Ramadhan

FADHILAT RAMADHAN
LAILATUL QADR
I`TIKAF, IKTIKAF

RAMADHAN: Pembebasan Dari Neraka Dan Doa Yang Makbul

Pembebasan Dari Neraka Dan Doa Yang Makbul
Pembebasan Dari Neraka Dan Doa Yang Makbul

5. Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam pada bulan Ramadhan

dan bagi setiap orang Islam ada satu doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan).”

(Hadith riwayat al-Bazzar sebagaimana dalam at-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 30

RAMADHAN: Siapakah Orang Yang Celaka…

Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa
Ruginya hamba Allah itu.........

4. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه, Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda pada satu hari sedangkan Ramadhan telah datang kepada kami “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati.

Allah سبحانه وتعالى akan menumpukan perhatianNya kepadamu di dalamnya,

lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa,

Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu di dalamnya dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya.

Maka perlihatkanlah kepada Allah akan kebaikan.

Sesungguhnya orang yang celaka ialah dia yang telah diharamkan dari rahmat Allah سبحانه وتعالى pada bulan ini.”

(Hadith riwayat at-Tabrani dan perawinya dipercayai kecuali Muhammad bin Qais – at-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 29

RAMADHAN: Apakah Tiga Doa Yang Nabi S.A.W Aminkan?

 Tiga Doa Jibra’il Yang Nabi SAW. Aminkan
Nabi SAW mengaminkan tiga doa Jibrail a.s

3. Daripada Hazrat Ka’ab Bin ‘Ujrah رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Hadirlah ke mimbar!”
Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata “Amin”

dan apabila Baginda naik tangga yang kedua, baginda berkata “Amin”

dan apabila naik anak tangga yang ketiga Baginda berkata “Amin”.

Apabila Baginda turun, kami telah bertanya “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”

Baginda bersabda “Sesungguhnya Jibrail telah muncul kepadaku dan berkata “Binasalah dia yang mendapati Ramadhan belum juga diampunkan.” Maka aku berkata “Amin”.

Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata “Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan di depannya, tidak pula dia menselawatimu.” Aku juga berkata “Amin”

dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata “Binasalah dia yang mendapati kedua ibu-bapanya atau salah seorang daripada mereka berdua telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga.” Aku berkata “Amin”.

(Hadith riwayat Hakim – dia berkata isnadnya sahih – at-Targhib, as-Sakhawi berkata diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Thiqotnya dan disahihkannya,

at-Tabrani dalam al-Kabir, al-Bukhari dalam ‘berbuat baik kepada ibu-bapa’, al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab,

selain daripada mereka perawinya orang-orang yang dipercayai / kukuh,

riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dalam hadith yang lebih kurang sama,

Ibnu Hajar berkata -ada banyak hadith yang semakna dengan hadith ini- sebagaimana dalam al-Mirqot)

 

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 24-25

 

Lima Perkara Akan Umat Muhammad Perolehi Dalam Bulan Ramadhan

RAMADHAN: Lima Ganjaran Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Sahaja

Lima Perkara Akan Umat Muhammad Perolehi Dalam Bulan Ramadhan
Lima Ganjaran Khusus Untuk Umat Muhammad SAW

2. Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah سبحانه وتعالى daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah سبحانه وتعالى akan menghiaskan syurgaNya dan berkata “Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.”

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم “Adakah ia Lailatul-Qadr?”

Baginda menjawab, “Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila telah menyelesaikan kerjanya.”

(Hadith riwayat Ahmad, Bazzar, Baihaqi, Ibnu Hibban – ar-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 17-18

RAMADHAN: Pesanan Rasulullah SAW Pada Hari Terakhir Sya’ban

Pesanan Rasulullah SAW Menjelang Hari Terakhir Sya’ban
Pesanan Rasulullah SAW Menjelang Hari Terakhir Sya’ban

1. Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban:

“Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan.

Satu bulan yang Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (bertarawih) sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain

dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

la adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. la adalah bulan simpati. lanya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.

Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka

dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya.

Sahabat-sahabat رضي الله عنهم lalu berkata “Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda ” Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

la adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka.

Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya.

Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah;

1. penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T (أَشْهَدُ أَنْ لآإ ِلَـٰهَ إِلاَّ اللهُ)
“Asy hadu allaa ilaaha illallaah”

2. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. (أَسْتـَغْفِرُاللهَ) “Astaghfirullah”

Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah;

1. memohon syurga daripada Allah
2. meminta perlindungan daripada api neraka.

Jika seorang diri:
(أَسْأَلُكَ الْجَنـَّةَ وَأَعُوْذُبـِكَ مِنَ النـَّارِ) “As’alukal jannata wa a’uuzubika minan naar”

Jika beramai-ramai:
(نَسْأَلُكَ الْجَنـَّةَ وَنَعُوْذُبـِكَ مِنَ النـَّارِ) “Nas’alukal jannata wa na’uuzubika minan naar”

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”

(Hadith riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab. 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 1-3

 

Scroll to Top