dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi بسهولة Easily, Mencari peluang kerja

بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ
Dengan Mudah

(Situasi: Mencari peluang kerja)

* هـَــل ْ يـُــوجـَــدُ هُـنـَـا عـَــمَــل ٌ شـَــاغـِــرٌ
* Adakah di sini ada kerja kosong?

هـَــل : Adakah
يـُــوجـَــدُ : ada
هُـنـَـا : di sini
عـَــمَــل : kerja
شـَــاغـِــرٌ : kosong?

# فـُــرَسُ الـْــعـَــمـَــلُ هـُـنـَــا قـَــلـِــلـَــةٌ
إ ِذ ْهـَــبْ /
إ ِذ ْهـَــبـِى إ ِلـَــى الـْــعـَــاصـِــمـَــةِسـَــتـَــجـِــدُ /
سـَــتـَــجـِــدِيـْــن عـَــمـَـلاً بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ

# Peluang-peluang kerja di sini sedikit,
Pergilah ke ibu kota,
Awak akan dapat kerja dengan mudah.

فـُــرَسُ
: Peluang-peluang – plural / jamak /
جـَـمع
فـُــرْسـَــة
: peluang – singular / mufrad /
مـُـفـْـرَد
الـْــعـَــمـَــلُ
: kerja
هـُـنـَــا
: di sini
قـَــلـِــلـَــةٌ
: sedikit

إ ِذ ْهـَــبْ : Pergilah (L) إ ِذ ْهـَــبـِى : Pergilah (P) إ ِلـَــى : ke
الـْــعـَــاصـِــمـَــةِ : ibu kota

سـَــتـَــجـِــدُ : Awak akan dapat (L)
~
سـَــ : akan, تـَــجـِــدُ : awak dapat (L) ~
سـَــتـَــجـِــدِيـْــن : Awak akan dapat (P)
~
سـَــ : akan, تـَــجـِــدِيـْــن : awak dapat (P) ~

عـَــمـَـلاً : kerja

بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ : dengan mudah
(
بـِــ : dengan, سـُــهـُــوْلـَــةٍ : mudah)

PERBUALAN SESAMA LELAKI:

* هـَــل ْ يـُــوجـَــدُ هُـنـَـا عـَــمَــل ٌ شـَــاغـِــرٌ
* Adakah di sini ada kerja kosong?

# فـُــرَسُ الـْــعـَــمـَــلُ هـُـنـَــا قـَــلـِــلـَــةٌ
إ ِذ ْهـَــبْإ ِلـَــى الـْــعـَــاصـِــمـَــةِ
سـَــتـَــجـِــدُ عـَــمـَـلاً بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ

# Peluang-peluang kerja di sini sedikit,
Pergilah ke ibu kota,
Awak akan dapat kerja dengan mudah

PERBUALAN SESAMA PEREMPUAN:

* هـَــل ْ يـُــوجـَــدُ هُـنـَـا عـَــمَــل ٌ شـَــاغـِــرٌ
* Adakah di sini ada kerja kosong?
# فـُــرَسُ الـْــعـَــمـَــلُ هـُـنـَــا قـَــلـِــلـَــةٌ
إ ِذ ْهـَــبـِـىإ ِلـَــى الـْــعـَــاصـِــمـَــةِ
سـَــتـَــجـِــدِيـْــن َ عـَــمـَـلاً بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ

# Peluang-peluang kerja di sini sedikit,
Pergilah ke ibu kota,
Awak akan dapat kerja dengan mudah


Rujukan :

هَيَّا بِالـْعَرَبـِـيَّـةِ
Radio IKIM.FM. (Ustaz Dr. Majdi Hj. Ibrahim)
Smiley: zaazu emoticons dan smiley central

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi بسهولة Easily, Bayar bil

بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ
Dengan Mudah

(Situasi: Bayar bil)

* أ ُر ِيـْـدُ أ َن ْ أ َذ ْهـَــبَ إ ِلـَــى مَـكـْــتـَـب ِ الـْــبـَــر ِيـْـدِ
* Saya hendak pergi ke pejabat pos.

أ ُر ِيـْـدُ : Saya hendak

أ َن : (tiada makna, berfungsi sebagai penghubung 2 perbuatan seumpama ‘to’ dalam B. Inggeris)

أ َذ ْهـَـبَ : pergi (saya pergi)
إ ِلـَــى : ke

مَـكـْــتـَـب ِ الـْــبـَــر ِيـْـدِ : pejabat pos / post office.
(مَـكـْــتـَـب : pejabat / office, الـْــبـَــر ِيـْـدِ : pos / post)

# لـِــمـَــاذ َا؟
# Kenapa?

* أ ُر ِيـْـدُ أ َن أ ُسـَــدِّدَ الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ
* Saya hendak membayar bil-bil.

أ ُر ِيـْـدُ : Saya hendak

أ َن : (tiada makna, berfungsi sebagai penghubung 2 perbuatan seumpama ‘to’ dalam B. Inggeris

أ ُسـَــدِّدَ : membayar (saya membayar)

الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ : bil-bil – plural / jamak /جـَـمع
(الـْــفـَــتـُـورَة) : bil – singular / mufrad / مـُـفـْـرَد

# يـُــمـْــكـِــن ُ أ َن ْ تـُـسـَــدِّد َ / تـُـسـَــدِّدِى الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ عـَـن ْ طـَـر ِيـْـق ِ الإ ِنـْــتـَـرْنـِــتْ
# Mungkin awak boleh membayar bil-bil dengan mudah melalui internet.

يـُــمـْــكـِــن : Mungkin

أ َن : (tiada makna, berfungsi sebagai penghubung 2 perbuatan seumpama ‘to’ dalam B. Inggeris

تـُـسـَــدِّدَ : awak membayar (L)
تـُـسـَــدَّدِى : awak membayar (P)
الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ : bil-bil – plural / jamak /جـَـمع
(الـْــفـَــتـُـورَة) : bil – singular / mufrad / مـُـفـْـرَد
بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ : dengan mudah
(بـِــ : dengan, سـُــهـُــوْلـَــةٍ : mudah)
عـَـن ْ طـَـر ِيـْـق : melalui
(عـَـن : dari / daripada, طـَـر ِيـْـق : jalan = melalui)

الإ ِنـْــتـَـرْنـِــتْ : internet

PERBUALAN SESAMA LELAKI:

* أ ُر ِيـْـدُ أ َن ْ أ َذ ْهـَــبَ إ ِلـَــى مَـكـْــتـَـب ِ الـْــبـَــر ِيـْـدِ
* Saya hendak pergi ke pejabat pos.

# لـِــمـَــاذ َا؟
# Kenapa?

* أ ُر ِيـْـدُ أ َن أ ُسـَــدِّدَ الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ
* Saya hendak membayar bil-bil.

# يـُــمـْــكـِــن ُ أ َن ْ تـُـسـَــدِّدَ الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ عـَـن ْ طـَـر ِيـْـق ِ الإ ِنـْــتـَـرْنـِــتْ
# Mungkin awak boleh membayar bil-bil dengan mudah melalui internet.

PERBUALAN SESAMA PEREMPUAN:

* أ ُر ِيـْـدُ أ َن ْ أ َذ ْهـَــبَ إ ِلـَــى مَـكـْــتـَـب ِ الـْــبـَــر ِيـْـدِ
* Saya hendak pergi ke pejabat pos.

# لـِــمـَــاذ َا؟
# Kenapa?

* أ ُر ِيـْـدُ أ َن أ ُسـَــدِّدَ الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ
* Saya hendak membayar bil-bil.

# يـُــمـْــكـِــن ُ أ َن ْ تـُـسـَــدِّدِى الـْـفـَــوَاتـِــيـْـرَ بـِــسـُــهـُــوْلـَــةٍ عـَـن ْ طـَـر ِيـْـق ِ الإ ِنـْــتـَـرْنـِــتْ
# Mungkin awak boleh membayar bil-bil dengan mudah melalui internet.


Rujukan :

هَيَّا بِالـْعَرَبـِـيَّـةِ
Radio IKIM.FM. (Ustaz Dr. Majdi Hj. Ibrahim)
Smiley: zaazu emoticons dan smiley central

علامات الساعة Hadith Akhir Zaman: 9. Islam Kembali Dagang

9. Islam Kembali Dagang

Islam Kembali Dagang
Hadith Akhir Zaman: 9. Islam Kembali Dagang

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing itu.”

(H.R. Muslim)

Keterangan:

Islam mulai tersebar di Makkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya berbanding penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.

Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.

Contohnya; Kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang. Tindakan dia ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bergurau senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk

Begitulah seterusnya nasib lslam pada akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Edisi Rumi)
Rujukan:
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 28-29

Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

Nota:
Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi أوّلا First, Anak Teringin Hendak Berkahwin….

أوَّلاً : dulu :first

(Situasi: Perbualan Anak Dengan Bapa : Anak Sudah Teringin Hendak Berkahwin….)

*اُر ِيْـدُ أنْ أتـَزَوَّجَ
* Saya hendak berkahwin

اُر ِيْـدُ : Saya hendak
أنْ : (tiada makna , fungsinya menggabungkan 2 perbuatan)
أتـَزَوَّجَ : saya berkahwin

#هَـلْ عـِـنـْـدَكَ / عـِـنـْـدَكِ مَـالٌ ؟
# Adakah awak ada mempunyai duit?

هَـلْ : Adakah
عـِـنـْـدَكَ : awak ada (L)
عـِـنـْـدَكِ : awak ada (P)
(عـِـنـْدَ : ada / mempunyai , كَ : awak (L), كِ : awak(P))
مَـالٌ ؟ : duit / harta / wang?

*نـَـعَـمْ، عـِـنـْــدِى عَـشـَـرَة ُ ءَالاَفٍ
* Ye, saya mempunyai 10 000 (sepuluh ribu) ringgit.

نـَـعَـمْ: Ye,
عـِـنـْــدِى: saya mempunyai
(
عـِـنـْــدِ : ada / mempunyai , ى : saya)
عَـشـَـرَةُ : sepuluh
ءَالاَفٍ : ribu

#أنـْتَ / أنـْتِ لاَ تـَـزَالُ / تـَـزَالِـيْنَصَــغِــيْـرًا / صَــغِــيْـرَةً
أنـْهِ/أنـْهِىدِرَاسَتـَــكَ / دِرَاسَتـَـكِأوَّلاً
# Awak ni masih muda lagi, habiskan belajar dulu.

أنـْــتَ : Awak(L)
أنـْــتِ : Awak(P)
لاَ تـَــزَالُ : masih(L)
لاَ تـَــزَالِـيْنَ : masih (P)
صَــغِــيْـرًا : muda(L)
صَــغِــيْـرَةً : muda(P)
أنـْــهِ : habiskan(L)
أنـْــهـِــى : habiskan(P)
دِرَاسَتـَكَ : pelajaran awak(L)
دِرَاسَتـَكِ : pelajaran awak (P)
(دِرَاسَتَ : pelajaran , كَ : awak (L) , كِ : awak (P))
أوَّلاً : dulu.

PERBUALAN ANAK LELAKI DENGAN BAPA:

 

* اُر ِيْـدُ أنْ أتـَـزَوَّجَ
* Saya hendak berkahwin

#هَـلْ عـِـنـْـدَكَ مَـالٌ ؟

 

# Adakah awak ada mempunyai duit?

*نـَـعَـمْ، عـِـنـْــدِى عَـشـَـرَة ُ ءَالاَفٍ

 

* Ye, saya mempunyai 10 000 (sepuluh ribu) ringgit.

#أنـْـتَ لاَ تـَـزَالُ صَــغِــيْـرًا. أنـْـهِ دِرَاسَتـَـكَأوَّلاً

 

# Awak ni masih muda lagi, habiskan belajar dulu.
PERBUALAN ANAK PEREMPUAN DENGAN BAPA:
*اُر ِيْـدُ أنْ أتـَـزَوَّجَ

 

* Saya hendak berkahwin

#هَـلْ عـِـنـْـدَكِ مَـالٌ ؟

 

# Adakah awak ada mempunyai duit?

*نـَـعَـمْ، عـِـنـْــدِى عَـشـَـرَة ُ ءَالاَفٍ

 

* Ye, saya mempunyai 10 000 (sepuluh ribu) ringgit.

#أنـْـتِ لاَ تـَــزَالِـيْنَ صَــغِــيْـرَة ً.أنـْــهىِدِرَاسَـــتـَــكِأوَّلاً

 

# Awak ni masih muda lagi, habiskan belajar dulu.

Rujukan :

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِRadio IKIM.FM (Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim & Pn. Mona binti Jasman)

Doa Memasuki Pasar

Doa memasuki kedai atau pasar yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Saya memang mengamalkan doa-doa ini. Alhamdulillah, biasa juga mendapat potongan harga tanpa dijangka dan insyaAllah dilindungi daripada segala keburukan. Jom kita amalkan dengan istiqamah………

1) Diriwayatkan di dalam kitab at-Tirmizi dan selainnya daripada saidina Umar bin Khattab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

doa masuk kedai
hadis tentang doa masuk kedai/pasar

Ertinya:

Siapa yang memasuki pasar kemudian mengucapkan:

doa memasuki kedai/pasar
doa ketika memasuki kedai/pasar (1)

‘(La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhyi wa yumitu wahuwahayyun layamut biyadihil-khairu wahuwa ‘alakulli syai in qadir).’

Maknanya:

”(Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha menghidupkan lagi Maha mematikan. Dia Maha hidup dan tidak akan pernah mati. Di tangan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.)”

Maka akan ditetapkan baginya satu juta pahala, akan dihapuskan daripadanya satu juta dosa dan akan diangkat darjatnya satu juta tingkat.

Diriwayatkan oleh al-Hakim Abu Abdillah dalam kitab al-Mustadrak ‘alash-Sahihain dari banyak jalur. Pada sebahagian jalurnya ada tambahan: “Dan didirikan baginya rumah di syurga. ”

2) Daripada Buraidah r.a, dia berkata: ”Apabila Rasulullah s.a.w. memasuki pasar, baginda mengucapkan:

doa ketika memasuki kedai/pasar
doa memasuki kedai/pasar (2)

Ertinya:

“Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pasar ini dan kebaikan apa yang terdapat di dalamnya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pasar ini dan kejahatan apa yang ada di dalamnya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada aku terkena sumpah palsu dan hasil yang rugi. “

Testimoni Terkini
Post ini sebenarnya saya keluarkan daripada artikel yang bertajuk Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel. Ketika itu bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Selepas menyiapkan artikel itu dan menetapkan hari dan masa untuk disiarkan (biasanya saya menetapkan artikel saya tersiar pada Hari Isnin jam 14.45), saya pun bersiap-siap untuk ke Madrasah Manarul Hikmah Lil-Banat, Layang-Layang untuk mengambil anak-anak perempuan saya pulang bercuti sempena Idul Fitri.

Setibanya di kawasan perumahan kami, saya singgah ke sebuah kedai pakaian untuk meninjau harga jubah untuk perempuan sebelum membelinya di sebuah kedai lain yang menarik minat kami sekeluarga. Sedang kami membelek-belek jubah, tuan punya kedai bersuara, “Semua jubah itu harganya RM80.00.” “Ye? RM180.00? Saya mengulangi kata-katanya untuk mendapatkan kepastian. Kebetulan saya sedang membelek jubah yang berharga RM180.00, saya biasa membanding-banding harga jubah sedemikian di facebook. Memang harganya sekitar RM150.00 ke atas.

“Tidak, RM80,00 sahaja.” jawabnya. “Oh, ye ke? MasyaAllah, alhamdulillah, terima kasih” jawab saya. Syukur ………. kami tidak perlu bersusah-susah untuk menawar harga dan akhirnya kami membeli tiga helai jubah di kedai itu sahaja.

Esoknya, sewaktu ke kedai minyak Petronas mata saya tertancap ke suatu permainan. Ianya hanyalah berupa empat ekor itik yang berlainan saiz. Biasanya ia ada di dalam iklan sabun mandian (Tuan/puan cubalah tinjau di kedai Petronas, masih ada lagi). Kebetulan anak kami ada empat orang dan jarang-jarang dapat berkumpul, jadi saya pun mencapainya untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka. Harga yang tertera di situ RM12.00. “Mahal ni, tidak mengapalah, sesekali……..” getus saya di dalam hati. Sewaktu hendak membayar, juruwang memberitahu harganya cuma RM6.80………. alhamdulillah lagi dan lagi……..

Nota
Beramallah untuk mendapatkan reda Allah. Kalau kita mengejar akhirat, insyaAllah akhirat dapat dan dunia pun akan datang dengan menghina diri. Kalau diniatkan untuk dunia, akhirat terlepas dan dunia akan menjauh sambil mengejek kita kembali.

Dunia datang dengan menghina diri bermaksud, apa-apa keuntungan dunia yang telah Allah tetapkan untuk menjadi milik kita, pasti dan pasti akan kita perolehi, meskipun kita tidak pernah mengangankannya atau mengingininya. Dunia datang kepada kita dengan perintah Allah.
Ia menjadi hina kerana bak kata pepatah ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.

3 hadis berkaitan klik sini.


Al-Azkar

1. Imam An-Nawawi. Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi. 2010. Selangor Darul Ehsan: Al-Hidayah Publication. Halaman 492-493.

Scroll to Top