Muntakhab Ahadith – الأحاديث المنتخبة

Muntakhab Ahadith – الأحاديث المنتخبة

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH / IMAN – Hadith 3

3. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perbaharuilah iman kamu.” Para Sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya kami memperbaharui iman kami?” Baginda s.a.w. bersabda: “Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (H.R Ahmad, Tabrani, Isnad Ahmad bertaraf ‘hasan’, At-Targhib 2/415)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٨
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 16-17

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Hadith 2

2. Daripada Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada pakcikku (Abu Talib ketika hampir kematiannya) – namun dia menolaknya, nescaya kejayaan baginya”. (H.R.Ahmad 1/6)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٨
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 16-17

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Hadith 1

1. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T)

dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”.

(H.R.Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

MALU: Menurut ulama’: Hakikat malu ialah maninggalkan perbuatan keji dan menahan diri daripada mengabaikan hak orang yang mempunyai hak.

(Riadus Solihin: bil. 684)

Rujukan:

1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٨
2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 16-17

الأحاديث المنتخبة MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Ayat-ayat Al-Qur’an

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfal 8: ayat 2)

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya.
(An-Nisa’ 4: ayat 175)

Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)

(Al-Mu’min / Ghaafir 40: ayat 51)

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Al-An’am 6: ayat 82)

وَٱلـَّــذِيــنَ ءَامَـنـُــوٓا ْ أ َشَـــدُّ حُـــبًّـا لـِّــلـَّــهِ

Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.
(Al-Baqarah 2: ayat 165)

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An’am 6: ayat 162)

Rujukan:
1. Ayat-ayat Al-Qur’an :
http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/006.html
3. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة:١٧ – ١٨
4. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 14-15

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Pengertian Iman

Pengertian Iman menurut bahasa ialah membenarkan perkataan seseorang dengan sepenuhnya serta percaya terhadapnya. Sedangkan menurut istilah agama Iman bererti membenarkan apa-apa yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sepenuhnya tanpa perlu bukti yang nampak nyata serta percaya dan yakin terhadapnya.

Rujukan:

1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٧
2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 14

Scroll to Top