Riadus Salihin, Riadhus Solihin

Riadus Salihin, Riadhus Solihin, رياض الصالحين

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 10

10: Abu Bakrah (Nufai’) bin Alharith As-Thaqafi berkata, “Bersabda Nabi s.a.w. “Apabila dua orang muslim berhadapan dengan pedang masing-masing, maka yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya dalam neraka.”
Abu Bakrah bertanya, “Ya Rasulullah, yang membunuh sudah jelas masuk neraka, tetapi mengapakah yang terbunuh juga masuk neraka ?”
Jawab Nabi s.a.w. “ Karena dia berniat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya.”
(Bukhari, Muslim)

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 17 – 18

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 9

9: Abu Musa (Abdullah) bin Qais Al-Asy’ari r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang perang kerana keberanian dan kerana kebangsaan atau kerana kedudukan, yang manakah di antara semua itu yang disebut fisabilillah?”
Jawab Nabi s.a.w “ Siapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimatullah (agama Allah), maka itulah fisabillillah.”
(Bukhari, Muslim)
Di sini jelas benar bahwa, dorongan niat itulah yang dinilai oleh Allah S.W.T. Maka yang berperang untuk kepahlawanan, akan terkenal sebagai pahlawan, demikian yang berniat untuk lain-lainnya akan mendapat apa yang diniatkan.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 17

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 8

8: Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.”
(Muslim)

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 16 – 17

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 7

7: Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. berkata, ” Ketika saya menderita sakit kuat sewaktu melakukan hajjatul-wada’, datanglah Rasulullah s.a.w. ke tempatku, maka saya bertanya,
“Ya Rasulullah, penyakitku ini agak berat dan aku seorang yang berharta, sedangkan warisku tidak ada kecuali seorang putriku, bolehkah aku sedekahkan dua pertiga dari hartaku ?”
Jawab Nabi s.a.w. “ Tidak.”
Saya bertanya “Separuh ?”
Jawab Nabi “Tidak.”
Saya Tanya, “Sepertiga ya Rasulullah ?”
Jawab Nabi s.a.w. ‘Sepertiga itu cukup banyak dan besar. Sesungguhnya jika kau meninggalkan ahli warismu kaya, lebih baik daripada kau tinggalkan mereka miskin, hingga terpaksa minta-minta kepada orang. Dan tidaklah kamu membelanjakan hartamu dalam sesuatu yang kau niatkan untuk keredaan Allah, melainkan pasti kau mendapat pahala daripadaNya, hingga belanja yang kau berikan kepada isterimu.”
Saya bertanya, “Ya Rasulullah, apakah aku ditinggal di sini oleh sahabat-sahabatku?”
Jawab Nabi, “Engkau tidak tertinggal, buatlah kebaikan yang kau niatkan kerana Allah, melainkan pasti bertambah kemuliaan derajatmu, dan mungkin kau akan tinggal sehingga ramai orang yang mendapat manfaat daripadamu, di samping ada juga orang yang merasa rugi keranamu.”
Kemudian Nabi s.a.w. berdo’a, “Ya Allah lanjutkan bagi sahabat-sahabatKu hijrah mereka, dan jangan kembalikan mereka ke belakang (ke tempat yang telah mereka tinggalkan iaitu Makkah). Tetapi yang kecewa ialah Sa’ad bin Khaulah yang selalu dikasihani oleh Rasulullah s.a.w. karena dia mati di Makkah.”
(Buchary, Muslim).
Hadis ini menjelaskan beberapa hukum :
1. Wasiat seseorang yang akan mati tidak boleh lebih dari sepertiga dari kekayaannya. Sehingga bila terjadi wasiat melebihi sepertiga, maka ahli waris berhak untuk menolak dan membatasi hingga sepertiga.
2. Segala amal perbuatan biasa, bila diniatkan untuk mencapai keredaan Allah, maka akan mendapat pahala dan dianggap sebagai ibadat. Contohnya : Belanja yang lazim bagi ahli keluarga dan sebagainya.
3. Amal yang telah dikerjakan kerana Allah, jangan ditarik kembali, sebagaimana hijrah dari Makkah, atau sedekah, maka jangan berusaha mengembalikan barang yang sudah disedekahkan itu kembali kepadanya, baik dengan membeli atau menukar atau lain-lainnya. Dan bagi seorang muslim, tidak ada masa terlambat dan ketinggalan masa, bila saja kalau ia suka beramal sungguh-sungguh kerana Allah, maka ia masih dapat mengejar derajat dan kedudukan yang tetap disediakan oleh Allah.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 15 – 16

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 6


6: Ma’nu / Ma’an bin Yazid r.a. berkata: Ayahku Yazid biasa mengeluarkan beberapa dinar (emas) untuk sedekah, dan dititipkan pada seseorang di masjid, untuk diberikan kepada fakir miskin yang meminta-minta. Maka saya minta dari orang yang dititipi itu, dan saya tunjukkan kepada ayahku. Dia berkata “Demi Allah bukan kepadamu saya tujukan sedekah itu.” Dan hal ini saya ajukan kepada Rasulullah s.a.w. Maka sabda Nabi s.a.w. “ Bagimu apa yang kau niatkan hai Yazid, dan bagimu apa yang kau ambil hai Ma’nu / Ma’an.”

(Bukhari)

Niat Jazid akan bersedekah kepada fakir miskin telah berhasil, meskipun wang itu jatuh ke tangan anak kandungnya sendiri. Manakala Ma’nu / Ma’an, oleh karena dia berhak menerima sedekah, maka tidak dilarang mengambilnya.
Niat seseorang berhasil di sisi Allah, meskipun dalam praktiknya seolah-olah tidak sampai kepada yang dituju.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 14

Scroll to Top