Assalamualaikum. Alhamdulillah dengan izin Allah saya bersama empat pasang rakan yang lain berpeluang menjejakkan kaki ke Kemboja pada 9.6.2011 hingga 7.7.2011 tahun lalu. Pada mulanya memang terkejut apabila diputuskan jemaah masturat 40 hari kami dihantar ke sana.
Terbayang adakah di sana ada bilik mandi? Bercakap bahasa apa? Makan apa? Ya Allah, orang Malaysia……… Alhamdulillah, di sana kami memasak dengan menggunakan dapur arang atau kayu. Sumber tenaga elektrik, air paip, gas dan minyak masak amat mahal. Tidak ramai yang mampu…… tetapi setiap rumah ada berguni-guni beras………
Boleh dikatakan, “Hendak makan nasi, tanamlah padi. Hendak makan ayam, ternaklah ayam.”
Bagaimana jemaah kami yang seramai lima pasang itu belajar Bahasa Khmer? Alhamdulillah segala-galanya dengan izin dan bantuan Allah jua. Warganegara Kemboja yang menetap di Malaysia terpaksa pulang ke negara mereka untuk memperbaharui passport masing-masing. Selama tempoh menunggu passport siap dalam tempoh lebih kurang sebulan itulah mereka menyertai kami. Selepas seorang, seorang yang lain pula bersama kami.
Kami bukanlah menetap di sesuatu tempat. Sesebuah masjid atau rumah bagi wanita hanya dua hari sahaja kami diam di situ. Perjalanan kami telah ditentukan oleh jemaah Tabligh yang ada di sana.
Pemandangan Sepanjang Perjalanan di Kemboja ……… Sawah Padi………..
Baiklah, mari kita belajar cakap Bahasa Khmer. Sila bertalaqqi dengan orang Kemboja. Ayat-ayat di bawah perlu dibaca dengan ‘makhraj’ dan ‘hukum tajwidnya seumpama idgham, ikhfa’ yang betul. Nanti orang Kemboja pun tidak faham apa yang kita cakap……… Sebab apa? Sebab kurang sengau dan berdengung.
Peringatan: Sewaktu hendak bertanya tu agak-agaklah ye. Manalah tahu, ada soalan yang sensitif bagi sesetengah orang………
Anggota Badan:
Kebal | kepala |
---|---|
Penet | mata |
Dai sedam | Tangan kanan |
Dai cwen | Tangan kiri |
Cheng | kaki |
Lain-lain
Selan bong | Saya sayang abang |
---|---|
Soqsan | Bahagia /seronok |
Che | Sakit |
Penet tengai | Matahari |
Kai | Bulan |
Re | Atau |
Di Dapur
Teg kdau | Air panas |
---|---|
Teg troceek / Teg teciek | Air sejuk |
Skoo | Gula |
Ambal | Garam |
Ktem krohom | Bawang merah |
Ktem saw | Bawang putih |
Lemier | Kunyit |
Kenyai | Halia |
Becu pel | Asam Jawa |
Kii | Belacan |
Slek ktem | Daun bawang |
Slek kimyee / Slek sop | Daun sup |
Qwal slat ckrei | Batang serai |
Sau sai | Tepung beras |
Sau selai | Tepung gandum |
Hal | Pedal |
Perkenalan, Ucapan Dan Pertanyaan
Soq sebai tey? | Apa khabar? |
---|---|
Soq sebai | Khabar baik |
Sebai | baik |
Cemuh ai? | Siapakah nama awak? |
Ayyuk pon man? | Berapakah umur kamu? |
Ka hai nau? | Awak sudah berkahwinkah? |
Kon man? | Ada berapa orang anak? |
Pteh nau na? | Rumah di mana? |
Akon ceran | Terima kasih banyak-banyak |
Akon | Terima kasih |
Ceran | Banyak |
Moq dal hai. | Selamat datang. |
Mao angkoi. | Jemput duduk. |
Ancen col | Sila masuk |
Ancen koi | Sila duduk |
Lei hai. | Minta diri dulu…… |
Prai knong. | Datang lagi |
Moq tiet | Datang lagi |
Ketup teg nau na? | Di manakah bilik air? |
Mien kethang moj teg ot? | Ada baldi tak? |
Pedai/suamai | Suami |
Kon proh | Anak lelaki |
Bong proh | Abang |
Bong serai | Kakak |
Mier | Makcik |
Dakwah
Men cok cei le agama Allah. | Kejayaan dalam agama Allah. |
---|---|
Dunia banda asan, akhirat amatak. | Dunia sementara, akhirat kekal. |
Allah mein samat te phiyep, Makhluk ke mien samat te phiyep. | Allah Berkuasa, Makhluk tiada apa-apa kuasa. |
Semyang oi kon sao syurga. | Solat anak kunci syurga. |
Ilmu dang halal haram. | (Dengan) ilmu kita mengetahui halal haram. Dang = tahu. |
Nek na zikir Allah selan. | Orang yang berzikir dicintai Allah. |
Nekna-nekna hai zikir ceran-ceran, Allah owe col syurga teg mog nyenyum. | Sesiapa banyak berzikir, Allah bagi masuk syurga di dalam keadaannya tersenyum-senyum. |
Allah selan vei no selan manusia. | Allah mengasihi orang yang mengasihi sesama manusia. |
Ikhlas niat benthom amal. | Niat yang ikhlas membesarkan nilai amal. |
Angkoi chet-chet klea. | Duduk rapat-rapat. |
Pram amal masjid. | 5 amal masjid. (Pram = 5). |
Pram mooi sifat sahabat. | 6 sifat sahabat. (Pram mooi = 6). |
Serai. | Wanita. |
Bai ngai pleam-pleam. | 3 hari tunai. |
Cong ceng bei ngai ot? | Nak keluar tiga hari? |
Cong dak cemuh ot? | Mahu tulis nama (dalam tasykil)? |
Chen bai tengai pon man dong hai? | Keluar 3 hari sudah berapa kali ? |
Sai sap tengai. | 40 hari. |
Bon kai. | 4 bulan. |
Kredit gambar: http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/?page_id=193
Sejarah Kemboja: Klik sini
Status saya di Fb berkenaan Kemboja: