Artikel

Artikel berbahasa Melayu

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 4)

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR
quran Pictures, Images and Photos

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbezaan antara keduanya. Kemudian buatlah tanda untuk membezakan antara keduanya.

Di samping itu, ketika anda melakukan muraja’ah (ulangan) hafalan perhatikan perbezaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda berjaya mengingatinya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

Akan bersambung dengan tajuk (akhir): KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SETAHUN?

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)
TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama setahun, jadikanlah al-Qur’an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat. Itulah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w semasa hidupnya, baginda membahagi al-Qur’an menjadi tujuh bahagian.Pada setiap hari baginda mengulang setiap bagian tersebut, sehingga menjadi kebiasaan baginda mengkhatamkan al-Qur’an setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah berkata; “aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w bagaimana cara mereka membahagi al-Qur’an untuk dijadikan wirid harian?” Mereka menjawab: “Kami kelompokkan menjadi 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid mufashal dari surat Qaaf hingga khatam ( al-Qur’an)”. (HR. Ahmad).

Jadi mereka membahagi wiridnya sebagai berikut:

– Hari pertama: membaca surah “al-Fatihah” hingga akhir surah “an-Nisa”.

– Hari kedua: dari surah “al-Ma’idah” hingga akhir surah “at-Taubah”.

– Hari ketiga: dari surah “Yunus” hingga akhir surah “an-Nahl”.

– Hari keempat: dari surah “al-Isra'” hingga akhir surah “al-Furqan”.

– Hari kelima: dari surah “asy-Syu’ara'” hingga akhir surah “Yasin”.

– Hari keenam: dari surah “ash-=Shaffat” hingga akhir surah “al-Hujurat”.

– Hari ketujuh: dari surah “Qaaf” hingga akhir surah “an-Naas”.

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: ” Fami bisyauqin
(فـَـمِي بـِــشـَــوْقٍ) “, dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surah yang dijadikan wirid Nabi s.a.w. pada setiap hari.

Maka:

– huruf “fa / ف” symbol dari surah “al-Fatihah“, sebagai awal wirid beliau hari pertama.

– huruf “mim /م” symbol dari surah “al-Ma’idah“, sebagai awal wirid beliau hari kedua.

– huruf “ya /ي” symbol dari surah “Yunus“, sebagai wirid beliau hari ketiga.

– huruf “ba /ب” symbol dari surah “Bani Israil (nama lain dari surat al-Isra’)” sebagai wirid beliau hari keempat.

– huruf “syin /ش” symbol dari surah “asy-Syu’ara’“, sebagai awal wirid beliau hari kelima.

– huruf “wau /و” symbol dari surah “was-Shafaat“, sebagai awal wirid beliau hari keenam.

– huruf “qaaf /ق” symbol dari surah “Qaaf“, sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surah “an-Nas”.

Pembagian hizib yang ada pada al-Qur’an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 2)

BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 2)
TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 2)

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga.

Langkah ini perlu dilakukan supaya hafalan tersebut kukuh dan mantap dalam ingatan anda, kemudian barulah mulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

BAGIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH / مـُـرَاجـَـعـَـة) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, kerana jika anda menghafal al-Quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu sehingga berjaya menghafaz seluruh al quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal pasti hal itu akan terasa amat berat sekali.

Mengapa? Kerana secara tidak disedari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari ‘zero / kosong /0’, oleh karena itu cara yang paling baik dalam menghafal al-Qur’an ialah dengan mengumpulkan antara muraja’ah (mengulang) dan menambah hafalan baru.

Begini caranya: i. Bahagikan seluruh mushaf al-Qur’an menjadi tiga bahagian, setiap 10 juzu’ menjadi satu bagian.

ii. Jika dalam sehari anda menghafal satu muka surat, maka ulangilah dalam sehari empat muka surat yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juzu’.

iii. Jika anda telah menyelesaikan sepuluh juzu’, maka berhentilah selama sebulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak lapan muka surat.

iv. Setelah sebulan anda mengulang hafalan, sila mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua helai bergantung kepada kemampuan anda, dan mengulang setiap hari 8 muka surat sehingga anda berjaya menyelesaikan 20 juzu’

v. Jika anda telah menghafal 20 juzu’ maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 muka surat.

vi. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafaz kembali setiap harinya satu atau dua muka surat terpulang kepada kemampuan anda dan setiap hari mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 helai, sehingga anda berjaya menghafaz seluruh al-qur an.

 

vii. Jika anda telah menghafaz 30 juzu’:vii (i)

Ulangilah 10 juzu’ pertama secara tersendiri selama satu bulan:

Setiap hari setengah juzu’. 

vii (ii)

Kemudian pindahlah ke
10 juzu’ berikutnya. 

Setiap hari diulang setengah juzu’,


ditambah:

8 muka surat dari sepuluh juzu’ pertama.
 

vii (iii)

Kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juzu’ terakhir dengan cara yang hampir sama, iaitu;
 

Setiap hari mengulang setengah juzu’,


ditambah:
8 muka surat

dari 10 juzu’ pertama dan

8 muka surat dari 10 juzu’ kedua.

 

BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJA’AH DI ATAS?

Ulangilah hafazan al-Qur an secara keseluruhan dengan cara setiap hari mengulang 2 juzu’, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari. Apabila anda mendisiplinkan diri dengan teknik-teknik yang telah diutarakan di atas, maka insya Allah anda akan mampu mengkhatamkan al-Quran setiap dua minggu sekali.

Dengan cara ini maka dalam jangkamasa setahun insya Allah anda telah mutqin (kukuh) hafazan al-Qur an, dan lakukanlah cara ini selama setahun.

Akan bersambung dengan tajuk: APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SETAHUN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 1)

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 1)
TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 1)

Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. Di kesempatan ini, ingin kami mengemukakan cara termudah untuk menghafaz Al-Qur’an. Keistimewaan teori ini adalah hafalan yang mantap akan diperolehi, selain daripada singkatnya waktu yang bakal ditempuh untuk mengkhatamkan seluruh Al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikkan dan insya Allah amat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin menghafaznya. Berikut, kami bawakan contoh dalam mempraktikkannya:

Misalnya, jika anda ingin menghafaz surat An-Nisa, maka anda bolehlah mengikuti teori berikut ini:

1- Bacalah ayat pertama 20 kali:

2- Bacalah ayat kedua 20 kali:

3- Bacalah ayat ketiga 20 kali:

4- Bacalah ayat keempat 20 kali:

5- Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir
menggabungkannya
sebanyak 20 kali.

6- Bacalah ayat kelima 20 kali:

7- Bacalah ayat keenam 20 kali:

8- Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

9- Bacalah ayat kelapan 20 kali:
10- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

11- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikianlah seterusnya hingga selesai seluruh Al-Quran.

Perlu diingat
, jangan sampai menghafaz dalam sehari lebih dari satu perlapan juzu’ agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

semoga kita dapat praktikkan…

Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari

Pada zaman Nabi s.a.w. telah berlaku suatu gerhana matahari. Para sahabat r.anhum telah terfikir bahawa mereka perlu meneliti apakah yang akan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedemikian? Para sahabat r.anhum yang sedang sibuk dengan pekerjaan masing-masing telah meninggalkan pekerjaan mereka lalu berlari-lari datang ke masjid. Budak-budak yang sedang berlatih memanah pun meninggalkan urusan mereka lalu pergi untuk melihat amalan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. mendirikan solah sunat gerhana dua rakaat yang begitu panjang sehingga ramai yang jatuh pengsan. Baginda s.a.w telah menangis dalam solah itu sambil berdoa,
“Ya Allah, tidakkah Engkau menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku ada bersama mereka dan tidak akan mengazab mereka selagi mereka beristighfar.”
(Allah S.W.T menjanjikan perkara ini dalam surah al-Anfal)

yang bermaksud, “Dan Allah S.W.T sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau (wahai Muhammad s.a.w) berada di kalangan mereka dan Allah S.W.T. tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun).” (al-Anfal 8: Ayat 33)

Kemudian Rasulullah s.a.w menasihati orang ramai, “Apabila berlaku peristiwa seumpama ini dan berlaku gerhana bulan atau matahari maka segeralah bersolah. Sekiranya kamu tahu perkara-perkara akhirat seperti yang sedang aku lihat maka pasti kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis. Apabila berlaku peristiwa seumpama ini maka hendaklah kamu bersolah, berdoa dan bersedekah.”

Tajuk berkaitan:
1. Solat Gerhana – Kusuf dan Khusuf (Scan dari Kitab Matla’al Badrain)
2. Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat beserta video

Sumber:
Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2004. KISAH PARA SAHABAT. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 26-27
Ayat Al-Qur’an

Scroll to Top