IKIK.fm telah selamat saya bawakan ke blog ini. Ia adalah dua puluh lima contoh komunikasi atau perbualan atau dialog di dalam Bahasa Arab.

Tuan/puan bolehlah klik pada mana-mana gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas. Selain daripada itu boleh juga skrol ke bawah dan kliklah pada tajuk yang tuan/puan ingin lihat.

Selamat berkomunikasi di dalam Bahasa Arab. GALERI: 25 Contoh Perbualan / Komunikasi / Dialog Bahasa Arab

Lebih banyak contoh perbualan Bahasa Arab Harian: Klik sini

Lain-lain contoh perbualan asas Bahasa Arab: Klik situ

Khutbah Jumaat: Menentang Penghinaan Nabi SAW Melalui Video Dan Karikatur Anti Islam Di dalam Majalah Perancis

Baca sepenuhnya di blog: Ustaz Norazamudin Umar
Kredit gambar: www.jakim.tv

khutbah jumaat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Di saat kita umat Islam memprotes musuh-musuh Islam yang memang kerja mereka memberi gambaran yang salah berhubung Islam, sejauh mana kesungguhan kita umat Islam untuk melaksanakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul (s.a.w).

Ada orang Islam yang tidak menghormati masjid yang merupakan baitullah. Apabila pelancong asing datang ke masjid, kita meminta mereka memakai pakaian yang menutup aurat.

Sebaliknya apabila wanita Islam sendiri masuk ke masjid mereka masuk ke rumah Allah (s.w.t) dalam keadaan aurat mereka terdedah tanpa ada sebarang perasaan segan dan malu.

Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan ramai umat Islam tidak cukup solat lima waktunya. Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan orang Islam yang datang solat subuh dengan bilangan yang boleh dikira dengan jari?

Adakah kita cinta kepada Allah (s.w.t) dan nabinya (s.a.w) dalam keadaan kita menggantungkan ayat al-Kursi atau ayat seribu dinar di atas televisyen kita.

Kita menonton rancangan-rancangan yang tidak diredhai Allah (s.w.t) dan Rasulnya pada masa yang sama kita menggantungkan ayat-ayat Allah di atasnya.

Berapa banyak hadith nabi (s.a.w) yang kita baca atau kita dengar setiap hari? Berapa kali kita sudah menamatkan bacaan buku-buku berkaitan sirah dan sejarah hidup Nabi kita Muhammad (s.a,w) berbanding novel-novel atau majalah hiburan yang kita baca?

Berapa ramai di kalangan kita yang menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid? Berapa ramai di kalangan kita yang tidur semasa mendengar ceramah agama atau semasa khutbah Jumaat disampaikan berbanding mereka yang sanggup menahan mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak atau menonton filem yang diminati?

Mengapakah masih ada yang membaca ipad atau bermain dengan telefon bimbit semasa khutbah di sampaikan? Mengapa masih ada yang bercakap-cakap semasa khutbah disampaikan?

Dimanakah pemuda dan pemudi Islam pada malam hujung minggu? Ini antara beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan bersama.


باَرَكَ اللّهُ لِى وَلَكُم فِي القرآنِ الْعَظِيم ، وَنَفَعَنِي وَإيَّاكُم بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيم


وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ


الْعَظِيمَ لِي وَلَكُم وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَات والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات فَاسْتَغْفِرُوه


إِنَّهُ هُوَ الْغًفُورُ الرَّحيم

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Apabila kita membaca maklumat berhubung pengarah filem Innocence of Muslims bahawa dia berketurunan Israel Amerika, maka ia bukanlah suatu yang menghairankan kerana datuk neneknya dahulu telah menyakiti Nabi Musa (a.s). Firman Allah (s.w.t):

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Filem yang menghina Rasul (s.a.w) bukan sahaja mendapat bantahan umat Islam seluruh dunia bahkan mendapat bantahan di kalangan orang bukan Islam termasuklah pemimpin-pemimpin di kalangan Yahudi dan kristian.

Oleh yang demikian, bagaimana dengan orang Islam yang tidur dan makan tetapi tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku disekitarnya seperti filem yang menghina Nabi (s.a.w) sekalipun dia solat, mengerjakan haji dan umrah tetapi tidak merasa sedikit pun di dalam dirinya apa-apa perasaan.

Marilah kita menjadi umat Islam yang sebenarnya yang mencintai Nabi (s.a.w) dan benci kepada sebarang bentuk penghinaan ke atas Nabi (s.a.w)

Mari kita berdoa supaya Allah (s.w.t) menghukum mereka yang menghina Rasulullah (s.a.w) di dalam filem Innocence of Muslims dan karikatur karikatur anti-Islam di sebuah majalah di Perancis.

BELAJAR BAHASA URDU / HINDI: Perbualan Asas (Basic Phrases)

 

Apse milkar hushi hui :
Saya gembira bertemu dengan awak!:
Nice to meet you!

Terkenang pada tahun 2008 semasa berada di India, inilah ungkapan ‘modal’ saya setiap kali bersalaman untuk berpisah.

Ya, Allah apa lagi! Dipeluk-peluknya saya dengan penuh gembira, sambil membalas dengan kata-kata yang…..(saya tidak faham…..)

Saya cuma angguk-angguk, geleng-geleng, senyum-senyum…..indahnya persaudaraan Islam.

BELAJAR BAHASA URDU / HINDI: Perbualan Asas (Basic Phrases)
Ukhwah Islamiyyah

Mari kita belajar perbualan asas dalam Bahasa Urdu atau Hindi melalui video di bawah. Bahasa ini ada dua jenis tulisan iaitu tulisan ‘jawi’ dan ‘rumi’.

Tulisan ‘jawi’nya dipanggil tulisan Urdu, manakala tulisan ‘rumi’nya disebut tulisan Hindi.

Sebutannya sama sahaja, cuma di kalangan mereka ada yang pandai membaca tulisan ‘jawi’. Ada pula yang pandai membaca tulisan ‘rumi’. Ramai juga yang pandai membaca kedua-dua tulisan.

Lebih kurang seperti Bahasa Melayu juga. Ada tulisan jawi dan rumi. Tulisan ‘rumi’mereka yang berpintal-pintal itulah. Tuan/puan biasa menonton filem Hindi bukan? Jadi pastinya lebih maklum daripada saya…….

Jom kita belajar Bahasa Urdu / Hindi. Sekiranya video di bawah tidak keluar kliklah sini: Urdu Language: Lesson 3 Basic Phrases

Kredit Gambar: dzikriii.multiply.com

علامات الساعة Hadis Akhir Zaman: 14. Punca Kebinasaan Manusia

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman: 14. Punca Kebinasaan Manusia
40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman: 14. Punca Kebinasaan Manusia

14. Punca Kebinasaan Manusia

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, “Akan datang suatu masa iaitu orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawa imannya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang ke lubang yang lain.

Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat diperolehi kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah SWT.

Apabila situasi ini telah berlaku, kebinasaan seseorang adalah berpunca daripada mengikuti kehendak isteri dan anak-anaknya.

Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca daripada menepati kehendak kedua orang tuanya.

Sekiranya orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca daripada melayani kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau daripada mengikuti kehendak jirannya”.

Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu?” (kebinasaan seseorang disebabkan oleh sama ada isterinya, anaknya, orang tuanya, keluarganya ataupun jirannya.)

Nabi SAW. menjawab, “Mereka akan mencela dan mengaibkannya kerana kesempitan hidupnya. Oleh kerana itu dia terpaksa melayani kehendak mereka dengan menceburkan dirinya ke lembah-lembah kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya sendiri.”

(Hadis Riwayat Imam Baihaqi Rahimahullaahu Ta’ala)

رواه البيهقى، نقلا عن كتاب الاشاعة لأشراط الساعة للسيد محمد الحسينى البرزنجى ص ٧٦

Keterangan:

Benar sekali sabdaan Rasulullah SAW. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan di dalam agama tetapi mereka terpaksa menceburkan dirinya ke dalam lumpur kemaksiatan untuk melayani kehendak isteri, anak, orang tua, keluarga mahupun jiran mereka.

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Edisi Rumi)
Rujukan:
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 40-41
Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

Nota:
Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Scroll to Top