HADITH / HADIS / الحديث النبوي

Hadith Akhir Zaman, Muntakhab Ahadith, Ramadhan, Riadhus Solihin, dan lain-lain.

RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 4

4: Abu Musa Al-Asy’ari r.a. berkata, “Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang telah melakukan maksiat pada siang hari, juga mengulurkan tangan kemurahanNya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdosa pada waktu malam. Keadaan itu tetap berlangsung hingga matahari terbit dari arah Barat.”
(Muslim)

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 26

Allah Gembira Menerima Hamba-Nya Bertaubat

RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 3: Allah Gembira Menerima Taubat Hamba

Allah Gembira Menerima Hamba-Nya Bertaubat
Allah Gembira Menerima Hamba-Nya Bertaubat

Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya, melebihi kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba,

untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”

(Bukhari, Muslim)

Dalam riwayat Muslim: “Sungguh Allah SWT lebih suka menerima taubat seseorang hamba-Nya, melebihi dari kesenangan orang yang berkenderaan di hutan, kemudian hilang daripadanya,

sedangkan kenderaan itu penuh dengan bekal makanan dan minumannya, sehingga ia patah harapan untuk mendapatkannya kembali.

Lalu dia duduk di bawah pohon dengan kecewa dan putus asa.

Tiba-tiba ketika dia bangun dari tidurnya, kenderaannya telah ada kembali di hadapannya lengkap dengan bekalan,

maka segera ia pegang kendalinya sambil berkata, “Ya Allah Engkau hambaku, dan Aku Tuhan-Mu.”

(Terlanjur / keliru lidahnya kerana sangat gembira.)”

*** Sepatutnya dia berkata, “Ya Allah Engkau Tuhanku dan Aku hamba-Mu.”

Tetapi tersasul lidahnya sebagaimana di atas itu.

Maka Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kegembiraan orang yang menemukan kembali harapannya itu.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 25 – 26

Taubat versi B. Arab dan B. Inggeris: http://www.guidedways.com/riadusaleheen/chapter_display.php?book=0&chapter=2&arabic=1

Hadis ini di fb: https://www.facebook.com/hadith.nabi (klik)

Hadis Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari

RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 2: Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari

Hadis Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari
Hadis Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari

Al-Agharr bin Yasar Al-Muzniy r.a. berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Hai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristighfarlah (mintalah ampun) kepada-Nya,

maka sesungguh saya bertaubat (istighfar) setiap hari seratus kali.”

(Muslim)

Keterangan:

Demikianlah didikan Rasulullah SAW kepada kita umat Islam yang percaya kepada ajaran-Nya. istighfar itu bagi manusia merupakan suatu alat yang terbaik untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Taubat mengandungi pengertian pengakuan sebagai hamba yang lemah, di samping pengakuan terhadap kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya yang mutlak tidak terbatas.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 24 – 25

Hadis ini di FB: Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari (klik)

Hadis Sehari Taubat Lebih 70 Kali

RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 1: Taubat 70 Kali Sehari

Hadis Sehari Taubat Lebih 70 Kali
Hadis Rasulullah Bertaubat Lebih 70 Kali Sehari

Sayyidina Abu Hurairah r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (minta ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih daripada tujuh puluh kali.”

(Bukhari)

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 24

Hadis ini di FB: Taubat 70 Kali Sehari (klik)

Scroll to Top