النحو / Nahwu / Nahu / Arabic Grammar

Nahwu Bahasa Arab – Arabic Grammar

نحو/NAHU: Tanwin Tamkin

Assalamualaikum,
Pada bulan lepas kita telah pelajari tentang tanda-tanda sesuatu perkataan itu dikenal pasti sebagai ‘isim’. Salah satu di antara tanda-tandanya ialah TANWIN.

Walaupun tanwin ada empat bahagian, saya akan menerangkan hanya dua bahagian sahaja, iaitu Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah dan Tanwin Ta’wiidh.

Apa itu tanwin? Tanwin ialah baris dua, seperti di bawah ini;

tanwin

Dalam pelajaran ‘Imla’ – املاء ’ @ ejaan @ spelling, kami diajar apabila sesuatu huruf itu berbaris DUA DI ATAS, maka ianya hendaklah diikuti dengan huruf alif. Silalah rujuk al-Qur’an, banyak contoh di sana.

Baiklah, ssekarang kita terus saja fokus kepada inti pelajaran kita hari ini iaitu Tanwin Tamkin atau disebut juga Tanwin al-Amkaaniah. Untuk pelajaran kali ini saya banyak merujuk kepada rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm yang disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.30 pagi.

Sila perhatikan diagram di bawah ini;

Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah
Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah

Tanwin Tamkin terbahagi kepada tiga bahagian;

1. Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat.

(Inilah ‘hukum’ yang biasanya diguna pakai). Di dalam contoh-contoh di bawah ini sila amati perubahan baris yang berlaku kepada perkataan Muhammad محمد .

2. Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat TETAPI ia tidak tanwin.

( ممنوع من الصرف / غير المنون )
Isim yang bergelar ( ممنوع من الصرف/ غير المنون) ini tidak boleh menerima sama ada;

i. Baris tanwin (baris dua).
ii. Baris kasrah / bawah.

Oleh itu;
– Ia MARFU’ dengan baris satu di hadapan.
– Ia MANSUB dengan baris satu di atas.
– Ia MAJRUR dengan baris satu di atas.

*** InsyaAllah bulan Februari tahun 2010 (kalau panjang umur) kita akan menyentuh tentang hal ini secara lebih lanjut lagi.

Di dalam contoh-contoh ayat di bawah ini, cuba anda perhatikan nama-nama berikut;
أحمد، عثمان، فاطمة، عائشة

3. Tidak berubah baris DAN tidak tanwin.

Untuk perbincangan kali ini, kita akan hanya melihat contoh Isim Isyarah
هـَـٰـؤُلاَءِ

Walaupun tidak boleh menerima tanwin dan apa-apa perubahan langsung sama ada rupa bentuk mahupun baris, ia tetaplah ISIM, demikian juga dengan perkataan-perkataan pada nombor 2 iaitu; أحمد، عثمان، فاطمة، عائشة

Asalkan kata nama, ia adalah ISIM. Bukan feel, bukan huruf. Itu saja. Mohon maaf atas apa-apa yang terkurang ye.

Wassalam.

Soalan teka-teki lalu:
TERBANG DAN NAMPAK
1. Kuda terbang dengan ________________
2. Gajah terbang nampak apa?
3. Seekor burung kecil hinggap atas sebuah kapal yang sedang belayar, tiba-tiba kapal itu tenggelam. Nampak _______________????

Jawapan:
1. Kuda terbang dengan susah payahnya……
2. Gajah terbang nampak pelik…….
3. Nampak sangat penipu. Ada ke patut, burung cinoni (kecil) boleh menyebabkan kapal yang besar tenggelam? Tak patut, tak patut…….

Soalan teka-teki:
Duduk bersembang bersama Puteri,
Sambil bersembang sutera ditenun,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?

Tajuk berkaitan:
1. Cara membariskan nama lelaki dan perempuan
2. Jawapan Tamrin / Latihan – Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)
3. Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)
4. Kamus
5. (مَـنْ:Siapakah),(مـَــا:Apakah),(أ:Adakah),(َهَـٰـذ َا:Ini),(نـَعَـمْ:Ya),(لاَ:Tidak)
6. Jawapan Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
7. I’rab

Rujukan;

1. حفى ناصف ومحمد دياب والشيخ مصطفى طموم ومحمد صالح. كتاب الدروس النحوية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الكتاب الثالث: وزارة المعارف العمومية

2. Rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm

I’RAB : IRAB : اعراب

مـَــرَرْت ُ بـِــغـُــلاَمٍ

مَرَرْت ُ (مَرَرْ) : فعل ماضى مبنى على السكون لاتصاله بضمير ر فع متحرك
ت ُ) : ضمير بارز متصل مبنيّ على الضم فى محل رفع فاعل
بـِــغـُــلاَمٍ (الباء) : حرف ُ جَـرٍّ
غلام) : مجرور بالباء. علامة جره كسرة ظاهرة فى آخره

مـَــرَرْت ُ بـِــغـُــلاَم ِ زَيـْـدٍ

مَرَرْت ُ (مَرَرْ) : فعل ماضى مبنى على السكون لاتصاله بضمير ر فع متحرك
ت ُ) : ضمير بارز متصل مبنيّ على الضم فى محل رفع فاعل
بـِــغـُــلاَمٍ (الباء) : حرف ُ جَـرٍّ
غلام) : مجرور بالباء. علامة جره كسرة ظاهرة فى آخره. وهو مضاف
زَيـْـدٍ : مضاف إليه مجرور. علامة جره كسرة ظاهرة فى آخره

مـَــرَرْت ُ بـِــغـُــلاَم ِ زَيـْـدِن ِ الـْــفـَــاضِـل

مَرَرْت ُ (مَرَرْ) : فعل ماضى مبنى على السكون لاتصاله بضمير ر فع متحرك
ت ُ) : ضمير بارز متصل مبنيّ على الضم فى محل رفع فاعل
بـِــغـُــلاَمٍ (الباء) : حرف ُ جَـرٍّ
غلام) : مجرور بالباء. علامة جره كسرة ظاهرة فى آخره. وهو مضاف
زَيـْـد : مضاف إليه مجرور. علامة جره كسرة ظاهرة فى آخره
(ن ِ) : (؟)
الـْــفـَــاضِـل : صفة مجرور. علامة جره كسرة ظاهرة فى آخره

قـَــرَأ َ الـتـِّــلـْــمـِــيذ

قـَــرَأ : فعل ماضى مبني على الفتح. لا محلّ َ له من الإعراب
الـتـِّــلـْــمـِــيذ : فاعل مرفوع. علامة رفعه ضمة ظاهرة فى آخره

كـُــتِب َ الدّ َرْسُ

كـُــتِب : فعل ماضى مجهول مبني على الفتح. لا محلّ َ له من الإعراب
الدّ َرْسُ : نائب الفاعل مرفوع. علامة رفعه ضمة ظاهرة فى آخره

مـُــحـَــمـّـَــدٌ لـَــمْ يـُــسـَــافـِــرْ

مـُــحـَــمـّـَــدٌ : مبتداء مرفوع. علامة رفعه ضمة ظاهرة فى آخره
لـَــمْ : حرف نفي وجزم وقلب
يـُــسـَــافـِــرْ : فعل مضارع مجزوم بلم. علامة جزمه سكون ظاهر فى آخره
وفاعله ضمير مسـتــتــر جوازا تقديره – هُــوَ
الجملة من الفعل والفاعل فى محل رفع خبر المبتداء

يـَــا سـَــالِــمَــة

يَــا : حرف النداء
سَــالِــمـَــة ُ : منادى المفرد العلم مبني على ما يرفع به وهو الضمة

*** Kalau ada kesilapan, sila tulis pada ruangan komen, terima kasih.

Rujukan:
Nota sekolah (المدرسة البوقيسية للتربية الإسلامية، تمفوء، بنوت، جوهر)

نحو/NAHU: Tanda-tanda Isim

Assalamualaikum, pada pelajaran sebelum ini kita telah pelajari tentang isim yang boleh berubah-ubah (isim mutasarrif) dan isim yang kekal tidak boleh berubah baris mahupun bentuknya dalam apa jua keadaan (isim ghair mutasarrif).

Pada kali ini kita kenali pula apakah tanda-tanda sesuatu perkataan itu dikategorikan sebagai ‘ISIM’ mutasarrif.

Berdasarkan jadual di atas, tanda-tanda isim ada 5.

1. Jar – antara tanda jar / majrur ialah baris bawah pada huruf terakhir. Iaitu perkataan tersebut boleh menerima baris bawah pada huruf terakhirnya samada kerana:

1.1 Dimasuki huruf

– HURUF JAR
Contoh – bi (بِ) maknanya ‘dengan’
مـَرَرْتُ بـِـغـُـلاَم – Saya berjalan dengan seorang budak
– Huruf mim (م) pada perkataan غـُــلاَمٍ berbaris bawah. Majrur bil-harfi – (مجرور بالحرف)
Oleh itu, perkataan غـُــلاَمٍ adalah ISIM.

Contoh-contoh lain;
فـِى الـْمـَـدْرَسـَــةِ, عَلـَى الـْكـــُُرْسـِىّ ِ , فـِـى الـْــمـَــسـْــجـِِدِ, عـَلـَى الـْمـَكـْتــَبِ

– HURUF QASAM (SUMPAH)
Contoh – وَاللهِ، بـِـاللهِ، تـَاللهِ – Demi Allah
– Huruf-huruf wau, ba dan ta adalah huruf-huruf qasam.

Apabila huruf-huruf qasam ini masuk pada sesuatu perkataan contohnya di sini iaitu Allah, maka huruf terakhir perkataan Allah iaitu (ه) berbaris bawah. Majrur bil-harfi – (مجرور بالحرف)
Oleh itu, perkataan الله adalah ISIM.

1.2 Idhofah – ‘sandaran’

Contoh – مَرَرْتُ بِغـُلاَم ِ زَيْدٍ – Saya berjalan dengan ‘budak’ Zaid.
Perkataan زَيْد menjadi sandaran kepada perkataan بِغـُلاَم ِ.
– Huruf dal (د) pada perkataan زَيْد berbaris bawah. Majrur bil-idhofah – (مجرور بالإضافة)
Oleh itu, perkataan زَيْد adalah ISIM.

Contoh-contoh lain;
بَــاب ُالـْــمَدْرَسَــةِ، سَــيّـَــارَة ُ الـْــمُدِيــر ِ، بـَــيـْــت ُ اللهِ، كِــتـَــابُ اللهِ – pintu sekolah, kereta guru besar, rumah Allah, kitab Allah.

1.3 Ikut-ikutan

Contoh – مَرَرْتُ بـِغـُلاَم ِ زَيْدِ الْفَاضِل – Saya berjalan dengan ‘budak’ Zaid yang budiman.
Perkataan الْفَاضِل berbaris bawah kerana mengikut ‘hukum’ perkataan زَيْدِ iaitu majrur.

Sekiranya perkataan زَيْد berbaris bawah. (مجرور بالإضافة)
Perkataan الْفَاضِل pula huruf lamnya berbaris bawah kerana majrur bit-tab’iah (مجرور بالتبعية)
Oleh itu, perkataan الْفَاضِل adalah ISIM.

Contoh lain;
كـُــنـْــت ُ فـِــى ز ِيـَــارَةِ صَــدِيــق ٍ كـَــر ِيــمٍ – Saya menziarahi kawan yang mulia.

2. Tanwin – Penerangan lanjut pada keluaran akan datang.

3. Nida’ – ‘Wahai’

Mana-mana perkataan yang boleh didahului oleh huruf nida’ (yaa – يـَــا – wahai, hai) sudah pastilah perkataan itu ISIM.

Contoh – يَا سَالِمَة ُ، يَا حَسَـنُ – Wahai Salimah, Wahai Hasan.

Oleh itu, perkataan ُ سَالِمَة dan حَسَـنُ adalah ISIM.

4. Alif Lam

Semua perkataan yang dimulai dengan alif lam (AL) adalah ISIM

Contoh – الرّ َجُلُ، الصّـَغِيرُ، الـْـبَنـَاتُ – lelaki itu, yang kecil, anak-anak perempuan itu.

5. Isnad Ilaih
(Dinisbahkan atau disandarkan kepadanya suatu benda atau kisah)

Samada ianya;
5.1 Fa’il (yang membuat, kata kerja aktif)

Contoh – قـَرَأ َ التِـّـلـْمِيْذ – Murid itu telah membaca.

5.2 Naib Fa’il

Contoh – كـُـتِبَ الدّ َرْسُ – Pelajaran itu telah ditulis

5.3 Mubtada’

Contoh – مُحَـمـّـَـَدٌ لـَمْ يُـسـَــافِــرْ – Muhammad tidak bermusafir.

DINISBAHKAN kepada murid, pelajaran dan Muhammad sesuatu perkara, kisah atau cerita iaitu;

Murid – ‘telah membaca’.
Pelajaran – ‘telah ditulis’.
Muhammad – ‘tidak bermusafir’

Oleh itu, perkataan التِـّـلـْمِـيْذ , الدّ َرْسُ dan مُحـَـمـّـَـدٌ adalah ISIM.

Soalan teka-teki lalu:
Berkaki dua mempunyai bulu,
macam serunai bising suaranya,
lehernya panjang terkulai selalu,
tolong namakan apa binatangnya?

Jawapan: Angsa

Soalan teka-teki:
TERBANG DAN NAMPAK
1. Kuda terbang dengan ________________
2. Gajah terbang nampak apa?
3. Seekor burung kecil hinggap atas sebuah kapal yang sedang belayar, tiba-tiba kapal itu tenggelam. Nampak _______________????

Tajuk berkaitan:
1. alif lam
2. Isim yang majrur
3. Muzakkar dan mu’annath
4. Contoh alif mamdudah
5. Thulathi mazid biharfin wahid
6. GALERI: ( Beg: مـِحـْـفـَـظـَة ) ( Payung: مـِـظـَـلــَّـة ) (Tuala Mandi: مـِـنـْـشـَـفـَـة )
7. Siapakah Yang Layak Kita Undi?

Rujukan;

1. حفى ناصف ومحمد دياب والشيخ مصطفى طموم ومحمد صالح. كتاب الدروس النحوية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الكتاب الثالث: وزارة المعارف العمومية

2. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله. شرح ابن عقيل على الألفية. سنقافورة وفينڠ: ملتزم الطبع والنشر مكتبة ومطبعة سليمان مَرْعَى

3. Rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm

نحو/NAHU: Bahagian Isim

Assalamualaikum, pelajaran kali ini sepatutnya kita belajar tentang muthanna (dua) dan jama’ (lebih daripada dua), tapi bila saya belek-belek kitab, nampaknya kita kena berundur ke belakang supaya pelajaran seterusnya tidak akan berlaku apa-apa masalah.
Maaflah ye, pelajaran Bahasa Arab lambat sikit saya terbitkan sebab untuk membuat artikel belajar Bahasa Arab ini saya perlu membuat sedikit penyelidikan (cewah) dan mengambil kira aspek metodologi, pedagogi, psikologi dan entah apa-apa ‘gi’ lagi…….(agaknyelah…)
Ok, kita mulakan sekarang….
pelbagai isim

Isim dibahagikan kepada dua bahagian;


1. الإسـْمُ الـْمـُتـَصـَرِّف ُ هُوَ مَا يـُثـَنـَّى وَيـُجـْمَعُ وَ يُصَغـَّرُ وَيـُنـْسَبُ إ ِلـَيـْهِ


‘Isim Mutasarrif’ iaitu isim yang boleh berubah rupa bentuknya apabila menjadi muthanna (bukan mu’annath ye), – muthanna (مُــثـَــنـَّــى) maksudnya dua. Kalau B. Inggeris cuma ada 1 atau lebih daripada satu, B.Arab pula perubahan bentuk perkataan akan berlaku daripada 1 ke 2 (muthanna) atau lebih daripada 2 (jamak – جَـمع – jangan baris bawahkan huruf ج nanti maknanya lain pula) jamak, tasghir – tasghir maknanya (pengurangan, pengecilan, the diminutive pattern), juga ketika nasab.
Selain daripada itu, baris huruf terakhir juga boleh diubah mengikut kedudukannya di dalam ayat.

Isim Mutasarrif terdiri daripada;
1. Ismul alam – nama orang, nama negeri, seperti; Muhammad, Salimah, Johor
2. Ismul jins – jenis, seperti; bapa, kitab, pokok, lelaki
3. Ismul alat – benda, seperti; ‘ubat yang dimasukkan di dubur supaya buang air besar’, pemadam, anak kunci
4. Ismul makan – tempat – bukan ‘mamam’, seperti; masjid, asrama
5. Ismuz zaman – masa, seperti; hari, siang, bulan

Contoh perubahan:
كـِـتـَــابٌ boleh menjadi كـِــتـَــابـًــا atau كـِــتـَـابٍ atau كـِــتـَــابـَــانِ atau كـُــتـُــبٌ


2. الإسـْــمُ غـَــيـْــرُ الـْــمـُــتـَــصـَــرِّف ُ هُــوَ مـَــا يـُــلاَز ِمُ حـَــلـَــة ً وَاحـِــدَةً


Isim “Ghair Mutasarrif’ pula isim yang ‘kebal’. Heh, tak makan saman isim jenis ini! Walau apa pun kedudukannya di dalam ayat, memang macam itulah rupanya, tidak boleh berubah-ubah rupa bentuk mahupun barisnya.

Isim Ghair Mutasarrif terdiri daripada;
1. Isim Isyarah – tunjuk, seperti; ini (L), ini (P), itu(L), itu (P)
2. Dhamir – gantinama, seperti; awak, saya, dia (L), dia (P)
3. Isim ‘adad – bilangan, seperti; satu, dua, tiga
4. Isim Mausul – ‘yang’ (bukan ‘sayang’, ‘yang’) seperti; al-lazi – utk 1 (L), al-lati – utk 1 (P), al-laziina – utk ramai (L).
5. Isim Istifham – tanya, seperti; maa = maazaa (apa, apakah), bagaimana

Oleh yang demikian, kita tidak boleh mengubah contohnya;
هـُــوَ menjadi هـُــوُ atau هـُــوِ
atau أ َنـْــتَ (awak seorang lelaki) menjadi أ َنـْــتُ (antu? Oh, Tidak!)
atau كـَــيـْــفَ menjadi كـَــيـْــفُ atau كـَــيـْــفِ

Soalan teka-teki:
Berkaki dua mempunyai bulu,
macam serunai bising suaranya,
lehernya panjang terkulai selalu,
tolong namakan apa binatangnya?

Tajuk berkaitan:
1. هَـٰـذ َا : Ini
2. مَا هَـٰـذ َا : Apakah / Apa ini?
3. ذ َ ٰ لـِـكَ : itu
4. هـُــوَ ‘dia lelaki, ia jantan / muzakkar, he, it’ dan هـِــيَ’dia perempuan, ia betina / mu’annath, she, it
5. Perkataan Ada 3 Bahagian: الإسم والفعل والحرف

Rujukan:
1. سيدڠ ڤڠارڠ سينر جيميت سنديرين برحد. ٢٠٠٦  اللغة العربية للسنة الرابعة سلاڠور دار اڤحسان: سينر جيميت سنديرين برحد
2. محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو. بيروت : دار الفكر
3. e-alqamus
4. Hussain Sa’ad. 1999. TEKA-TEKI KBSR. Kelantan: Penerbitan PRISM. m.s 17

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Jawapan Tamrin / Latihan – Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)

١- عين فى الأسماءِ الآتية المذكر، والمؤنث

1. Kategorikan nama-nama di bawah ini samada lelaki (jantan) atau perempuan (betina):


نـَــبـِــيٌّ ، قـِــمـَــطـْــرٌ ، جـَــائـِــز َة ٌ ، خـَــنـْــسـَــاءٌ ، حـرب ، مــعــاوية ، رغـيــف ، بــحــر ، ســلمــى ، عــثــمــان
Jawapan:

Jawapan latihan 1

*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

٢- بين المذكر والمؤنث، وعلامته إن وجدت فى الأسماء الآتية

2. Jelaskan yang mana lelaki (jantan) dan perempuan (betina) serta berikan tandanya (sekiranya ada) pada nama-nama di bawah ini:

كرسي ، بيداء ، زينب ، دار ، أ ُذن ، حجرة ، ليلى مؤدب ، إبراهيم ، على ، قائد ، إنسان

Jawapan:


Jawapan latihan 2:  Jelaskan yang mana lelaki (jantan) dan perempuan (betina) serta berikan tandanya (sekiranya ada) pada nama-nama di atas

*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

٣- ما نوع المؤنث فيما يأتى؟

3.Nyatakan golongan perempuan (betina) perkataan-perkataan berikut, samada lafzi, ma’nawi atau majazi:

صفيـَّــة ، أرض ، سعدى ، كتف ، سعاد ، ريح ، حائض عصا ، طرفة، زكريا ، عـِــير ، جهنم

Jawapan:

Jawapan latihan 3: Nyatakan golongan perempuan (betina) perkataan-perkataan di atas, samada lafzi, ma’nawi atau majazi


*sila klik jadual di atas untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

Soalan teka teki lalu:
1. Binatang apakah yang semua anggota badannya di kepala?
2. Berkopiah bukannya ustaz, berjubah putih bukannya hafiz, berekor bukannya serban. Aaaaapa dia?

Jawapan:
1. Kutu
2. Taugeh

Tajuk berkaitan:
1.
Gambarajah dan contoh
2.
Penerangan
3.
Alif Maqsurah
4.
Alif Mamdudah
5.
Tip mengenal mu’annath
6.
Soalan latihan

Rujukan:
1.زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطىتيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) صفحة٩٣-٩٤
2. محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو. بيروت : دار الفكر

3. e-alQamus
4.kamus.javakedaton.com

Share/Save
Share/Save
Scroll to Top