Terasa bagai dikejutkan daripada tidur yang lena tatkala seorang pelajar meluahkan rasa hatinya ketika kami sama-sama menghadiri majlis taalim…….. “Saya kena buat kerja sekolah tasrif, tengok blog ArabMykrk.com, tapi tak jumpa……….”
Sebelum itu pernah juga mendengar seorang sahabat menceritakan betapa banyak kerja sekolah anaknya. Pelajaran Nahwu dan Sorflah yang sedikit berat menurutnya.
Ah, cuainya saya….. Saya terlupa bahawa di bumi tercinta Malaysia ini masih lagi wujud sekolah yang menawarkan pembelajaran Bahasa Arab ala sekolah pondok……….
Saya juga hampir terlupa tahun hadapan anak saya bakal bersekolah di sana juga, in shaa Allah. Mungkin lantaran kerap disogokkan iklan teknik belajar Bahasa Arab tanpa perlu bersusah payah menghafal tasrif, saya alpa dengan tanggung jawab yang patut saya tunaikan.
Mohon maaf anak-anak semua……… doakan saya bangkit kembali. Semoga di akhirat Allah mengampunkan kecuaian ini, aamiiiiiin…….
Kali ini mari kita lihat perubahan-perubahan perkataan KATABA apabila ditasrif. Pada penghujung entri ini, saya telah siapkan nota dalam bentuk fail pdf untuk dimuat turun.
Klik saja butang berwarna biru yang tertulis DOWNLOAD itu. Boleh besarkan nota tersebut mengikut keselesaan masing-masing. Silalah cetak (print) atau simpan (save) sahaja fail itu.
Semoga bermanfaat.

Nota diadaptasi daripada buku teks Bahasa Arab Darjah Tiga Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor halaman 53-54.