Artikel

Artikel berbahasa Melayu

Khutbah Jumaat: Menentang Penghinaan Nabi SAW Melalui Video Dan Karikatur Anti Islam Di dalam Majalah Perancis

Baca sepenuhnya di blog: Ustaz Norazamudin Umar
Kredit gambar: www.jakim.tv

khutbah jumaat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Di saat kita umat Islam memprotes musuh-musuh Islam yang memang kerja mereka memberi gambaran yang salah berhubung Islam, sejauh mana kesungguhan kita umat Islam untuk melaksanakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul (s.a.w).

Ada orang Islam yang tidak menghormati masjid yang merupakan baitullah. Apabila pelancong asing datang ke masjid, kita meminta mereka memakai pakaian yang menutup aurat.

Sebaliknya apabila wanita Islam sendiri masuk ke masjid mereka masuk ke rumah Allah (s.w.t) dalam keadaan aurat mereka terdedah tanpa ada sebarang perasaan segan dan malu.

Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan ramai umat Islam tidak cukup solat lima waktunya. Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan orang Islam yang datang solat subuh dengan bilangan yang boleh dikira dengan jari?

Adakah kita cinta kepada Allah (s.w.t) dan nabinya (s.a.w) dalam keadaan kita menggantungkan ayat al-Kursi atau ayat seribu dinar di atas televisyen kita.

Kita menonton rancangan-rancangan yang tidak diredhai Allah (s.w.t) dan Rasulnya pada masa yang sama kita menggantungkan ayat-ayat Allah di atasnya.

Berapa banyak hadith nabi (s.a.w) yang kita baca atau kita dengar setiap hari? Berapa kali kita sudah menamatkan bacaan buku-buku berkaitan sirah dan sejarah hidup Nabi kita Muhammad (s.a,w) berbanding novel-novel atau majalah hiburan yang kita baca?

Berapa ramai di kalangan kita yang menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid? Berapa ramai di kalangan kita yang tidur semasa mendengar ceramah agama atau semasa khutbah Jumaat disampaikan berbanding mereka yang sanggup menahan mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak atau menonton filem yang diminati?

Mengapakah masih ada yang membaca ipad atau bermain dengan telefon bimbit semasa khutbah di sampaikan? Mengapa masih ada yang bercakap-cakap semasa khutbah disampaikan?

Dimanakah pemuda dan pemudi Islam pada malam hujung minggu? Ini antara beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan bersama.


باَرَكَ اللّهُ لِى وَلَكُم فِي القرآنِ الْعَظِيم ، وَنَفَعَنِي وَإيَّاكُم بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيم


وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ


الْعَظِيمَ لِي وَلَكُم وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَات والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات فَاسْتَغْفِرُوه


إِنَّهُ هُوَ الْغًفُورُ الرَّحيم

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Apabila kita membaca maklumat berhubung pengarah filem Innocence of Muslims bahawa dia berketurunan Israel Amerika, maka ia bukanlah suatu yang menghairankan kerana datuk neneknya dahulu telah menyakiti Nabi Musa (a.s). Firman Allah (s.w.t):

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Filem yang menghina Rasul (s.a.w) bukan sahaja mendapat bantahan umat Islam seluruh dunia bahkan mendapat bantahan di kalangan orang bukan Islam termasuklah pemimpin-pemimpin di kalangan Yahudi dan kristian.

Oleh yang demikian, bagaimana dengan orang Islam yang tidur dan makan tetapi tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku disekitarnya seperti filem yang menghina Nabi (s.a.w) sekalipun dia solat, mengerjakan haji dan umrah tetapi tidak merasa sedikit pun di dalam dirinya apa-apa perasaan.

Marilah kita menjadi umat Islam yang sebenarnya yang mencintai Nabi (s.a.w) dan benci kepada sebarang bentuk penghinaan ke atas Nabi (s.a.w)

Mari kita berdoa supaya Allah (s.w.t) menghukum mereka yang menghina Rasulullah (s.a.w) di dalam filem Innocence of Muslims dan karikatur karikatur anti-Islam di sebuah majalah di Perancis.

Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew

Program Motivasi Pagi Radio IKIM.fm bulan Jun disampaikan oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew. Beliau mendapat jolokan ‘Ustaz Air Mata’.

Saya sendiri dengan mudah menitiskan air mata tatkala mendengar motivasi yang disampaikannya. Masakan tidak, kisah teladan yang diceritakan adalah berkenaan para sahabat yang berjuang di sisi Rasulullah SAW. Baginda mengiktiraf kedudukan para sahabat melalui banyak hadis.

Tambah sayu hati saya kerana Encik Ebit merupakan anak kepada ‘saudara kita’. Betapa hebatnya Allah yang merezekikannya dengan ingatan yang kuat terhadap kisah-kisah kehidupan para sahabat.

Saya yang sejak di bangku sekolah sehingga kini didedahkan dengan majlis taalim dan hayatus sahabah di rumah setiap selesai solat fardu Isya’ pun tidak mampu mengingatinya dengan baik. Apatah lagi jika disuruh menceritakannya semula……..

Rupa-rupanya ramai yang ‘tangkap leleh’ macam saya……… cuba tinjau apa kata sahabat-sahabat kita di fanpage facebook IKIMFM:

Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi Pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi Pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi Pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew

Bersempena dengan mujahadah sepuluh terakhir Ramadhan 1433 Hijrah ini, marilah kita mendengar semula motivasi ini. Semoga dapat membugarkan kembali semangat cintakan Islam, cintakan Allah dan cintakan Rasulullah SAW.

Selain daripada itu, seperkara yang perlu kita perhatikan adalah akhlak kita. Sebelum amalan kita ‘sampai’ ke hadrat Allah SWT. ianya akan disaring melalui tujuh pintu langit.

  • Langit Pertama: Ghibah (mengumpat).
  • Langit Kedua: Berharap agar mendapat keuntungan dunia.
  • Langit ketiga: Takabbur.
  • Langit keempat: Ujub (takjub dengan kebolehan diri sendiri)
  • Langit kelima: Hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.
  • Langit keenam: Tiada belas kasihan kepada hamba Allah yang mengalami kesusahan.
  • Langit ketujuh: Riyak (menunjuk-nunjuk)

Amalan kita perlu dipastikan dapat melepasi setiap pintu langit yang dijaga oleh para malaikat.

Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

Amalan yang tertolak akan sama ada;

  • Ditahan.
  • Dipukulkan semula ke muka orang yang mengerjakannya.
  • Dibuang.

Namun ketika bertemu Allah: Allah berfirman kepada malaikat, “Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku.”

Marilah kita muhasabah diri sendiri sebelum tiba hari penghisaban yang tiada keraguan akan kedatangannya…………

Sila klik untuk mendengar atau memuat turun. Menurut pengalaman saya, saya boleh memuat turun sekirannya menggunakan pelayar Mozilla Firefox.

Selamat mendengar dan jangan lupa untuk ‘memburu’ Lailatul Qadr bukan ‘menunggu’ Lailatul Qadr.

Doa dan Pendahuluan Ucapan
Doa dan Pendahuluan Ucapan

NOTA: SEMUA AUDIO SUDAH DIPADAMKAN OLEH MYKRK KERANA MENGHORMATI HAK CIPTA IKIM.FM

1. Hidupkan Agama Islam

2. Tanamkan Rasa Mencintai Nabi SAW.

3. Dapatkan Keredaan Allah Dengan Meneladani Para Sahabat r.anhum ajma’in

4. Solat

5. Taalim

6. Adab Menuntut Ilmu

7. Ikram (memuliakan) Orang Lain

8. Memaafkan

9. Menegur Dengan Hikmah

10. Merendah Diri, “Saya Yang Bersalah”

11. Perkara Hak Dan Munkar Jadi Terbalik

12. Malayani Orang Lain Dengan Baik

13. Berkorban Untuk Agama Islam

14. Setiap Orang Berpotensi Menjadi Pintu Hidayat. Kisah Amar bin Jamuh

15. Cintai Islam

16. Syukur

17. Apakah Tanda Cinta?

18. Musibah

19. Istighfar Dan Taubat

20. Ikhlas

21. Berkasih Sayang Suami Isteri (Kursus Perkahwinan)

22. Buat Yang Terbaik

23. Tawakal

Di bawah ini adalah rakaman rancangan Islam Agamaku:

Kredit gambar: Gambar Profil fb Encik Ebit Lew
Laman web: TranformJiwa.com
Fanpage Facebook: Transform Training & Consultancy
Fanpage Facebook: Transform Pro Kids
Fanpage Facebook: Ebit Lew

Penghargaan dan terima kasih:
Rancangan Motivasi Pagi Radio IKIM.fm dan penerbitnya Cik Siti Rohani binti Surani

Apakah Keistimewaan Majalah Fardu Ain Edisi 14 Kepada Mykrk?

Assalamualaikum wrt wbt.

Benarlah kata-kata Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman bahawa penulis akan merasakan suatu kelainan apabila tulisan mereka tersiar di media cetak. Meskipun tulisan tersebut sudah lama tersiar di blog sendiri, ‘rasa yang berbeza’itu akan kita alami sekiranya ia tercetak di atas kertas.

Saya memang memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli beberapa majalah setiap bulan. Di antara majalah kegemaran kami sekeluarga ialah; Fardu Ain, Solusi, Anis, Asuh, Q & A, Al-Ustaz, Gen Q, Ana Muslim dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan saya ini menggilai buku……. (perasan sikit)

Beberapa bulan lalu saya terbaca pelawaan daripada Majalah Fardu Ain kepada para pembaca yang ingin berkongsi ilmu.

Ye, inilah percubaan pertama saya sejak berusia (cakap sudah tua kan senang!) untuk menghantar karya ke majalah. Semasa bersekolah dahulu pernah juga karya saya disiarkan di majalah dan radio.

Berdebar-debar semasa membeli majalah Fardu Ain Edisi ke-14 ini. Apa tidaknya, artikel yang saya hantar adalah berkenaan Solat Tarawih. Kalau tidak tersiar, maknanya ianya ditolaklah agaknya kan?

Baca tajuk-tajuk di muka hadapan……. tidak ada pun……. huwaaa sob sob, sedey……… eh, kontrol macho. “Kau menulis kerana apa ha?” “Oh, betulkan niat. Aku menulis bukan kerna nama…… (baca ikut irama lagu Ramli Sarip tau!)

Selak lagi, selak lagi…….. ihik ihik……… aduh, macam mana ni? Tersenyum saja mulut ni tidak boleh berhenti……… heh, jakun betul! Eh, mana ada…….. tipu………

Itulah kisahnya……… sukanya macam budak dapat gula-gula………

Baiklah kawan-kawan, inilah rupa halaman yang menyiarkan tulisan saya. Silalah dapatkan Majalah Fardu Ain Edisi 14. Halaman berapa? Halaman 74 dan 75.

Solat Sunat Tarawih dan Keutamaan Solat Wanita
Solat Sunat Tarawih dan Keutamaan Solat Wanita

Terlebih dahulu daripada itu, berbanyak-banyak kemaafan saya pohonkan kepada tuan/puan dan keampunan kepada Allah SWT. sekiranya ada kesilapan di dalam tulisan tersebut. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya retua masih belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Laman sesawang Majalah Fardu Ain: Klik sini
Facebook Majalah Fardu Ain: Klik sini
Artikel asal: Klik sini

Lepas ini hendak menulis lagi? Wallahua’lam……

Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil

Siapalah yang tidak mengenali Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil? Beliau merupakan seorang pendakwah, perunding latihan pembangunan manusia, blogger dan penulis kepada buku-buku motivasi keagamaan negara.

Beliau memegang ijazah Sarjana Muda (Hons.) Sharia & Islamic Studies dari Mu’tah University, Jordan (جامعة مؤتة). Anak kelahiran Ipoh, Perak ini sebelum itu menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh.

Berpengalaman sebagai penjawat tugas Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, UK dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland, beliau kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul di Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Beliau aktif berinteraksi di blognya www.saifulislam.com, juga di halaman Facebook facebook.com/hasrizalabduljamil. Untuk pengetahuan kawan-kawan, blognya kini dihoskan didedicated server.

Ianya demikian kerana server yang biasa sudah tidak mampu menampung pengunjung yang terlalu ramai. Tetapi kos untuk bayaran yuran dedicated server pula adalah terlalu tinggi.

Ustaz Haji Hasrizal berumahtangga dengan Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, pakar Perubatan Kecemasan dan Pensyarah di Pusat Perubatan UKM (UKMMC) mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata; Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin.

Pada bulan Mei lepas, ustaz mengisi segmen Motivasi Pagi di Radio IKIMfm. Menurut ustaz, Cabaran besar rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM ini ialah menyesuaikan penyampaian untuk lapisan atas dan bawah.

Golongan atas tidak rasa pengisian yang disampaikan kosong dan longgar tidak berisi.

Golongan ‘santai ‘ pula mesti disantuni agar tidak hilang upaya memahami apa yang disampaikan.

Dan paling sukar adalah menentukan dos agar 10 minit itu ada kepala, badan dan ekor.

Alhamdulillah berikutan peristiwa ‘kehancuran’ handphone saya pada entri ini dan berkat melazimi ‘Doa Ketika Ditimpa Musibah’ selepas peristiwa itu, kini saya dapat mengongsikan rakaman rancangan kegemaran saya.

*** Saya seorang yang SENTIASA SUKA di atas apa jua yang berlaku di dalam hidup…..

Jom kita dengarkan. Dengarlah berulang-kali, mudahan-mudahan dapat diaplikasikan di dalam proses kita berfikir.

CARA BERFIKIR ORANG BERJAYA: Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil

CARA BERFIKIR ORANG BERJAYA

(Klik link untuk mendengar motivasi. Ada 23 tajuk kesemuanya)

NOTA: SEMUA AUDIO SUDAH MYKRK PADAM KERANA MENGHORMATI HAK CIPTA IKIM.FM

1. Bagaimana cara kita berfikir

2. Cara fikir org brjaya dan gagal

3. BIG PICTURE THINKING

4. FOCUS THINKING

5. alihkan gangguan

6. Cara Membangunkan Pemikiran Berfokus

7. latihan fokus

8. CREATIVE THINKING

9. contoh masalah

10. contoh masalah (sambungan)

11. org berjaya, org gagal – berbeza cara berfikir

12. REALISTIC THINKING

13. REFLECTIVE THINKING

14. REFLECTIVE THINKING

15. manfaat reflective thinking

16. Idea2 utk hasilkan reflective thinking

17. Faedah reflective thinking

18. peruntukkan masa utk berfikir

19. Hidupkan budaya bertanya

20. Mempersoalkan kebiasaan

21. Mempersoalkan pemikiran popular (kebiasaan)

22. muhasabah cerita kura-kura

23. al-Kahf-Fikir pra syarat beragama

24. isteri masih dara

Buku maghfirah pustaka

Hadiah Sudah Dapat. Terima Kasih IKIMfm Dan Maghfirah Pustaka

Nisfu Sya’ban kali amat bermakna……….

Apakah yang lebih menggembirakan bagi seorang ‘ulat buku’ selain daripada mendapat hadiah buku? Alhamdulillah tergerak pula jari saya untuk mendail 03 62051500 apabila DJ Siti Rohani Surani mengumumkan kuiz akan ke udara………

* Sila klik gambar untuk melihatnya dalam saiz lebih besar.

Saya teruja untuk menyertai kerana soalan sehari sebelum itu adalah berkenaan hukum tajwid. Rasanya kalau soalan tajwid yang mudah tu bolehlah saya jawab. Ceh, dengan penuh keyakinan saya mencuba. Allahuakbar, soalannya…….. alhamdulillah tentang ulama Islam tetapi ternyata lebih senang………

Kepada kawan-kawan sekalian, kalau ingin mencuba silalah dengar rancangan Warna Pagi di Radio IKIM.fm. Waktunya di antara pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Maghfirah Pustaka (M) Sdn. Bhd. kerana menaja hadiah untuk bulan Jun 2012. Hadiah telah selamat saya terima semalam pada pukul 2.10 petang bersamaan 14 Syaaban 1433 H.

Selalu ke saya telefon Radio IKIM.fm. Jarang….. saya suka dengar saja. Aktiviti terkini pula ialah merakam rancangan-rancangan kegemaran. Hayya bil-Arabiah dan Durus Arabiah pun banyak sudah saya rakam. Nak dengar?…….. Tunggu……..

Ermmm……. Cik Siti dan Pian, boleh saya sertai kuiz lagi?

Share/Save
Share/Save
Scroll to Top