Muntakhab Ahadith – الأحاديث المنتخبة

Muntakhab Ahadith – الأحاديث المنتخبة

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH / KEJAYAAN ADA DALAM KETAATAN – Hadith 195

Assalamualaikum, mahu bersiap-siap untuk sambutan malam tahun baru? Di masjid, di dataran mana-mana? Apa kata duduk sebentar dan hayati sabdaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini. Mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى memberi kita petunjukNya ke jalan yang benar. Aamiiiiiin.

Maksudnya:
(195) Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
“Apabila harta rampasan perang milik umum dikuasai oleh segelintir orang,
harta amanah dijadikan harta rampasan,
zakat dianggap sebagai hutang (denda),
ilmu pengetahuan dipelajari bukan untuk kepentingan agama (tetapi hanya untuk keperluan dunia),
laki-laki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
seseorang bersikap akrab (ramah) terhadap kawannya, tetapi bersikap jauh (acuh tidak acuh) terhadap bapanya,
suara-suara meninggi di masjid-masjid,
orang fasik menjadi pemimpin kabilahnya (kaumnya), orang yang paling hina (bersifat keji) menjadi pemimpin kaumnya (bangsanya),
seseorang dihormati karena takut akan kejahatannya,
munculnya para penyanyi wanita dan alat-alat muzik,
minuman-minuman keras mulai diminum (sebagai kebiasaan),
dan generasi umat sekarang mulai melaknat generasi umat terdahulu.
Kalau sudah demikian, maka bersiaplah-siaplah kerana
angin merah (yang ganas), gempa bumi, pembenaman manusia ke dalam tanah, perubahan bentuk muka (kepada bentuk yang buruk), hujan batu dari langit, dan tanda-tanda lainnya yang akan datang secara berurutan
seperti ikatan dawai yang bersusun manik-manik (biji tasbih) yang terputus talinya, maka berjatuhanlah ia secara berurutan.”
(Hr. Tirmidzi, katanya, Hadits ini ‘gharib’, bab Tanda-tanda datangnya bencana perubahan bentuk wajah dan pembenaman, Hadits nombor 2211)

Lain-lain Tajuk:
1. Doa Ummu Salamah ketika mengalami musibah
2. 5 Pintu Rezeki Untuk Da’i
3. Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat
4. RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 8
5. MUNTAKHAB AHADITH: IKHLAS: Celaan Terhadap Riya’ – Hadith 36.1238
6. Kelebihan Zikrullah, Ulama’ dan Penuntut Ilmu

Rujukan:
(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٨٥-٨٦
(2) Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 130-131

Pintu Rezeki Para Pendakwah

MUTIARA KATA UNTUK DAIE: 5 Pintu Rezeki Untuk Da’i

Pintu Rezeki Para Pendakwah
Pintu Rezeki Para Pendakwah

Bekerjalah mencari rezeki kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah رضي الله عـنه berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Sesiapa mencari keduniaan (harta) secara halal, dengan (maksud) untuk kebanggaan, menumpuk-numpuk, dan mempamerkan (hartanya kepada orang lain),

maka dia akan menemui Allah سبحانه وتعالى pada hari kiamat dalam keadaan Allah سبحانه وتعالى murka kepadanya.

(Sebaliknya) sesiapa mencari keduniaan (harta) secara halal, dengan (maksud) untuk mengelakkan diri daripada meminta-minta, berusaha untuk (memenuhi nafkah) keluarganya, serta bermurah hati kepada jiran tetangganya,

maka dia akan menemui Allah سبحانه وتعالى pada hari kiamat dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama.”

(Hr. Baihaqi dalam Syu’abul Iman VII/298)

Namun berwaspadalah wahai teman…. Allah SWT telah berfirman:

Surah at-Taubah 9, ayat 24
Surah at-Taubah 9, ayat 24

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika

i. bapa-bapa kamu dan
ii. anak-anak kamu dan
iii. saudara-saudara kamu dan
iv. isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan
v. kaum keluarga kamu dan
vi. harta benda yang kamu usahakan dan
vii. perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan
viii. rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(at-Taubah 9:24)

Kerana…. Kelebihan berjuang di jalan Allah telah dirakamkan di dalam ayat-ayat berikut:

1.
as-Sof 61, ayat 10

as-Sof 61, ayat 11
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;

yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(as-Soff 61:10-11)

2.
al-Fussilat 41, ayat 33

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,

serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

(Fussilat 41:33)

3. Sabda Rasulullah SAW:

keutamaan jihad
Keutamaan jihad 71.1336

Maksudnya: Dari Abu Umamah رضي الله عنه meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

Tiga macam manusia yang semuanya mendapat jaminan (perlindungan) Allah.

Jika masih hidup, mereka diberi rezeki dan dicukupi (segala keperluannya),

dan jika telah mati, Allah سبحانه وتعالى pasti memasukkannya ke dalam syurga:

(1) Orang yang memasuki rumahnya dan memberi salam, maka dia mendapat jaminan Allah.

(2) Orang yang pergi ke masjid, maka dia mendapat jaminan Allah, dan

(3) Orang yang keluar di jalan Allah, maka dia mendapat jaminan Allah.”

(Hr. Ibnu Hibban. Pentahqiq berkata, “Hadits ini shahih 2/252”)

Peringatan untuk diri saya:

* Meskipun Dhuha menduduki tempat kedua, saya boleh laksanakannya di tempat kerja tanpa menggunakan masa yang terlalu lama sehingga ‘mencuri’ hak majikan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menunaikan amalan infiradi panjang-panjang seusai urusannya dengan sesama makhluk contohnya pada waktu tengah malam.

Dunia tempat menunaikan hak, akhirat tempat menuntut hak. Mahukah saya menjadi muflis?

* Sebagai seorang yang mempunyai ‘kerja sampingan tidak bergaji’, saya sepatutnya mampu melaksanakan kerja dunia (cari rezeki) empat kali ganda lebih laju daripada orang lain.

Mustahilkah? Tidak! Kerana berkat melazimi amalan nombor 1 hingga 4, insyaAllah segala urusan saya dalam pertolongan Allah.

* Syarat utama agar datangnya bantuan Allah ialah saya mesti bertaqwa.

Orang yang bertaqwa itu penyerahan diri dan keyakinannya kepada Allah terlalu tinggi.

selalu: perbetulkan niat.
sentiasa: ikhlas dengan Allah.
bergantung terus: kepada Allah.
tidak kepada: usaha-usaha lahir.

Ciri-ciri Taqwa:
– Gerunkan Allah.
– Berpedomankan wahyu.
– Reda dengan takdir.
– Bersedia menghadapi kematian dengan menyediakan amal yang soleh.

* Kerja saya adalah ibadat kerana ketika bekerja banyak perintah Allah yang mesti saya patuhi seperti;

amanah,
tidak menipu dalam timbangan,
tidak melakukan sumpah palsu,
amar makruf nahi munkar,
membayar zakat,
menutup aurat,
tidak mengabaikan amalan fardu
dan banyak lagi.

* Semoga saya tidak menjadi fitnah kepada rakan-rakan dai yang lain.

* Siapakah da’i? Saya, kamu atau dia? Kita semua memikul tanggungjawab ini …….

* Sebenarnya rezeki MENGEJAR saya sebagaimana MAUT mengejar saya………
إن الرزق ليطلب العبد كما يطلبه أجله
“Sesungguhnya rezeki seseorang hamba itu akan mengejarnya sebagaimana maut mengejarnya.”

Rujukan:

1. Abu Basyir ad-Daiki al-Jawi. 2006. MUTIARA PARA DAI’. Kuala Lumpur: ABD. MAJID AHMAD. m.s 21
2. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٤ & ٣٩٨
3. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 662 & 723.
4. Ayat Qur’an
5. Terjemahan
6. ‘Tafsirul Qur’an’ Radio IKIM.fm (Ustaz Hj. Zahazan Mohamed)
7. Hadrat Syeikh Maulana Zakariya rah.a. 2001. FADHILAT TIJARAH (Panduan Mencari Nafkah Hidup). Kuala Lumpur: DARUL NU’MAN. m.s 11.

MUNTAKHAB AHADITH: IKHLAS: Celaan Terhadap Riya’ – Hadith 36.1238

Celaan Terhadap Riya 36.1238
Celaan Terhadap Riya' 36.1238

(36) Dari Anas bin Malik رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda, “Cukuplah seseorang dikatakan buruk, apabila dia menunjukkan jari-jari kepada dirinya dalam masalah agama atau dunia, kecuali orang yang dijaga oleh Allah.”

(Hr. Tirmidzi, bab Sesungguhnya bagi tiap sesuatu ada keburukannya, Hadits nombor 2453)

Keterangan:
Menunjukkan jari-jari kepada dirinya maksudnya ialah menginginkan kemasyhuran (membanggakan diri). Orang yang mempunyai kebiasaan seperti ini tidak akan terlepas daripada bahaya, kerana tidak mudah untuk menyelamatkan diri daripada perasaan bangga diri. Jika kemasyuran itu kewujudannya tidak disengajakan, tetapi pemberian Allah, maka dengan rahmat Allah سبحانه وتعالى dia akan terselamat daripada keburukan nafsu dan syaitan. Bagi orang yang ikhlas seperti ini, adanya kemasyhuran tidak akan berbahaya.

(Mazhaahirul Haqq)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٣
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 660-661

Muntakhab Ahadith: Doa Ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah
Doa Ditimpa Musibah

(246) Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Rasulullah saw. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ

اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ

لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا

Innaa lillahi wa innaa ilaihi roojiúun
Allahumma’ jurni fii musiibatii wa akhlif
lii khoirom minhaa

(versi lain) Innaa lillahi wa innaa ilaihi roojiúun
Allahumma aajurni fii musiibatii wakhluf
lii khoirom minhaa

(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),
melainkan Allah Swt. pasti memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya.”

Dia (Ummu Salamah r.ha) berkata, “Ketika Abu Salamah r.a. meninggal, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Nabi saw. kepadaku, sehingga Allah Swt. memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah saw.”

(Hr. Muslim, bab Ucapan/doa ketika ditimpa musibah, Hadits nombor 2127)

Lain-lain Tajuk:
1. Doa Memudahkan Tidur
2. Doa Qunut Nazilah
3. Solat Istikharah
4. Cara Mendapat Kasih Sayang Allah S.W.T
5. Maaf dan Mengabaikan Orang Yang Kurang Cerdik

Rujukan:
(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٢٤٩
(2) Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 458

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Hadith 4

4. Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah”. (H.R Tarmizi dan katanya: Hadith ini bertaraf ‘hasan, gharib’, bab doa orang Muslim mustajab, bil. 3383)

Keterangan: Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan kelslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah S.W.T. (Mazahir Haq)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٨
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 16-17

Scroll to Top