HADITH / HADIS / الحديث النبوي

Hadith Akhir Zaman, Muntakhab Ahadith, Ramadhan, Riadhus Solihin, dan lain-lain.

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 4

4: Jabir bin Abdullah r.a berkata: “Ketika kami bersama Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan, tiba-tiba Nabi s.a.w. bersabda, ” Sesungguhnya di Madinah ada bebcrapa orang, tidaklah setiap kali kamu melalui jalan, atau menyeberangi lembah, melainkan mereka sentiasa menyertai kamu (menyekutui kamu) pahalanya. Mereka tertahan oleh penyakit.”

(Muslim)

Di mana saja kamu berjalan, baik mendaki atau menurun, mereka tetap menyekutui kamu dalam pahala, kerana kesungguhan niat, sedang mereka tertahan oleh udzur. Demikianlah pengaruh niat.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 13

Pokok Gharqad – The Tree of Jews (Pokok Yahudi)

حَدَّثـَنـَا قـُتـَيْبَة ُ بْنُ سَعِـيدٍ حَدَّثـَنـَا يَعْـقـُوبُ
يَعْنِى ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
– َعَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أ َبـِيهِ عَنْ أ َبـِى هُرَيْرَة-
أ َنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قـَـالَ
لاَ تَقـُومُ السَّاعَة ُحَتـَّى يُقـَاتِلَ الـْمُسْـلِمُونَ الـْيَهُودَ
فـَيَقـْتـُلـُهُمُ الـْمُسْـلـِمُونَ حَتـَّى يَخْتـَبـِئَ الـْيَهُودِىُّ
مِنْ وَرَاءِ الـْحَجَر ِ وَالشَّجَر
فـَيَقـُولُ الـْحَجَرُ أ َو ِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ
هَذ َا يَهُودِىٌّ خَلـْفِى فـَتَعَالَ فـَاقـْتُلـْهُ
إ ِلاَّ الـْغـَرْقَدَ فـَإ ِنـَّهُ مِنْ شَجَر ِ الـْيَهُودِ
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi.

Maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi.

Apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.

Bagaimakah rupa pokok gharqad atau dikenali juga sebagai pokok Yahudi ini?

gambar pokok gharqad
gambar pokok gharqad
gambar pokok gharqad
gambar pokok gharqad
gambar daun pohon gharqad
gambar daun pohon gharqad
gambar bunga pohon gharqad
gambar bunga gharqad
gambar bunga gharqad
buah gharqad, pokok yahudi
buah gharqad, pokok yahudi
buah gharqad, pokok yahudi

Sumber:
AMIN AL-KALANTANI
Wikipedia
Except for the Gharqad Tree
Gharqad Tree

Gambar:
Islamnuri.com
Alsirhan.com

Waktu Senja: Apa Yang Patut Kita Buat?

Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Ibn Majah mentakhrij hadis dari Jabir r.a., bahawasanya Rasulullah sa.w. berkata (maksudnya)

“Apabila telah datang senja hari, (menjelang malam),maka jagalah anak-anakmu, sebab saat itu syaitan sedang berkeliaran. Dan ketika malam sudah berjalan beberapa waktu, maka asingkan mereka (di dalam rumah) dan tutuplah pintu-pintu runahmu, lalu sebutlah nama Allah. Sebab, syaitan tidak pernah membuka pintu yang tertutup. Tutupilah semua bejanamu, dan sebutlah nama Allah S. W.T, dan kalau kamu hendak mengeluarkan sesuatu darinya, maka padamkanlah lampumu.”

Redaksi yang terdapat dalam Shahih Al-Bukhari berbunyi sebagai berikut: Dari Jabir ra., dari Nabi s.a.w., bahawasanya beliau bersabda (maksudnya),


“Jika malam telah tiba (ketika engkau berada pada waktu petang), maka tahanlah anak-anakmu. Sebab, saat itu syaitan sedang berkeliaran. Dan kalau sudah lewat satu saat (jam) sesudah ‘Isya, maka kurunglah mereka dalam rumah. Kuncilah pintu dan sebutlah nama Allah. Padamkan lampu-lampu kalian dan sebutlah nama Allah. Tutupi tempat air kalian dan sebutlah nama Allah, dan tudungi wadah-wadah kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun engkau akan mengeluarkan sesuatu darinya.”

Ketika menjelaskan hadis ini, Ibn Hajar Al-‘Asqalani mengatakan, “Ibn Al-Jawziy mengatakan bahawa kekhuatiran terhadap anak-anak saat itu kerana najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri mereka, dan zikir yang mencegah gangguan syaitan tidak dimiliki oleh anak-anak itu.

Ketika syaitan-syaitan berkeliaran biasanya bergantungan pada apa saja yang boleh mereka jadikan gantungan. Kerana itu dikhuatirkan terjadi hal-hal yang tidak diinginkan pada anak-anak itu. Hikmah yang ada pada berkeliarannya syaitan-syaitan itu adalah kerana gerakan mereka pada malam hari lebih hebat dari di siang hari. Sebab, kegelapan dapat menghimpun kekuatan mereka. Demikian pula halnya dengan segala yang berwarna hitam. Itulah sebabnya, maka dalam hadis Abi Dzar disebutkan bahawa, “Anjing hitam itu adalah syaitan.” Hadis ini di-takhrij oleh Muslim. (Lihat Fat-h Al-Bari fi Syarh Shahih Al-Bukhari, jilid VI, hlm. 393.)

Adapun petunjuk Nabi s.a.w., untuk memadamkan lampu-lampu, maka yang dimaksudkan adalah lampu-lampu minyak tanah, agar tidak tumpah dan membakar rumah saat penghuninya sedang tidur. Misalnya, syaitan membuat terkejut binatang tertentu, sehingga melanggar lampu tersebut, dan tumpah, lalu menimbulkan kebakaran. Dalam hadis dengan sanad sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata,(maksudnya) “Apabila kalian tidur, maka padamkanlah lampu-lampu kalian. Sebab, syaitan-syaitan berkeliaran seperti tikus-tikus dan melanggar (lampu-lampu kalian) sehingga kalian terbakar”

Iaitu ketika malam tiba, kalau sekiranya kegelapan itu diangkat dari kalian, nescaya kalian akan dapat melihat apa yang ada di sekitar kalian. Ada pula di antara mereka yang pandai mengganggu anak-anak kecil, misalnya dengan membuat mereka bertengkar satu sama lain, atau membuat barang permainan salah seorang di antara mereka menarik keinginan kawannya untuk memiliki, sehingga mereka berebutan dan berkelahi, bahkan sampai ada yang mati. Sering pula pertengkaran yang dikobarkan syaitan di kalangan anak anak itu memancing keterlibatan orang tua dan keluarga masing-masing. Dalam keadaan seperti itu, syaitan semakin meningkatkan jumlah mangsanya, sehingga pertengkaran tersebut semakin menjadi-jadi, dan akhirnya menimbulkan kejahatan.”

Aktiviti Waktu Petang/Senja...........

Sekali waktu betul-betul terjadi syaitan menampakkan diri dalam bentuk bola yang dimiliki seorang kanak-kanak yang duduk di atas basikalnya yang mulai bergerak. Tiba-tiba anak itu diingatkan terhadap bola itu, dan dia berusaha untuk menangkapnya, tetapi gagal kerana bola itu seakan-akan ada yang melemparkannya dengan kuat. Anak itu berusaha mengejar dengan sekuat tenaga, sampai akhirnya dia terjatuh dan patah lengannya. Bola tersebut jelas adalah syaitan.

+ “Sampai begitu rupa perbuatan syaitan-syaitan itu? Lantas di mana otak orang-orang itu?” tanya saya sengit.

– “Tentu saja orang yang berakal dan bijak akan selamat dari gangguan seperti ini. Akan tetapi ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, maka kesedarannya menjadi hilang. Syaitan hafal betul akan hal itu. Kerana itu, mereka segera mengumpulkan pasukan untuk menjatuhkan orang yang seperti itu.”


Sumber:
Muhammad ‘Isa Dawud (Wartawan Mesir). 1996. PENGALAMAN RUHANIYAH MUHAMMAD ISA DAWUD – DIALOG DENGAN JIN ISLAM. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

(gambar daripada Majalah ASUH terbitan Galeri Ilmu)

HADITH: Cara Mendapat Kasih Sayang Allah SWT

Cara Mendapat Kasih Sayang Allah SWT

عَــنْ أ َبـِـى هُـرَيْــرَة َ رَضِـــيَ اللهُ عَــنـْـهُ

قـَـالَ رَسُـــولُ اللهِ صَلـَّــــى اللهُ عَـــلـَــيـْــهِ وَسَــلـَّـــمَ

إ ِن َّ اللهَ عَـــز َّ وَجَـــلَّ قـَـالَ

مَـــن ْ عَــادَى لـِـــى وَلـِـــيـّـًا، فـَـقـَـدْ آذ َنـْــتـُــهُ بـِـالـْـحَـــرْب

وَمـَـا تـَـقـَــرَّبَ إ ِلـَـيَّ

عَــبـْــدِى بـِــشـَــيْءٍ أ َحـَــبَّ إ ِلـَــىَّ

مِـمـَّــا افـْتـَــرَضـْــتَ عـَــلـَــيـْــهِ

وَمـَــا يـَــز َالُ عـَــبـْــدِى يـَـتـَـقـَـرَّب إ ِلـَــيَّ

بـِــالنـَّــوَافـِــلِ حَتَّى أ ُحـِــبـُّــهُ

فـَــإ ِذ َا أ َحـْــبَـبـْــتـُــهُ، كـُــنـْــت

سـَــمـْــعـَــهُ الـَّــذِى يـَــسـْــمـَــعُ بـِــهِ

وَبـَــصـَــرَهُ الـَّــذِى يـُــبـْــصـِــرُ بـِــهِ

وَيـَــدَهُ الـَّتـِـى يـَـبـْـطِــش ُ بـِــهـَــا

وَرِجـْــلـَــهُ الـَّــتـِــى يـَــمـْـشـِــى بـِــهـَــا

وَإ ِن سـَــأ َلـَــنـِــى لأُعـْــطـِــيَــنـَّــهُ

وَلـَــئـِــن ِ اسـْــتـَــعـَــاذَنـِــى لأ ُعـِــيـذ َنـَّــهُ

وَمـَــا تـَــرَدَّدْت ُ عـَــنْ شـَــيْءٍ أ َنـَــا فـَــاعـِــلـُــهُ تـَــرَدُّدِى

عـَـن ْ نـَــفـْــس ِ عـَــبـْــدِى الـْــمـُــؤْمـِـن يـَـكـْرَهُ الـْــمـَوْت

وَأ َنـَــا أ َكـْــرَهُ مَــسَــاءَتـَــهُ

رواه البخارى

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza waJalla berfirman:

“Sesiapa yang memusuhi seseorang wali Aku maka sesungguhnya Aku isytiharkan perang terhadapnya.

Tidak ada satu perbuatan taqarrub (mendekatkan diri) kepadaKu oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardhukan ke atasnya.

HambaKu akan terus (beramal) menghampirkan diri kepada Aku dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.

Apabila Aku sudah mencintainya maka aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan.

Jika dia memohon (sesuatu) daripada Aku nescaya aku berikannya, dan jika dia memohon perlindungan Aku (daripada sesuatu) nescaya akan aku lindunginya.

Aku tidak ragu daripada sesuatu yang Aku lakukan sepertimana Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hamba Aku yang mukmin di mana dia membenci maut sedang Aku tidak suka menyakitinya.”

hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari

****************************************************************

عَــنْ أ َبـِـى هُـرَيْــرَة َ رَضِـــيَ اللهُ عَــنـْـهُ، قـَـالَ رَسُـــولُ اللهِ صَلـَّــــى اللهُ عَـــلـَــيـْــهِ وَسَــلـَّـــمَ

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

إ ِن َّ اللهَ عَـــز َّ وَجَـــلَّ قـَـالَ

Sesungguhnya Allah ‘Azza waJalla berfirman:

مَـــن ْ عَــادَى لـِـــى وَلـِـــيـًا، فـَـقـَـدْ آذ َنـْــتـُــهُ بـِـالـْـحَـــرْب

“Sesiapa yang memusuhi seseorang wali Aku maka sesungguhnya Aku isytiharkan perang terhadapnya.

وَمـَـا تـَـقـَــرَّبَ إ ِلـَـيَّ عَــبـْــدِى بـِــشـَــيْءٍ أ َحـَــبَّ إ ِلـَــىَّ مِـمـَّــا افـْتـَــرَضـْــت ُ عـَــلـَــيـْــهِ

Tidak ada satu perbuatan taqarrub (mendekatkan diri) kepadaKu oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardhukan ke atasnya

وَمـَــا يـَــز َالُ عـَــبـْــدِى يـَـتـَـقـَـرَّب ُ إ ِلـَــيَّ بـِــالنـَّــوَافـِــل ِ حَــتـَّى أ ُحـِــبـُّــهُ

HambaKu akan terus (beramal) menghampirkan diri kepada Aku dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.

فـَــإ ِذ َا أ َحـْــبَـبـْــتـُــهُ، كـُــنـْــت ُ سـَــمـْــعـَــهُ الـَّــذِى يـَــسـْــمـَــعُ بـِــهِ

Apabila Aku sudah mencintainya maka aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar

وَبـَــصـَــرَهُ الـَّــذِى يـُــبـْــصـِــرُ بـِــهِ

penglihatannya yang dengannya dia melihat

وَيـَــدَهُ الـَّتـِــى يـَـبـْـطِــش ُ بـِــهـَــا

tangannya yang dengannya dia memukul

وَر ِجـْــلـَــهُ الـَّــتـِــى يـَــمـْـشـِــى بـِــهـَــا

dan kakinya yang dengannya dia berjalan.

وَإ ِن سـَــأ َلـَــنـِــى لأ ُعـْــطـِــيَــنـَّــهُ

Jika dia memohon (sesuatu) daripada Aku nescaya aku berikannya,

وَلـَــئـِــن ِ اسـْــتـَــعـَــاذ َنـِــى لأ ُعـِــيـذ َنـَّــهُ

dan jika dia memohon perlindungan Aku (daripada sesuatu) nescaya akan aku lindunginya.

وَمـَــا تـَــرَدَّدْت ُ عـَــنْ شـَــيْءٍ أ َنـَــا فـَــاعـِــلـُــهُ تـَــرَدُّدِى عـَـن ْ نـَــفـْــس ِ عـَــبـْــدِى الـْــمـُــؤْمـِـن

Aku tidak ragu daripada sesuatu yang Aku lakukan sepertimana Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hamba Aku yang mukmin

يـَــكـْــرَهُ الـْــمـَــوْت

di mana dia membenci maut

وَأ َنـَــا أ َكـْــرَهُ مَــسَــاءَتـَــهُ

sedang Aku tidak suka menyakitinya

رواه البخارى

hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari

Rujukan:
Ezzeddin Ibrahim (diterjemah oleh) Ustaz Mohd. Khir Hj. Yaacob. 1985. HADIS QUDSI 40 IMAM NAWAWI. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia. m.s 62-63
zzzzzzz........ ngeeeeee..........zzzzzzzz

DOA : Memudahkan Tidur

zzzzzzz........ ngeeeeee..........zzzzzzzz
Wah, nyenyaknya! Alhamdulillah.......
Doa Memudahkan Tidur

عَــن ْ ز َيـْـد بن ثـَــابـِـت رَضـِـــيَ اللهُ عـَـنـْـهُ قـَــالَ: شـَــكـَــوْت ُ إلـَــى رَسـُــول ِ اللهِ صـَــلـَّـى اللهُ عـَــلـَــيـْــهِ وَسـَــلـَّــمَ أ َرَقـًــا أ َصـَــابَــنـِــى، فـَــقـَــالَ قـُــلْ

اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُــجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــون ُ وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ يـَــاحـَــيّ ُيـَــا قـَــيـّـُـومُ
أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى

فـَـقـُــلـْــتـُــهـَــا فـَــأ َذ ْهـَــبَ اللهُ عـَــز َّ وَجـَــلَّ عـَــنـِّــى
مـَــا كـُــنـْــت ُ أ َجـِــدُ

رواهُ ابن السني رضى الله عنه

Zaid bin Thabit r.a. menyatakan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mengalami masalah susah hendak tidur, maka Rasulullah s.a.w. mengajar beliau doa ini,

اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُـجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــونُ

وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ

لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ

يـَــاحـَــيّ ُ يـَــا قـَــيـّــُــومُ

أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى

dan apabila dibacanya, katanya, “Allah SWT menghilangkan penyakit susah tidur yang kualami itu.”
“Allahumma ghoorotin nujuumu wa hada atil ‘uyuunu. Wa anta hayyun qayyuumun laa ta’huzuka sinatun walaa naumun. Ya hayyu ya qayyuumu. Ahdi’ lailii wa anim ‘ainii.”
Maksud doa tersebut ialah: “Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku
.”

(Hadith riwayat Ibnu Sunni r.a)

Rujukan:
  1. أحمد عبد الجواد . الدعاء المستجاب من الحديث والكتاب. دمشق، بيروت : دار ابن كثير. م.س 93-94
  2. ايچ. فرقان أحمد الأنصري (اليه بهاس اوليه) ايچ. عيم. يعقوب الأنصرى. ١٨٨٥. دعا دان ذكر رسول الله صلى الله عليه وسلم. Kelantan: pustaka aman press SDN.BHD. m.s 39
Share/Save
Share/Save
Scroll to Top