نحو/NAHU: Tanda-tanda Isim

Print Friendly, PDF & Email

Assalamualaikum, pada pelajaran sebelum ini kita telah pelajari tentang isim yang boleh berubah-ubah (isim mutasarrif) dan isim yang kekal tidak boleh berubah baris mahupun bentuknya dalam apa jua keadaan (isim ghair mutasarrif).

Pada kali ini kita kenali pula apakah tanda-tanda sesuatu perkataan itu dikategorikan sebagai ‘ISIM’ mutasarrif.

Berdasarkan jadual di atas, tanda-tanda isim ada 5.

1. Jar – antara tanda jar / majrur ialah baris bawah pada huruf terakhir. Iaitu perkataan tersebut boleh menerima baris bawah pada huruf terakhirnya samada kerana:

1.1 Dimasuki huruf

– HURUF JAR
Contoh – bi (بِ) maknanya ‘dengan’
مـَرَرْتُ بـِـغـُـلاَم – Saya berjalan dengan seorang budak
– Huruf mim (م) pada perkataan غـُــلاَمٍ berbaris bawah. Majrur bil-harfi – (مجرور بالحرف)
Oleh itu, perkataan غـُــلاَمٍ adalah ISIM.

Contoh-contoh lain;
فـِى الـْمـَـدْرَسـَــةِ, عَلـَى الـْكـــُُرْسـِىّ ِ , فـِـى الـْــمـَــسـْــجـِِدِ, عـَلـَى الـْمـَكـْتــَبِ

– HURUF QASAM (SUMPAH)
Contoh – وَاللهِ، بـِـاللهِ، تـَاللهِ – Demi Allah
– Huruf-huruf wau, ba dan ta adalah huruf-huruf qasam.

Apabila huruf-huruf qasam ini masuk pada sesuatu perkataan contohnya di sini iaitu Allah, maka huruf terakhir perkataan Allah iaitu (ه) berbaris bawah. Majrur bil-harfi – (مجرور بالحرف)
Oleh itu, perkataan الله adalah ISIM.

1.2 Idhofah – ‘sandaran’

Contoh – مَرَرْتُ بِغـُلاَم ِ زَيْدٍ – Saya berjalan dengan ‘budak’ Zaid.
Perkataan زَيْد menjadi sandaran kepada perkataan بِغـُلاَم ِ.
– Huruf dal (د) pada perkataan زَيْد berbaris bawah. Majrur bil-idhofah – (مجرور بالإضافة)
Oleh itu, perkataan زَيْد adalah ISIM.

Contoh-contoh lain;
بَــاب ُالـْــمَدْرَسَــةِ، سَــيّـَــارَة ُ الـْــمُدِيــر ِ، بـَــيـْــت ُ اللهِ، كِــتـَــابُ اللهِ – pintu sekolah, kereta guru besar, rumah Allah, kitab Allah.

1.3 Ikut-ikutan

Contoh – مَرَرْتُ بـِغـُلاَم ِ زَيْدِ الْفَاضِل – Saya berjalan dengan ‘budak’ Zaid yang budiman.
Perkataan الْفَاضِل berbaris bawah kerana mengikut ‘hukum’ perkataan زَيْدِ iaitu majrur.

Sekiranya perkataan زَيْد berbaris bawah. (مجرور بالإضافة)
Perkataan الْفَاضِل pula huruf lamnya berbaris bawah kerana majrur bit-tab’iah (مجرور بالتبعية)
Oleh itu, perkataan الْفَاضِل adalah ISIM.

Contoh lain;
كـُــنـْــت ُ فـِــى ز ِيـَــارَةِ صَــدِيــق ٍ كـَــر ِيــمٍ – Saya menziarahi kawan yang mulia.

2. Tanwin – Penerangan lanjut pada keluaran akan datang.

3. Nida’ – ‘Wahai’

Mana-mana perkataan yang boleh didahului oleh huruf nida’ (yaa – يـَــا – wahai, hai) sudah pastilah perkataan itu ISIM.

Contoh – يَا سَالِمَة ُ، يَا حَسَـنُ – Wahai Salimah, Wahai Hasan.

Oleh itu, perkataan ُ سَالِمَة dan حَسَـنُ adalah ISIM.

4. Alif Lam

Semua perkataan yang dimulai dengan alif lam (AL) adalah ISIM

Contoh – الرّ َجُلُ، الصّـَغِيرُ، الـْـبَنـَاتُ – lelaki itu, yang kecil, anak-anak perempuan itu.

5. Isnad Ilaih
(Dinisbahkan atau disandarkan kepadanya suatu benda atau kisah)

Samada ianya;
5.1 Fa’il (yang membuat, kata kerja aktif)

Contoh – قـَرَأ َ التِـّـلـْمِيْذ – Murid itu telah membaca.

5.2 Naib Fa’il

Contoh – كـُـتِبَ الدّ َرْسُ – Pelajaran itu telah ditulis

5.3 Mubtada’

Contoh – مُحَـمـّـَـَدٌ لـَمْ يُـسـَــافِــرْ – Muhammad tidak bermusafir.

DINISBAHKAN kepada murid, pelajaran dan Muhammad sesuatu perkara, kisah atau cerita iaitu;

Murid – ‘telah membaca’.
Pelajaran – ‘telah ditulis’.
Muhammad – ‘tidak bermusafir’

Oleh itu, perkataan التِـّـلـْمِـيْذ , الدّ َرْسُ dan مُحـَـمـّـَـدٌ adalah ISIM.

Soalan teka-teki lalu:
Berkaki dua mempunyai bulu,
macam serunai bising suaranya,
lehernya panjang terkulai selalu,
tolong namakan apa binatangnya?

Jawapan: Angsa

Soalan teka-teki:
TERBANG DAN NAMPAK
1. Kuda terbang dengan ________________
2. Gajah terbang nampak apa?
3. Seekor burung kecil hinggap atas sebuah kapal yang sedang belayar, tiba-tiba kapal itu tenggelam. Nampak _______________????

Tajuk berkaitan:
1. alif lam
2. Isim yang majrur
3. Muzakkar dan mu’annath
4. Contoh alif mamdudah
5. Thulathi mazid biharfin wahid
6. GALERI: ( Beg: مـِحـْـفـَـظـَة ) ( Payung: مـِـظـَـلــَّـة ) (Tuala Mandi: مـِـنـْـشـَـفـَـة )
7. Siapakah Yang Layak Kita Undi?

Rujukan;

1. حفى ناصف ومحمد دياب والشيخ مصطفى طموم ومحمد صالح. كتاب الدروس النحوية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الكتاب الثالث: وزارة المعارف العمومية

2. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله. شرح ابن عقيل على الألفية. سنقافورة وفينڠ: ملتزم الطبع والنشر مكتبة ومطبعة سليمان مَرْعَى

3. Rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm

2 thoughts on “نحو/NAHU: Tanda-tanda Isim”

  1. bagi orang yang tak pandai bahasa arab, blog ni memang selalu jadi tempat saya membaca dan memahami bahasa arab, bahasa al-quran.

    1. Terima kasih, saya bukanlah pandai, saya buat ini semua saja nak paksa diri menelaah semula pelajaran lama yang sudah banyak terlupa. Itulah sebabnya kadang-kadang sampai berpinar biji mata ulangkaji kitab yang dah nak hancur (sebab 3 beradik guna kitab yang sama).
      Jika ada kesilapan di mana-mana, saya berbesar hati menerima teguran dan bersedia membetulkan kesilapan tersebut.

Comments are closed.

Share/Save
Share/Save
Scroll to Top