Doa

zzzzzzz........ ngeeeeee..........zzzzzzzz

DOA : Memudahkan Tidur

zzzzzzz........ ngeeeeee..........zzzzzzzz
Wah, nyenyaknya! Alhamdulillah.......
Doa Memudahkan Tidur

عَــن ْ ز َيـْـد بن ثـَــابـِـت رَضـِـــيَ اللهُ عـَـنـْـهُ قـَــالَ: شـَــكـَــوْت ُ إلـَــى رَسـُــول ِ اللهِ صـَــلـَّـى اللهُ عـَــلـَــيـْــهِ وَسـَــلـَّــمَ أ َرَقـًــا أ َصـَــابَــنـِــى، فـَــقـَــالَ قـُــلْ

اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُــجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــون ُ وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ يـَــاحـَــيّ ُيـَــا قـَــيـّـُـومُ
أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى

فـَـقـُــلـْــتـُــهـَــا فـَــأ َذ ْهـَــبَ اللهُ عـَــز َّ وَجـَــلَّ عـَــنـِّــى
مـَــا كـُــنـْــت ُ أ َجـِــدُ

رواهُ ابن السني رضى الله عنه

Zaid bin Thabit r.a. menyatakan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mengalami masalah susah hendak tidur, maka Rasulullah s.a.w. mengajar beliau doa ini,

اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُـجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــونُ

وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ

لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ

يـَــاحـَــيّ ُ يـَــا قـَــيـّــُــومُ

أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى

dan apabila dibacanya, katanya, “Allah SWT menghilangkan penyakit susah tidur yang kualami itu.”
“Allahumma ghoorotin nujuumu wa hada atil ‘uyuunu. Wa anta hayyun qayyuumun laa ta’huzuka sinatun walaa naumun. Ya hayyu ya qayyuumu. Ahdi’ lailii wa anim ‘ainii.”
Maksud doa tersebut ialah: “Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku
.”

(Hadith riwayat Ibnu Sunni r.a)

Rujukan:
  1. أحمد عبد الجواد . الدعاء المستجاب من الحديث والكتاب. دمشق، بيروت : دار ابن كثير. م.س 93-94
  2. ايچ. فرقان أحمد الأنصري (اليه بهاس اوليه) ايچ. عيم. يعقوب الأنصرى. ١٨٨٥. دعا دان ذكر رسول الله صلى الله عليه وسلم. Kelantan: pustaka aman press SDN.BHD. m.s 39

DOA : Ketika Kesempitan Hidup

Doa Ketika Kesempitan Hidup

عـَــن ْ ابـْــن ِ عـُــمـَــر رَضـِــىَ اللهُ عـَــنـْــهُـمَــا عـَـن ِ النـَّــبـِــىِّ صـَــلـَّــى اللهُ عـَــلـَــيـْــهِ وَسـَــلـَّــمَ قـَــالَ : مـَــا يـَــمـْــنـَــعُ أ َحـَــدَكـُــمْ إ ِذ َا عـَــسـَــرَ عـَــلـَــيـْــهِ أ َمـْــرٌ مـَــعـِــيـْــشـَــتـَـهُ أ َن ْ يـَــقـُــولَ إ ِذ َا خـَــرَجَ مـِــن ْ بـَــيـْــتِـهِ
بـِــسـْــم ِ اللهِ عـَــلـَــى نـَــفـْــسـِــى وَعـَــلـَــى مـَــالـِــى وَدِيــنـِــى. اللهُــمَّ رَضـِّـــنـِــى بـِــقـَــضـَــائِــك َ، وَبـَــارِكْ لـِــى فـِــيْــمـَــا قـُــدِّرَ حـَــتـَّــى
لاَ أ ُحـِــبّ ُ تـَــعـْــجـِــيـْــلَ مـَــا
أ َخـَّــرْت َ وَلاَ تـَــأ ْخـِــيرَ مـَــا عـَــجـَّــلـْــتَ

رواهُ ابن السني رضى الله عنه

Daripada Ibnu Umar r.a. daripada Nabi s.a.w sabdanya,

“Apakah yang menghalang kamu apabila menghadapi kesukaran di dalam kehidupannya untuk mengucapkan ketika keluar daripada rumahnya:
بـِــسـْــم ِ اللهِ عـَــلـَــى نـَــفـْــسـِــى وَعـَــلـَــى مـَــالـِــى وَدِيــنـِــى. اللهُــمَّ رَضـِّـــنـِــى بـِــقـَــضـَــائِــك َ، وَبـَــارِكْ لـِــى فـِــيْــمـَــا قـُــدِّرَ حـَــتـَّــى لاَ أ ُحـِــبّ ُ تـَــعـْــجـِــيـْــلَ مـَــا أَخـَّــرْت َ وَلاَ تـَــأ ْخـِــيرَ مـَــا عـَــجـَّــلـْــتَ

Maksudnya “Dengan nama Allah ke atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang reda dengan ketentuanMu dan berkatilah aku pada apa yang telah kau takdirkan untukku sehingga aku tidak cenderung untuk mengingini segera apa yang Kau lewatkan dan tidak menginginkankan sesuatu lambat terhadap apa yang telah Kau segerakan.”

(Hadith riwayat ibnu Sunni r.a)

Rujukan:
1. Dr. Amran Kasimin & Dato’ Dr. Haron Din. 1997. DOA DAN RAWATAN PENYAKIT (ii). Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd. m.s 84-85
2. ‘Tafsirul Qur’an’ Radio IKIM.FM

HADITH: Solat Istikharah

Solat Istikharah
عَـنْ جَابـِـر ِ بـْـن ِ عَبْدِ اللهِ رَضِـيَ اللهُ عَـنـْهُمَا قـَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَـلـَــيْهِ وَسَلـَّمَ يُعـَـلـِّمُـنـَا الإسْـتِـخَـارَة َ فِي الأ ُمُور ِ كَـمَا يُعـَـلـِّـمُـنـَا السُّـورَة َ مِنَ الـْـقـُـرْآن ِ، يَقـُـولُ: إذ َا هَـمَّ أحَدُكُمْ بـِـالأمْر ِ فـَـلـْـيَرْكَعْ رَكْعَتـَـيْن ِ مِنْ غـَـيْر ِ الـْـفـَـر ِيضَةِ، ثـُـمَّ لـْـيَقـُـلْ
اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْْـمِـكَ، وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِكَ
وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ، فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ
وَتـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ
الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ أَنَّ هـَذ َا الأَمْـرَ خـَيـْـرٌ لـِــي فِــي
( دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي،أوْ قـَـالَ عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْهِ
وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّ هَـذ َا الأَمْـرَ شَـرٌّ لِــي
( فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِِي،أوْ قـَـالَ فـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ
َيُسَـمَّى حَـاجـَـتـُـهُ

رواه البخارى، باب ما جاء فى التطوع مثنى مثنى، رقم 1162
Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Qur’an.
Baginda s.a.w bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:

اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْْـمِـكَ

وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِكَ

وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ

فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ

وَتـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ

الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ

أَنَّهـَذ َا الأَمْـرَخـَيـْـرٌ لـِــي

(فِــي دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي)

(- أوْ قـَـالَعـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)

فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْهِ

وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّهَـذ َا الأَمْـرَشَـرٌّ لِــي

( فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِِي)

(- أوْ قـَـالَفـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)

فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ

وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ

” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu
dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu
dan aku memohon kepadaMU dari keutamaanMu yang besar,
sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu
dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.
Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui
bahawa urusan ini baik bagiku
(dalam agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku)
atau sebut (buat masa kini dan akan datang)
maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku
(dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku)
atau sebut (buat masa kini dan akan datang)
maka singkirkanlah ia daripadaku
dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku reda dengannya.

Rasulullah s.a.w menambahkan bahawa seseorang boleh menyebut masalah / keperluannya selepas membaca هَذ َا الأمْرُ / urusan ini.

(Hadith riwayat Imam Bukhari r.alaih. Bab solat sunat dua rakaat, dua rakaat. bil. 1162)

On the authority of Jabir Ibn Abdullah r.anhuma, he said:

“The Prophet r would instruct us to pray for guidance in all of our concerns, just as he would teach us a chapter from the Quran. He r would say “If any of you intends to undertake a matter then let him pray two supererogatory units (two rakaah nafilah) of prayer and after which he should supplicate:

‘O Allah, I seek Your counsel by Your knowledge and by Your power I seek strength and I ask You from Your immense favour, for verily You are able while I am not and verily You know while I do not and You are the Knower of the unseen.

O Allah, if You know this affair -and here he mentions his need-

to be good for me in relation to my religion, my life, and end, then decree and facilitate it for me, and bless me with it,

and if You know this affair to be ill for me towards my religion, my life, and end, then remove it from me and remove me from it, and decree for me what is good wherever it be and make me satisfied with such.”

One who seeks guidance from his Creator and consults his fellow believers and then remains firm in his resolve does not regret, for Allah has said:
(chapter 3 verse 159)
‘…and consult them in the affair. Then when you have taken a decision, put your trust in Allah…’

Nota:
Bagaimana Allah s.w.t menjawab permohonan ini?
Al-Qur’an menunjukkan bahawa Allah s.w.t akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam surah al-Syams: 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”
Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadith yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Rujukan:
(1)http://transliteration.org/quran/home.htm
(2) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٤١ -١٤٢
(3) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 247-248
(4)Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. SOLAT-SOLAT SUNAT. 2005. Selangor: Wholesale-mart Business Point Sdn. Bhd. m.s 69

DOA : Kelebihan 2 Ayat Terakhir Surah Al-Isra’

Doa / Zikir Agar Hati Tidak Mati
قال النبي صلى الله عليه وسلم : من قرأ فى صبح أو مساء : (قل ادعو الله أو ادعواالرحمن أياما تدعوا فله الأسماء الحسنى) إلى آخر السورة لم يمت قلبه ذلك اليوم ، ولا فى تلك الليلة. رواه الديلمى عن أبى موسى رضى الله عنه -كنز
Maksud Hadith:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa membaca pada waktu pagi atau petang :
قـُـل ِ ادْعـُـواْ الـلَّهَ أ َو ِ ادْعُـواْ الرَّحْـمَـٰـنَ ۖ أ َيـًّـامـَّا تـَـدْعـُواْ فـَـلـَـهُ الأ َسـْـمـَآءُ
الـْـحـُـسْـنـَـىٰ ۚ وََََلا َ تـَـجـْـهـَرْ بـِـصَـلا َتِكَ
وَلا َ تـُـخـَـافِـت ْ بـِـهَا وَابْتـَـغ ِ بَـيْـن َ ذ َٰ لِكَ سَبـِيلا ً۝
وَقـُـل ِ الـْـحَمْدُ لِـلَّهِ الـَّـذِى لـَمْ يَـتـَّـخِـذ ْ وَلـَـدًا وَّلـَـمْ يَـكـُن لـَّـهُُۥ شـَـر ِيكٌ فِى الـْمُـلـْـكِ
وَلـَـمْ يَكـُن لـَّـهُۥ وَلِـىٌّ مِّنَ الذ ُّلِّ ۖ وَكـَـبِّـرْهُ تـَـكـْـبـِـيرًا۝

 

Terjemahan ayat Qur’an:
110
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
111
Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!

Surah Al-Isra’ (110-111)

Kelebihan:
tidak akan mati hatinya pada hari itu dan malamnya.”

Hadith riwayat Ad-Dailamiy daripada Abu Musa r.a. (kanz)
ayat ini adalah salah satu ayat yang terdapat dalam doa manzil
Rujukan:
  1. أحمد عبد الجواد . الدعاء المستجاب من الحديث والكتاب. دمشق، بيروت : دار ابن كثير

Zikir

“Sesiapa membaca pada setiap hari
لاَ إ ِلـَـهَ إ ِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشـَـر ِيـكَ لـَـهُ. لـَـهُ الـْـمـُــْـكُ وَلـَـهُ الـْـحـَـمـْـدُ وَهـُـوَ عـَـلـَى كـُلِّ شـَـئ ٍ قـَـدِيْـرٌ
sebanyak seratus kali, maka baginya pahala seperti orang yang memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, dituliskan untuknya seratus kebaikan, dihapuskan untuknya seratus kesalahan (keburukan) dan dia akan dilindungi dari gangguan syaitan sepanjang hari hingga waktu petang dan tidak ada orang yang dapat menandingi apa yang dia lakukan kecuali orang yang mengucapkan zikir ini lebih banyak daripadanya”
(Hadith riwayat Bukhari)

Scroll to Top