HADITH / HADIS / الحديث النبوي

Hadith Akhir Zaman, Muntakhab Ahadith, Ramadhan, Riadhus Solihin, dan lain-lain.

LAILATUL QADR: Sebenarnya Bila?

Lailatul Qadr - Hadith 4
Lailatul Qadr - Hadith 4


4. Daripada Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Carilah Lailatul Qadr pada yang ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan.”

(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

Bukhari dan Muslim, Hadith Sahih, Hadith Hasan, Ciri-ciri Hadith Hasan, Hadith Dhaif

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 71

LAILATUL QADR Dan Hari Raya, MasyaAllah! Kalaulah Kita Memahami…

Lailatul Qadr - Hadith 3
Lailatul Qadr - Hadith 3


3. Daripada Hazrat Anas رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Apabila tiba Lailatul-Qadr, turunlah Jibrail عليه السلام bersama sekumpulan para malaikat

memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah سبحانه وتعالى

dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah, maka Allah سبحانه وتعالى akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya.

Dia berfirman “Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?” Mereka berkata “Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Allah سبحانه وتعالى berkata lagi “Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan fardhuKu ke atas mereka,

kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa — Demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti aku menerima doa-doa mereka.

Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman (kepada hamba-hamba itu) – penterjemah. “Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Kutukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan.”

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “Lalu mereka pun pulang dalam keadaan telah terampun.”

(Hadith riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman sebagaimana dalam al-Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 69

LAILATUL QADR: Awas Jangan Terlepas! Mengapa?

Lailatul Qadr - Hadith 2
Lailatul Qadr - Hadith 2


2. Hazrat Anas رضي الله عنه berkata “Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan,

sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah, sanadnya ‘hasan’ insya Allah sebagaimana dalam Kitab at-Targhib dan al-Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 65

LAILATUL QADR: Ganjaran Beribadat Pada Malam Lailatul Qadr

Lailatul Qadr - Hadith 1
Lailatul Qadr - Hadith 1


1. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatul-Qadr dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran)

akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun ‘alaih) – at-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 63

Bukhari dan Muslim, Hadith Sahih, Hadith Hasan, Ciri-ciri Hadith Hasan, Hadith Dhaif

RAMADHAN: Bolehkah Sengaja ‘Malas’ Berpuasa Ramadhan?

Ini kes orang yang malas berpuasa Ramadhan
Sengaja Berbuka Puasa Ramadhan Tanpa Alasan Yang Dibenarkan Syara’

10. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa dengan sengaja – walaupun hanya) sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit,
dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, meskipun sekiranya dia dapat melakukannya (mengqadha’nya).”

(Hadith riwayat Ahmad, at-Turmuzi, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Bukhari – al-Misykah, Syarah Bukhari)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 53

 

Scroll to Top