dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

Masalah-masalah Berkaitan Puasa 1

Soalan:
1. Sahkah Solat Tarawih lapan rakaat sahaja?
2. Cara menggalakkan ahli keluarga mengimarahkan bulan Syaaban.
3. Bagaimana jika cuma berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sahaja pada bulan Syaaban?
4. Bolehkah berselawat tanpa sebab?
5. Bagaimanakah cara berniat puasa Syaaban?
6. Bolehkah menggabungkan puasa qada Ramadhan dengan puasa sunat Syaaban?

Dengarkan jawapannya melalui video di bawah ini:

Solat Tarawih Berapa Rakaat?
Solat Tarawih Berapa Rakaat?
Solat Tarawih (Qiyam Ramadhan) = Solat Mutlak Malam (Qiyamullail)
Solat Tarawih (Qiyam Ramadhan) = Solat Mutlak Malam (Qiyamullail)
Menggabung Puasa Qada Ramadhan  Dengan Puasa Sunat Syaaban
Menggabung Puasa Qada Ramadhan Dengan Puasa Sunat Syaaban
Cara mengantikan puasa yang tidak pernah diqada sejak baligh hingga berusia 37 tahun…….
Cara menggantikan puasa yang tidak pernah diqada sejak baligh hingga berusia 37 tahun…….(pada video akan datang)

Penghargaan dan Terima Kasih:

1. http://ikimfm.my/
2. Ustaz Dr. Mohd Shauqi Bin Othman

Kelebihan Bulan Syaaban dan Cara Mengimarahkannya

  عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا وَعَنْ أَبِيْهَا تَقُوْلُ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يَصُوْمُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَام شَهْر قَطّ إِلاَّ شَهْر رَمَضَان، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْر أَكْثَرُ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَان  (رَوَاهُ الْبُخَارِي وَمُسْلِم)  Daripada Saidatina Aishah r.anha daripada bapanya, beliau berkata maksudnya: Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa sehingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.  Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda banyak berpuasa sunat di dalam sebulan yang lebih banyak daripada ketika berada pada bulan Syaaban.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hadis Sahih Tentang Kelebihan Bulan Syaaban
( عَنْ أُسَامَةَ بنْ زَيْد رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ: لَـمْ أَرَكَ تَصُوْمُ مِنْ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُوْرِ مَا تَصُوْمُ مِنْ شَعْبَان؟ قَالَ : ذَاكَ شَهْرٌ تَغْفُلُ النَّاسُ فِيْهِ عَنْهُ،بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيْهِ الْأَعْمَال إِلَى رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ.  (رَوَاهُ النَّسَائِي  Usamah bin Zaid r.anhuma berkata: Ya Rasulullah s.a.w, saya tidak pernah melihat tuan (banyak) berpuasa sebagaimana tuan berpuasa di dalam bulan Syaaban. Sabda Rasulullah s.a.w. :Wahai Usamah, Syaaban itu adalah suatu bulan yang kebiasaannya manusia lalai daripadanya (terlepas pandang), iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan.   Syaaban adalah suatu bulan yang di dalamnya diangkat semua amalan kepada Tuhan seru sekalian alam. Oleh yang demikian, aku suka kalau amalanku diangkat sedangkan aku di dalam keadaan berpuasa. (An-Nasa'i)
Hadis Tentang Kelebihan Bulan Syaaban
Cara Mengimarahkan Bulan Syaaban
Cara Mengimarahkan Bulan Syaaban
Hadis Hasan Tentang Nisfu Syaaban
Hadis Hasan Tentang Nisfu Syaaban

Pencerahan Lanjut:

Silakan klik: http://www.ilmusunnah.com/

Kredit:

1. http://ikimfm.my/
2. Ustaz Dr. Mohd Shauqi Bin Othman

Rujukan:

1. http://islamstory.com/ar/
2. http://www.alminbar.net/alkhutab/
3. Kamus al-FaridKamus AL-FARID. Jun 2009. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Belajar Nahu Bahasa Arab: Muthanna

نحو/NAHU: Kata Nama Mufrad, Muthanna Dan Jama’

Belajar Nahu Bahasa Arab. Pengertian Mufrad, Muthanna dan Jama'
Pengertian Mufrad, Muthanna dan Jama’

يَنْقـَسِـمُ الاسْـمُ إِلـَى مُفـْرَدٍ وَمُثـَـنـَّى وَجَمْع

Isim (Kata Nama) dari segi bilangan boleh dibahagikan kepada TIGA bahagian:

1. MUFRAD: Kata nama mufrad adalah perkataan yang menunjukkan satu, sama ada ia hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia.
Di dalam Bahasa Arab atau kitab-kitab, begini istilahnya:

الـْمُفـْرَدُ هُوَ مَا دَلَّ عـَلـَى وَاحِدٍ أوْ وَاحِدَةٍ

2. MUTHANNA: Kata nama muthanna adalah perkataan yang menunjukkan dua. Di dalam Bahasa Arab ia dibentuk dengan menambah huruf alif dan nun atau huruf ya’ dan nun pada akhir kata nama mufrad.

Di dalam Bahasa Arab atau kitab-kitab, begini istilahnya:

الـْمُثـَنـَّى هُوَ مَا دَلَّ عـَلـَى اثـْـنـَيْن أوِ اثـْـنـَتـَيْن

3. JAMA’: Kata jama’ adalah perkataan yang menunjukkan jumlah yang banyak/ramai.
Di dalam Bahasa Arab atau kitab-kitab, begini istilahnya:

الـْجَمْعُ هُوَ مَا دَلَّ عـَلـَى أكـْثـَر مِن اثـْـنـَيْن أو اثـْـنـَتـَيْن

Di dalam pelajaran-pelajaran sebelum ini kita sudahpun didedahkan dengan contoh-contoh Kata Nama Mufrad. Pada kali ini ayuh kita memfokuskan perbincangan kita kepada MUTHANNA.

Belajar Nahu Bahasa Arab: Muthanna

MUTHANNA:

Kata nama muthanna adalah perkataan yang menunjukkan dua. Dalam Bahasa Arab ia dibentuk dengan menambah huruf alif dan nun atau huruf ya’ dan nun pada akhir kata nama mufrad.

Belajar Nahu Bahasa Arab. Kaedah Menukar Perkataan Mufrad ke Muthanna
Kaedah Menukar Perkataan Mufrad ke Muthanna

Prosesnya adalah seperti di dalam diagram di atas ini:

Belajar Nahu Bahasa Arab
بأن يفتح آخر المفرد
Bariskan atas pada huruf terakhir kata nama mufrad

Contoh:
سيارة: sebuah kereta

Belajar Nahu Bahasa Arab

ويزاد على المفرد
Tambahkan pada akhir kata nama mufrad

Penambahan untuk kata nama mufrad ke muthanna: alif nun atau ya nun

ألف ونون فى حالة الرفع
Huruf alif dan nun di dalam keadaan isim muthanna itu marfu’
أو ياء ونون فى حالة النصب والجر
atau huruf ya’ dan nun di dalam keadaan isim muthanna itu mansub dan majrur
DAN Huruf nun bariskan bawah

Belajar Nahu Bahasa Arab. Contoh Muthanna

Jadilah ia seperti gambar di atas ini

Contoh:
سيارتان/سيارتين:dua buah kereta

Kesimpulannya adalah seperti gambar di bawah:

Belajar Nahu Bahasa Arab
Contoh Muthanna

Contoh Muthanna di dalam ayat

Isim Menjadi Marfu’ Sekiranya di Dalam Ayat Kedudukannya Adalah:
1. Fail

Contoh:تـَجْرِى السَّفِيْنـَتـَان ِ فِـى الـْبَحْر
Dua buah kapal itu sedang belayar di laut

2. Naib Fail

Contoh: تُصْلـَحُ السَّيَّارَتـَان لِخـَلـَل ٍ فِيْهِمَا
Kerosakan dua buah kereta itu sedang diperbaiki

3. Mubtada’

Contoh: الـْقِطَارَان ِ فِى الـْمَحَطـَّةِ
Dua buah keretapi itu di stesen

4. Khabar
5. Isim Kana

Contoh: كَان َالـْقَار ِبَان فِى الـْبَحْر
Ada dua buah motobot di laut

6. Khabar Inna

Contoh:إ ِن َّ الطَيَّارَة َ وَالـْبَاخِرَة مَرْكَبَتـَان ِ مُهِمَّتـَان
Kedua-dua kapal terbang dan kapal laut adalah alat pengangkutan yang penting

Isim Menjadi Mansub Sekiranya di Dalam Ayat Kedudukannya Adalah:
1. Maf’ul Bih

Contoh: قـَرَا ْتُ مِن َالـْقـُرْءَان ِ سُوْرَتـَيْن
Saya telah membaca dua surah daripada al-Qur’an

2. Maf’ul Mutlak
3. Khabar Kana
4. Isim Inna

Contoh: إ ِن َّ الـْمُعَلِـّمَيْن فِى الإدَارَةِ
Sesungguhnya ada dua orang guru di pejabat

Isim Menjadi Majrur Sekiranya di Dalam Ayat Kedudukannya Adalah:
1. Didahului oleh huruf jar

Contoh: أ َعْطَيْتُ الـْفَوَاكِهَ وَالأطْعِمَةَ لِلْمَر ِيْضـَيْن
Saya telah memberikan buah-buahan dan makanan kepada dua orang pesakit itu

2. Mudhafun ilaih

Contoh: أ َبُ الـْوَلـَدَيْن ِ رَجُلٌ عَالِمٌ
Bapa kepada dua orang budak lelaki itu adalah orang alim

Rujukan:

(1) Ustaz Mohd. Zulhisyam bin Mustapai, Ustaz Zairul bin Mat Zain. Februari 2012. NAHU MUDAH. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Hal: 9-10
(2) عبد الرحمن بن روكيني. 1995. اللغة العربية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الدينية لحكومة جوهر السنة الثالثة. سلاڠور: جباتن اݢام جوهر ص: 17
(3) سيدڠ ڤڠارڠ سينر جيميت سنديرين برحد. 1996. اللغة العربية للسنة الرابعة. بهاݢين ڤنديديقن جابتن اݢام جوهر. ص: 34
(4) الحاج حسن ادريس والحاج عبد الله احمد. 1985. اللغة العربية للسنة الثالثة من السنوات الشهادة الإعدادية. كلنتن: ڤوستاک امان ڤريس ص: 137-138
(5) Kamus AL-FARID. Jun 2009. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sesuatu Yang ……… Tentang KL Server.net

Wah, ada berita baiklah! KL Server.net sedang mengadakan promosi pendaftaran domain baru serendah RM20.00. Promosi berlangsung sehingga 28 Februari 2013 saja.

Harga RM20.00 yang ditawarkan itu memang murah. Harga biasa adalah RM35.00. Sila rujuk SINI untuk menyemak nama domain. Daftar segera domain idaman tuan/ puan sebelum ianya disambar pesaing tuan/ puan.

KL Server.net
KL Server.net

Baiklah, menyentuh tentang hosting pula. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dahulu saya berpindah ke KL Server.net adalah kerana harga harga pakej hosting yang mereka tawarkan adalah di antara yang murah dan berbaloi-baloi di Malaysia. Ketika itu saya memilih salah satu pakej yang di tawarkan di SINI

Saya ada dua domain di SANA. Oleh kerana pakej yang saya pilih adalah Free Domain Web Hosting, maka salah satu domain tersebut saya perolehi secara percuma sahaja.

Pada awalnya saya hanya bertawakal kerana pemilik KL Server.net adalah lulusan Universiti di Mesir. Dalam minda saya ada juga terdetik, tahukah ustaz ini mengendalikan perkara-perkara teknikal sebegini?

Ternyata sangkaan itu meleset. Perkhidmatan yang diberikan adalah setanding dengan syarikat-syarikat yang lain. Tambahan pula isteri beliau (women entrepreneurs) adalah rakan saya di fb dan sering menulis status di dalam Bahasa Inggeris. In shaa Allah ia adalah gandingan yang mantap.

Petua Murah Rezeki

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan sekalian.

Sedar tidak sedar bulan Februari sudah hampir tiba ke penghujungnya. Sedar tidak sedar juga rupa-rupanya saya belum mengeluarkan apa-apa artikel lagi bulan ini.

Hemmmh…. Bulan ini suatu hal yang mencabar dan menyentap usaha saya untuk istiqamah menyumbang yang terbaik untuk ummah.

Hendak tahu apa dia? Tepuk tangan dulu……. Dah abisy dah……. Hahaha……. (Ini ketawa cedih taw!) Eleh, buang masa saja sedih-sedih kan?

Stress?
Bertenang……

Kredit gambar: http://www.rudecactus.com/archives/DSC02756.edit-thumb.jpg

Ini blog autopilot punya pasallah. Apa itu blog autopilot Mykrk? Kalau hendak tahu bacalah di SINI.

Tetapi, apabila di renung-renungkan semula, saya rasa sayang, kasihan dan empati serta simpati dengan blogger-blogger parasit ini.

Mereka mungkin sedang terdesak, dibebani hutang, dikejar along sipemiutang, perlukan duit untuk menampung kos bayaran hospital ibu-bapanya. Mungkin juga mereka sudah tidak tertahan sangat hendak berkahwin tetapi keluarga sebelah sana menetapkan wang hantaran yang melampau.

Kasihan kasihan kasihan………

Baiklah sayang ….. (blogger autopilot itulah, bukannya awak…… ngeh ngeh ngeh……) Sebagai orang kaya, saya ingin berkongsi petua bagaimana menjadi kaya.

Saya sudah mencuba (tahu kan, saya ini suka bereksperimen….) dan ternyata ianya MEMANG MEMANG MEMANG BERKESAN. Awak jangan baca saja, rugi tidak mencuba tau!

PETUA PERTAMA:

Baca Surah al-Waqiah setiap malam.

Dulu masa sekolah kan, saya duduk asrama sejak berumur 13 tahun. Asrama saya bukannya asrama penuh, tetapi asrama sesak.

Kami masuk asrama dengan membawa dapur minyak tanah dan periuk belanga. Masaklah apa yang terasa hendak makan. Kalau malas, laparlah jawabnya!

Kalau balik kampung, saya sungguh berbesar hati kalau emak suruh bawa sekali beras, kentang, tepung, bawang, cili padi dan lain-lain bahan memasak. Cara ini akan menjimatkan duit yang emak bekalkan.

Kadang-kadang di rumah emak pun tiada apa-apa, maklumlah emak cuma penoreh getah bukannya orang kaya. Saya pulanglah ke asmara asrama dengan rasa sedikit gusar.

Gusar sebab…… alamak…… nanti kena beli minyak tanah, beras, sardine, telur….. apa yang tinggal untuk beli jajan? Huwa……

Tapi saya ada rahsia……. Syyy, jangan bagitahu orang lain tau! Saya cerita kat awak je sorang……. Waktu-waktu macam itu, saya rajin-rajinlah baca Surah al-Waqiah! Hik hik hik……..

Nanti kan……… tahu-tahu je bapak kita hantar money order tau! Kita tak mintak pon, kita takde tepon-tepon pon……… Allah bagi mimpi kat bapak kita agaknya………. Best kan?

Semasa menjadi guru sandaran pun Allah SWT tunjukkan cash kebenaran berkenaan fadhilat membaca surah ini. Guru sandaran akan mendapat gaji selepas tiga bulan berkhidmat. Apabila memasuki tahun baru, hal yang sama akan kami hadapi.

Pada tahun kedua berkhidmat, tiga bulan pertama saya belum mendapat gaji. Alhamdulillah berkat istiqamah dengan amalan ini, sayalah juga orang pertama yang akan membayar sewa rumah dan duit dapur.

Kawan-kawan bising, “Engkau kata belum dapat gaji, tapi steady je.” Waktu rehat pula, ada sahaja yang belanja saya makan.

Sekarang ini, terkadang saya agak malu-malu dengan Allah SWT untuk membacanya. Malu sebab rezeki mencurah tidak putus-putus.

Namun, saya lebih malu lagi sekiranya dengan sombong meninggalkan amalan ini sedangkan para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat juga mengamalkannya.

Oleh yang demikianlah, hati mereka kaya dan tidak meminta-meminta kepada makhluk serta maksiat kepada Allah di dalam hal rezeki.

PETUA KEDUA:

Awak, awak solat tak? APA? KADANG-KADANG? Memanglah semekin semekut jadiknya!

Awak nak tahu tak? Orang yang mendirikan solat lima waktu pada awal waktunya dengan wuduk yang sempurna akan mendapat LIMA GANJARAN.

1. Diangkat kesempitan hidup
2. Diangkat azab kubur
3. Menerima buku catatan dari tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk syurga tanpa hisab

Kalau awak perhatikan lima senarai di atas, hanya satu sahaja ganjaran solat itu untuk urusan dunia kita. Empat ganjaran lagi adalah untuk keperluan kita di alam barzah.

Apakah maknanya itu sayang? Maknanya dunia ini kecil sedangkan akhirat itu besar……

Tetapi, kecil-kecil dunia ini, lantaran urusan ‘mengisi perut’ itulah manusia saling dengki-mendengki, fitnah-memfitnah, tipu menipu, saling memarahi, hasud-menghasud sehingga menjadi saling zalim-menzalimi.

Hal ini Rasulullah SAW telah sebut di dalam hadis ini:
hadis akhir zaman, penyakit umat-umat dahulu
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.

Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”

Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah;
1. Terlalu banyak seronok,
2. Terlalu mewah,
3. Menghimpun harta sebanyak mungkin,
4. Tipu menipu dalam merebut harta-benda dunia,
5. Saling memarahi,
6. Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi”.

Hadis riwayat al-Hakim

PETUA KETIGA:

“Tiga macam manusia yang semuanya mendapat jaminan (perlindungan) Allah.

Jika masih hidup, mereka diberi rezeki dan dicukupi (segala keperluannya),
dan jika telah mati, Allah سبحانه وتعالى pasti memasukkannya ke dalam syurga:

1. Orang yang memasuki rumahnya dan memberi salam, maka dia mendapat jaminan Allah.
2. Orang yang pergi ke masjid, maka dia mendapat jaminan Allah, dan
3. Orang yang keluar di jalan Allah, maka dia mendapat jaminan Allah.”

Jaminan tersebut termateri di dalam hadis berikut di bawah ini:

keutamaan jihad
Keutamaan jihad 71.1336

Maksudnya: Dari Abu Umamah رضي الله عنه meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Tiga macam manusia yang semuanya mendapat jaminan (perlindungan) Allah.

Jika masih hidup, mereka diberi rezeki dan dicukupi (segala keperluannya),

dan jika telah mati, Allah سبحانه وتعالى pasti memasukkannya ke dalam syurga:

(1) Orang yang memasuki rumahnya dan memberi salam, maka dia mendapat jaminan Allah.

(2) Orang yang pergi ke masjid, maka dia mendapat jaminan Allah, dan

(3) Orang yang keluar di jalan Allah, maka dia mendapat jaminan Allah.”

Hadis riwayat Ibnu Hibban. Pentahqiq berkata, “Hadits ini shahih 2/252”

Saya rasa memadailah dengan tiga petua murah rezeki itu. Awak nak tahu tak? Saya sebenarnya banyak membeli ebook untuk bisnes di internet ini. Sudah beratus ringgit ebook saya beli. Tetapi mungkin jiwa bisnes itu bukan jiwa saya, saya berpada dengan tiga petua di atas sahaja.

Saya ini penganggur. Namun masalah besar saya ialah, kalau cucuk kad ATM saya boleh tekan berapa sahaja RM yang saya mahu. Awak ingat saya menipu ke?

Sebab itulah saya tidak suka orang tahu siapa saya. Sebab apa? Sebab saya kayalah! Kwang kwang kwang (ini ketawa berlagak namanya!)

Ye, blog ini pun bukan murah-murah pakej yang saya ambil tau! Theme blog ini pun bukan percuma. Awak tidak percaya lagi?

Awak, awak hentikanlah kegiatan awak tu. Bukan blog saya saja yang awak aniaya. Awak tidak akan ke mana dengan duit yang awak dapat dengan cara tidak sah itu.

Tambahan pula ramai lagi blogger yang marah kat awak. Saya tak marah cuma gerem aje. Dalam masa yang sama saya pun kasihan kat awak, saya sayang kat awak …….. saaaaayang sesangat…….

Awak nak tahu tak. (Hek eleh macamlah kau saja yang tahu Mykrk!) Kadang-kadang kan, kita ini memang sudah ada rezeki yang Allah hendak beri.

Cabarannya ialah diri kita sendiri. Allah tahan sebentar rezeki itu akibat perangai kita sendiri.

عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

لاَ يُرَدُّ الْقَدَرَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يَزِيْدُ فِى الْعُمُرِ إِلاَّ الْبِرُّ

وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ

رواه الحاكم وقال هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي

Sayyidina Thauban r.anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak ada yang boleh mengubah takdir selain daripada doa. Tiada apa-apa yang boleh memanjangkan umur selain daripada kebajikan. (kadang-kadang) disebabkan perbuatan dosa, seseorang itu terhindar daripada rezekinya.” (Mustadrak Hakim)

Selain daripada itu di dalam suatu kisah para sahabat, Rasulullah SAW pernah menasihati seorang sahabat yang bernama Hakim bin Hizam r.a.

Nasihat baginda, “Hakim, harta ini ialah seumpama kebun yang hijau. Zahirnya nampak manis tetapi kaedahnya ialah kalau harta itu didapati dengan hati yang ‘istighna’ (perasaan kaya hati dan tidak perlu kepada kemewahan dunia) maka harta itu akan diberkati.

Sekiranya harta itu didapati dengan tamak dan gelojoh maka harta itu tidak akan diberkati. Keadaan orang yang tamak seumpama seorang yang terus makan sepanjang masa tetapi tidak berasa kenyang (seumpama penghidap penyakit ju’ul baqar)”

إن الرزق ليطلب العبد كما يطلبه أجله
“Sesungguhnya rezeki seseorang hamba itu akan mengejarnya sebagaimana maut mengejarnya.”

Sebelum saya menutup bicara, jutaan kemaafan saya pohonkan daripada awak. Saya pun bukannya baik sangat.

Saya pun takut dengan satu peringatan Rasulullah SAW.

Lagha
Hindari Perkara Sia-sia

Maknanya;
Sayyidina Anas bin Malik r.a berkata, “Seorang lelaki dalam kalangan para sahabat telah meninggal dunia.

Maka seorang lelaki lain berkata kepada mayat itu, “Berita gembira, syurga untuk kamu.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki itu, “Bagaimana kamu boleh mengatakan demikian sedangkan kamu tidak mengetahui hakikat sebenarnya?

Mungkin si mati ini telah mengeluarkan kata-kata yang sia-sia ataupun dia pernah bakhil terhadap perkara yang tidak akan mengurangkan hartanya (jika diberi kepada orang).”

(Seumpama mengajar ilmu agama, meminjamkan sesuatu kepada orang ataupun membelanjakan sesuatu di jalan Allah SWT kerana perbuatan sedemikian tidak akan mengurangkan ilmu juga harta.)

Hadis riwayat at-Tirmizi.

Kalau Engkau tidak marah ya Allah, fa laa ubaali (maka aku tidak kesah…….)
Ya Allah, ubun-ubunku di tangan-Mu……

In shaa Allah, saya juga akan mengikut jejak langkah Kak Jie.

Astaghfirullah al-azim. Wallahua’lam.

Rujukan:

1. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٤ & ٣٩٨
2. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 662 & 723.
3. Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 26-27
4. Allama Mohammad Zakariyya rah.alaih syeikhul hadith. 2004. KISAH PARA SAHABAT. Kuala Lumpur: ERA ILMU SDN. BHD. m.s 158.
5. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. الأحاديث المنتحبة Muntakhab Ahadis – Hadis-hadis Pilihan. 2012. Kuala Lumpur: Maktabah Ilmiah Sdn. Bhd. m.s 342 dan 662

Share/Save
Share/Save
Scroll to Top