dusakal thooluut

Passion terhadap aktiviti blogging. Semoga Islam tersebar ke seluruh alam. Dunia sementara, akhirat kekal.

BELAJAR BAHASA URDU / HINDI: Bercakap Tentang Solat Dalam Bahasa Hindi/ Urdu

 

Bahasa Melayu: Solat anak kunci syurga

 

BELAJAR BAHASA URDU / HINDI: Bercakap Tentang Solat Dalam Bahasa Hindi/ Urdu
Kaabah

Bahasa Hindi – Urdu:

Namaz Allah ke khazanah se lenika zeriya hey

 

Bahasa Melayu: Solat dapat menarik rahmat daripada khazanah Allah

 

 

Bahasa Hindi – Urdu:

Namaz me syifa’ hey

 

Bahasa Melayu: Solat menyihatkan tubuh badan

Rujukan:

Bahasa Urdhu – Hindi oleh Al-Marhum Amin Bhai Pancasila.

Kredit Gambar: Darul Ulum Ihya Ulumuddin

GALERI: Belajar Jawi Dengan Doktor Jawi di Klinik Jawi

Assalamualaikum tuan/ puan yang dimuliakan sekalian.

Gaya pembelajaran seseorang itu berbeza. Ada orang cenderung dengan cara mendengar. (Ehem, sayalah itu…)

Ada yang kinestetik iaitu belajar dengan cara membuat atau melakukan sesuatu. Orang kinestetik ini mungkin kena bermain sahibba jawi barulah deria pembelajarannya terangsang ke tahap yang optimum.

Selain daripada itu ada orang yang mempunyai gaya pembelajaran komunikasi. Orang ini banyak cakap sedikit.

Baiklah, kali ini saya hendak meraikan tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik yang mempunyai gaya pembelajaran visual. Kliklah mana-mana gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas.

Terlebih dahulu berbanyak terima kasih diucapkan kepada doktor Jawi kita yang telah bersusah payah menghasilkan gambarajah-gambarajah yang menarik ini.

Mahu kenal ke tidak, siapakah Doktor Jawi kita itu? Tengok, khusyuknya doktor…

Doktor Jawi di Klinik Jawi
Tuan Haji Azman bin Haji Ahmad al-Kurauwi. Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka

* Klik gambar untuk ke blog beliau.

Doktor Pelatihnya pula ialah…

DJ Ustaz Muhammad Suffian Bin Amrin
DJ Ustaz Muhammad Suffian Bin Amrin. Penyampai IKIM.fm dan Penasyid Kumpulan Saujana.

* Klik gambar untuk ke blog beliau.

Silalah klik mana-mana 52 gambar ‘bahasa jawi atau tulisan jawi’ yang mahu dilihat di dalam saiz yang lebih besar, jelas dan cantik.

Laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia http://www.pnm.gov.my

Laman sesawang Klinik Jawi: http://klinikjawi.wordpress.com/

علامات الساعة Hadis Akhir Zaman: 15. Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka: Pemimpin dan Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Telanjang
Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

15. Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.

Pertama: Golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua: Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­-lenggok sewaktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

(Hadis Riwayat Imam Muslim Rahimahullaahu Ta’ala)

رواه مسلم فى كتاب اللباس والزينة باب النساء الكاسيات العاريات

Keterangan:

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini.

Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.

Ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan.

Kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh. Ia adalah kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang.

Selain daripada itu terdapat perempuan yang berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan bentuk badan. Tambahan pula apabila berjalan, mereka sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar seperti bonggol unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Edisi Rumi)
Rujukan:
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 42-43
Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

Nota:
Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Mengeja kata serapan Bahasa Arab

Klinik Jawi di Ikim.fm

Nota: Audio dan modul di entri ini telah dipadamkan oleh admin blog.

Sila muat turun modul Klinik Jawi di Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia.

Salam hormat. Terima kasih di atas kunjungan tuan/puan.

———————————————————————————————————-

Assalamualaikum tuan/ puan yang dimuliakan sekalian.

Mari kita belajar Jawi melalui rancangan Klinik Jawi. Ikutilah siarannya di IKIM.fm pada setiap Hari Sabtu jam 10.00 pagi. Ianya dikendalikan oleh Encik Muhammad Suffian Bin Amrin bersama Tuan Haji Azman Bin Haji Ahmad, Pegawai Perancang Bahasa, DBP.

Rancangan ini ditaja oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sudah lebih setengah tahun ia bersiaran iaitu sejak 2 Jun 2012.

Dapatkanlah 40 modul, dengarkan 28 rakaman dan lihat 52 gambarajah untuk memudahkan proses pembelajaran tuan/ puan di sini.

Sekiranya tuan/ puan hanya mahu melihat 52 gambarajah sahaja, bolehlah pergi ke sini.

‘Semarak Jawi Semarak Jati Diri’

01 Mengenal huruf jawi. Abjad Jawi Bahasa Melayu mengandungi 37 huruf

ا، ب، ت، ة، ث، ج، چ، ح، خ، د، ذ، ر، ز، س، ش، ص، ض، ط، ظ، ع، غ، ڠ، ف، ڤ، ق، ک، ڬ، ل، م، ن، و، ۏ، ء، ه، ي، ى، ڽ

Huruf ك Arab dan ک Jawi.

Gambar
02 Huruf gubalan Melayu ada 6: ca (چ), nga (ڠ), pa (ڤ), ga (ڬ), va (ۏ) dan nya (ڽ) Gambar a
Gambar b
03 Mengenal garis duduk huruf Jawi. Garis duduk sesuatu huruf Jawi membantu kita menulis, membentuk dan menyambung huruf Jawi dengan baik. Gambar
04 Mengenal sifat-sifat huruf Jawi. Bertiang, terbaring, berkepala tirus, bersiku, berekor tanpa kepala,

bergerigis (bergigi), berperut kempis, bertiang dan berperut, berkepala dan bertapak datar,

bertapak lengkung, tegak dan bertangkai, berumah, tiada gigi.

Gambar
05 Penyambungan/ perangkaian huruf. Tulisan Jawi ditulis DARI KANAN KE KIRI sama seperti tulisan Arab.

Jawi TIADA HURUF BESAR ATAU KECIL.

Kata sendi di dan ke ditulis RAPAT dengan perkataan selepasnya.

Cara menulis labu, di mana, ke tepi dalam tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
06 1. Kelompok Huruf Pemutus – 7 huruf yang BOLEH BERSAMBUNG sebelum, tetapi TIDAK BOLEH BERSAMBUNG selepasnya.

2. Kelompok Huruf Perangkai – 27 huruf BOLEH BERSAMBUNG sebelum dan selepasnya.

Cara menulis perkataan wad, pen, gigi di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
07 3. Huruf hamzah (ء) adalah satu-satunya huruf berumah. Ia TIDAK BOLEH BERSAMBUNG dengan huruf sebelum dan selepasnya.

Ia menumpang huruf alif, ya atau duduk di awang-awangan.

Cara menulis perkataan seibu, masalah dan baik di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
08 4. Kelompok Huruf di hujung kata.

Huruf ‘ta’ marbutah (ة) hanya bagi mengeja kata serapan Arab.

Huruf ‘ye’ (ى) untuk mengeja kata serapan Arab dan Inggeris.

Cara mengeja sunat, fatwa, isme, memfatwakan, memetabolismekan di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
09 Mengenal titik huruf. (Dengarkan DJ Sufian dan Ustaz Azman berlakon kisah Nujum Pak Belalang)
Panduan buat guru:

1. Besarkan saiz titik.

2. Jangan menyambung titik.

3. Tapak titik tiga.

Gambar a
Gambar b
10 Di manakah kedudukan titik huruf ب ت ث ن ي ڽ ?

Di awal perkataan – paling kanan.

Di tengah perkataan – tengah-tengah penyambung huruf.

Di akhir perkataan – tengah-tengah rumah huruf.

Titik ج چ خ ش ض ظ غ ڠ ف ڤ ق ڬ kekal di tengah huruf di manapun ia berada

Gambar
11 Mengenal tanda baca. Tanda koma (،). Tanda koma bertitik (؛). Tanda petik. Tanda soal (؟). Tanda garis mereng.

Cara menulis:
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
Bilakah berakhirnya Ramadhan?
Tun/ Tan Sri/ Datuk
di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
12 Angka Hindu: Ditulis dari KANAN KE KIRI ٩٨٧٦٥٤٣٢١٠

Angka Arab: Ditulis dari KIRI KE KANAN 0123456789

Abjad Arab ditulis DARI KANAN KE KIRI: ا ب ج د ه و ز ح ط ي ك ل م ن ش ع ف ص ق ر س ت ث خ ذ ض ظ غ .

Sistem Jawi menggunakan sistem penomboran Arab.

Contoh penulisan nombor sahaja: 11.8.2012

Contoh penulisan nombor + tulisan Jawi

Gambar a
Gambar b
13 Contoh-contoh penomboran: Menulis tarikh dan waktu di dalam aturcara program dan bilangan objektif sesuatu program di dalam bahasa atau tulisan Jawi. Gambar a
Gambar b
14 Dengarkan DJ Pian bersyair. Perlambangan bunyi vokal. ا، ي، ى، و، اي، او

Mengeja api, esa, ikan, ekor, ular, orang, padi, kira, rela, bom, koma, lusa, lagi, sati, nasionalisme, batu dan pidato di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
15 Mengenal sukukata terbuka dan tertutup.

Cara mengeja sukukata terbuka perkataan abu, esa, ela, ibu, obor, ubi, cara, rela, pipi, kota, bola, dosa, nasionalisme, sati, rugi, soto, ratu di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

E pepet tidak dilambangkan dengan huruf jawi.

Gambar
16 Sukukata tertutup.

Cara mengeja perkataan satu sukukata tertutup cap, men, sen, pin, kon, tun.

Cara mengeja perkataan dua sukukata tertutup artis, sampan, sempit, rendang, hampir, sotong, pantun di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
17 1. Vokal pepet TIDAK dilambangkan dengan apa-apa huruf Jawi.

2. Vokal ditengah-tengah sukukata tertutup TIDAK dilambangkan dengan huruf alif. Pola

Cara menulis jerebu, semperit, bas dan sampan di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
18 Diftong :
Awal – اءو
Tengah dan akhir – او

Cara menulis perkataan rayau, sauna, aura di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Cuba eja audit, aur, auditorium, aisberg, aiskrim dan air.

Gambar a
Gambar b
19 1. Diftong :
Awal – اءي
Tengah dan akhir – اي

2. Diftong :
Awal – اووي
Tengah dan akhir – وي
Cara menulis perkataan lebai, baiduri, aising boroi, boikot dan oidium di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
20 1. Perlambangan bunyi konsonan b, c, d, g, h, j, k, l.

Cara menulis kata jati Melayu; batu, cara, duku, gali, hari, jala, kaki, lalu di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

2. Perlambangan Konsonan ‘K’:
Kata jati Melayu = ق
Kata serapan Inggeris = ک

Cara menulis perkataan longgok, sesak, klinik, plastik di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
21 Perlambangan bunyi Konsonan ‘K’, m, n, ng dan p.

Cara menulis perkataan laksa, paksa, teksi, diksi, malam, tadi, nganga, para di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
22 Perlambangan bunyi konsonan r, s, sy, t, w, y, z, ny.

Cara menulis perkataan ragu, sudu, syor, tali, wau, yang, zapin dan nyanyi di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
23 Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
B, C, D, F, G, H

Cara mengeja perkataan blok, ciri, duti, filem, glob dan hidro di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
24 Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
J, K, L, M, N, P.

Cara mengeja perkataan jet, klon, lori, magis, nota dan plot di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
25 Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
R, S, SY, T, V, W, X.

Cara mengeja perkataan ros, sen, syif, tiket, volvo, wisel, xenon dan x-ray di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
26 Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
Y dan Z.

Cara mengeja perkataan yoyo dan zoo di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Arab:
gh, kh dan q.

Cara mengeja perkataan ghaib, Khamis dan Quran di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
27 JENIS KATA DASAR:
1. Ekasuku (satu sukukata)
2. Dua sukukata.
3. Tiga sukukata atau lebih.

Cara menulis perkataan keluasan, luas, jabatan, jabat, seekor, ekor, pen, buku dan basikal di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
28 Contoh-contoh kata dasar yang mempunyai satu sukukata, dua sukukata dan tiga sukukata atau lebih.

Cara menulis perkataan zoo, pen, van, wau, dan, buku, siri, sampan, dewan, mata, dahaga, fonetik, pahala, basikal, bakawali, matahari, manifestasi dan selesema di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
29 1.Huruf vokal alif TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI apabila mengeja kata dasar ekasuku iaitu satu sukukata berpola

2. Huruf vokal alif DIKEKALKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI apabila mengeja kata dasar ekasuku iaitu satu sukukata yang bermula dengan HURUF WAU (و)
=> وا

Cara menulis perkataan zoo, mi, ma, jam, van, bas, Jun, sen, wau, wap, wang dan wad di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
Gambar c
30 Kata dasar dua sukukata:

1. Huruf vokal alif TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI apabila mengeja kata dasar dua sukukata berpola

2. Hukum EWA

Huruf vokal alif DIKEKALKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI jika:
a) Sukukata pertama ialah sukukata terbuka vokal /e/ taling.
b) Sukukata kedua ialah sukukata tertutup dalam bentuk ‘وا’ konsonan Wa (W/a/K)

Cara menulis perkataan rampas, sampan, langgar, lampam, lampu, jampi, lubuk, sisa, mewah, lewah, dewan dan lewat di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
31 Hukum EWA dua dan tiga sukukata.
Huruf vokal alif DIKEKALKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI jika:
a) Sukukata pertama ialah sukukata terbuka vokal /e/ taling.
b) Sukukata kedua ialah sukukata tertutup dalam bentuk ‘وا’ konsonan Wa (W/a/K)

Cara menulis perkataan tewas, rewang, gewang, sewat, perewah, kelewang, kedewas dan dewangga di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar a
Gambar b
32 Hukum a/a + 12 Huruf Dua Sukukata: Terbuka, Terbuka.

=> BUANG/ TIADA HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN JIKA:
* Kata jati Melayu
* Sukukata pertama vokal /a/
* Sukukata kedua vokal /a/
* Konsonan terakhir terdiri daripada 12 huruf akronim ‘BETAPA SEGANNYA CIK JAM‘ بتڤ سڬنڽ چيك جم

Cara mengeja perkataan raba, mata, sapa, rasa, raga, mana, hanya, baca, raya, baka, raja, nama, sama di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
33 Pemgukuhan Siri 32 – Hukum a/a + 12 Huruf Dua Sukukata: Terbuka, Terbuka.

=> BUANG/ TIADA HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN JIKA:
* Kata jati Melayu
* Sukukata pertama vokal /a/
* Sukukata kedua vokal /a/
* Konsonan terakhir terdiri daripada 12 huruf akronim ‘BETAPA SEGANNYA CIK JAM‘ بتڤ سڬنڽ چيك جم

Cara mengeja perkataan ‘sama‘ di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
34 Hukum a/a + 12 Huruf Dua Sukukata Terbuka, Terbuka

=> KEKALKAN HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN JIKA: (LAMPAU KAEDAH/ HUKUM)
* Kata serapan Inggeris atau Arab.
* Salah satu sukukatanya BUKAN vokal /a/
* Konsonan terakhir BUKAN terdiri daripada 12 huruf akronim ‘BETAPA SEGANNYA CIK JAM‘ بتڤ سڬنڽ چيك جم

Cara mengeja Rabu, mati, sapu, rusa, nyonya, cucu, rayu, baku, dara, sara, mama dan lava di dalam bahasa atau tulisan Jawi.

Gambar
35 Hukum a/a + 12 Huruf TIGA Sukukata. Terbuka, Terbuka, Terbuka.

=> BUANG/ TIADA HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN
(Vokal ‘a’ pada akhir perkataan tidak dilambangkan dengan huruf alif.

Gambar
36 Kandungan: Gambar
37 Kandungan: Gambar
38 Kandungan: Gambar
39 Kandungan: Gambar
40 Kandungan: Gambar


Klinik Jawi IKIMfm, PNM dan DBP

Penghargaan dan Terima kasih:

1. IKIM.fm – Encik Muhammad Suffian Bin Amrin

2. Tuan Haji Azman Bin Haji Ahmad, Pegawai Perancang Bahasa, DBP

Modul Klinik Jawi boleh dimuat turun di link asalnya di sini
(Pautan ini adalah betul pada 2.3.2013. Sekiranya ia berubah, carilah di laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia)

Laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia http://www.pnm.gov.my

Laman sesawang Klinik Jawi: http://klinikjawi.wordpress.com/

BALAGHAH: Kinayah

Arahan:
Tulisan seperti ini ‘ ص ٧٨ ‘ tiada apa-apa. Hanya untuk rujukan Mykrk sahaja.

Selamat mengulangkaji………..

Takrif Kinayah

ص ٦٦

Kinayah: Kiasan
أن نتكلم بالشيء نريد غيره
Kita cakap tentang sesuatu tetapi yang dikehendaki adalah yang lain

Contoh: Itik pulang petang

Contoh:
نئوم الضحى
Na’uumu ad-Dhuha
Bangun pada waktu Dhuha.

Banyak tidur, bangun sama naik dengan matahari segalah

=> Orang ini kaya, ramai pembantu rumah. Boleh bangun lewat

Kiasan tentang kemewahan.

Contoh:

لا ترفع عصاك عن أهلك
Jangan sesekali kamu angkat tongkat dari kalangan ahli keluarga

BUKAN: buang tongkat, pukul
=> Jangan berhenti mendidik ahli keluarga

Contoh: زينب ناعمة الكفين
Dua tapak tangan Zainab lembut

=> Kiasan tentang kemewahan hidup

Keperluan Menggunakan Kinayah (Kiasan): Tidak mahu menggunakan perkataan yang buruk atau keras.

Contoh: لا تضع العصا فى الدولاب
Jangan letak tongkat dalam almari

=> Jangan buat sesuatu bukan pada tempatnya. Tongkat bukan dalam almari tempatnya

1. Kinayah Tentang Sifat: كناية عن صفة

ص ٦٧

1. Kinayah Tentang Sifat: كناية عن صفة

Contoh: hadis “المؤمن يأكل في معى واحد والكافر يأكل في سبعة أمعاء”

Makna: Orang beriman itu makan untuk satu perut sahaja dan orang kafir itu mereka makan untuk tujuh perut

=>Satu perut bermakna berpuas hati (cukup sekadarnya). Tujuh perut kiasan kepada sifat tamak haloba.

Contoh: محمد كثير الرماد
Makna: Muhammad itu banyak abunya

=> Muhammad itu mulia
Macam mana banyak abu, banyak membakar, banyak masak, banyak tetamu, orang mulia.

Kinayah tentang sifat mulia Muhammad

Dapurnya putih, periuk tidak berbunyi, sapu tangan pun tidak berbasuh.

=> Kedekut
Tidak payah basuh, masak

Contoh: يشار إليه بالبنان

Makna: Dituding kepadanya dengan ibu jari

Kiasan tentang kemasyhuran

Contoh: Syair Abu Nawas أبو نواس
Pisahkanlah bahumu daripada orang itu, berlalulah daripadanya dengan sejahtera

Kiasan tentang beralah, berdamai

“Ucapkanlah bye, bye. Assalamualaikum.”

2. Kinayah Tentang Orang/ Benda: كناية عن موصوف

2. Kinayah Tentang Orang/ Benda: كناية عن موصوف

Contoh:
تعلمت لغة الضاد

Makna: Saya telah belajar Bahasa Dhod (ض)

Bahasa huruf Dhod (Bahasa Arab)

Tiada bahasa di sunia ini yang ada huruf dhod kecuali Bahasa Arab

Contoh: قد جاء إليك النذير

Makna: Telah datang kepadamu peringatan

النذير = الشيب (uban)

Uban kiasan kepada peringatan

“Peringatan sudah banyak……”

Contoh: تصافحت مع خادم الحرمين

Saya telah bersalam dengan penjaga dua masjid Haramain

penjaga dua masjid Haramain خادم الحرمين kinayah kepada Raja Saudi

Bukan tukang jaga pintu tau!

Contoh: سافر أبي إلى مهبط الوحي

Makna: Bapa saya telah bermusafir ke Tempat Turun Wahyu

Tempat Turun Wahyu مهبط الوحي kinayah tentang negara Makkah

Contoh: أشكو من قلة الفأرة فى بيتي

Makna: Saya nak mengadu, tikus kurang di rumah saya

tikus kurang قلة الفأرة kinayah kepada kemiskinan

Contoh: رجعت إلى مسقط رأسي

Makna: Saya telah pulang ke tempat jatuh kepala saya

tempat jatuh kepala saya مسقط رأسي kinayah kepada tanahair

Contoh: ذهب ابني إلى شمس المشرقة

Makna: Anak saya pergi ke nagara matahari terbit.

matahari terbit شمس المشرقة kinayah kepada negara Jepun

3. Kinayah Tentang Nisbah: كناية عن نسبة

3. Kinayah Tentang Nisbah: كناية عن نسبة

ص ٦٧

Menggunakan sifat dan dikaitkan dengan mausuf (benda/ manusia)

Contoh: فى ثوب محمد الكرم

Makna: Dalam baju Muhammad ada kemuliaan

alaqah: baju

Contoh: في قلنسوة عمر أسد

Makna: Dalam songkok Umar ada singa

alaqah: songkok

Nisbah berani kepada Umar

Contoh: الجود في بيت حمتي

Makna: Pemurah itu ada di rumah mentua saya

Macam mana nak kenal? Nisbah ada 3 elemen.

Penghargaan Dan Terima Kasih:
1. Radio IKIM.fm
2. Ustazah Mona binti Jasman
3. Ustazah Aina Sabariah binti Mat Isa
4. Smileys zaazu.com dan wp-monalisa

Rujukan:
استاذ اسماعيل حسين. 1983. علم البلاغة للقسم التوجيهى. كوالا لمڤور: ڤرچيتقن ديوان بهاس دان ڤستاك

Scroll to Top