Nak Cakap Sket……

Kisah Dan Kepentingan Dakwah


perjalanan dakwah itu ......

Kisah ini Teacher Nash dengar tiga tahun lalu di dalam perjalanan pulang dari kerja. Dia mendengar siaran radio BBC 88.9 fm. tentang kes PERKAHWINAN ANTARA BAPA DAN ANAK KANDUNGNYA yang berlaku di Australia.

Sesekali elok juga mendengar siaran radio luar negara. Sekurang-kurangnya kita dapatlah melihat Malaysia daripada sudut pandangan ‘orang luar’.

Kisahnya begini:

Pemberita : Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi?

Isteri / anak: Saya pernah kahwin dan dikurniakan dua orang anak. Suatu hari kami bercerai. Saya terjumpa dengan bapa yang telah amat lama tidak saya temui. Setelah mencurahkan masalah saya kepadanya, akhirnya kami jatuh cinta dan terlanjur. Walaupun tahu bahawa dia adalah bapa kandung saya, kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan kami menghasilkan seorang anak, tetapi hanya dapat hidup tiga hari saja.

Pemberita : Bagaimana pula dengan isteri kamu?

Suami / bapa: Saya telah bercerai dengannya. (Ibu kepada anaknya)

Pemberita: Dia tahu kamu sudah berkahwin?

Suami / bapa: Ya, dia tahu dan dia juga tahu dengan siapa saya berkahwin.

Pemberita: Apa perasaannya?

Suami / bapa: Dia teramat sedih.

Pemberita: Bagaimana dengan anak-anak kamu?

Isteri / anak: Mereka biasa saja. Mereka dapat terima.

Pemberita: Kalau mereka sudah dewasa kelak, bagaimana?

Isteri / anak: ……………

Setelah kes mereka terbongkar, mereka ditangkap pihak berkuasa dan dibicarakan. Walau bagaimanapun mereka diizinkan terus bersama dengan syarat tidak melakukan hubungan jenis atau mereka akan dipenjara selama tiga bulan.

Pemberita: Habis, bagaimana mahu memastikan yang anda berdua tidak melakukan hubungan kelamin?

Suami / bapa: Kami menghantar lapuran pada skala waktu yang ditetapkan…….

Pemberita: Tidak mengapakah bersuami isteri tanpa melakukannya? (jimak)

Suami / bapa: Tiada masalah, yang penting kami saling mencintai.

Moral kisah ini:

Demikianlah hidup hamba Allah yang tidak berpedomankan manual yang disertakan bersama dengan kewujudan mereka di alam maya ini (Al-Qur’an). Tidak belaskah tuan-tuan dan puan-puan sekalian terhadap kejahilan mereka?

Pernah saya mendengar cerita dari seorang kawan yang berdakwah ke Jepun. Setelah mendengar serba sedikit penerangan pendakwah dari Malaysia ini, (dan dengan bantuan Allah yang membantu dengan meniupkan hidayahNya ke hati pemuda tersebut), beliau membawa para pendakwah tersebut ke pusara ibu bapanya.

Kata-katanya amat mengharukan,“Tuan-tuan lihatlah. Ini kubur mak bapak saya. Mereka orang baik-baik, tidak menipu, tidak minum arak, tidak melakukan apa-apa keburukan. Tapi bagaimana nanti di akhirat? Mereka telah mati tanpa kalimah La’ilaaha’illallaah. Kami ada Honda, Toyota, National dan macam-macam teknologi lalu kami hantar ke negara tuan-tuan.

Sedangkan tuan-tuan ada kalimah yang amat berharga, mengapakah tuan-tuan lambat sampai ke sini hinggakan orang tua saya telah mati tanpa mengucap. Bagaimanakah nasib mereka nanti?……………”

Aduhai orang-orang Islam yang memeluk ‘Islam Keturunan’ ini, ketahuilah dan mengertilah bahawa sesungguhnya anda kini sedang memiliki sesuatu yang amat berharga. Pelajari dan dalamilah ajaranNya. Amalkanlah dalam kehidupan serta sebar-sebarkanlah kepada mereka yang sudah Islam mahupun belum.

Jika tidak mampu melakukannya secara berseorangan, laksanakannya secara berjemaah. Hak umat ini yang terbesar yang perlu kita tunaikan ialah hak kalimah La’ilaaha’illalllah. Sampai-sampaikan, sebar-sebarkan. Tugas kita hanya bangun membuat kerja dan berdoa, hidayah urusan Allah.

Wassalam.

Salam hormat;
Mykrk

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mengharap Dan Meminta Hanya Kepada Allah

Nukilan Rasa: Ibrah Musibah

Syukur kerna musibah ini,
Menginsafkan daku betapa daifnya sang hamba,
Hanya bisa berbuat apa-apa,
Hatta mengelipkan mata atau bersuara, hanyalah seizin Tuannya.

Syukur atas musibah ini,
Memberiku peluang merasai mati sebelum mati,
Menanggung sendirian segala hiba dan derita……
Bertemankan Raqib dan `Atid di sisi……..
Munkar dan Nakir? Bilakah mati?????

Syukur atas musibah itu,
Membuatkanku terkaya daripada rasa memiliki segala sesuatu,
Walaupun ia dalam pelukanku, dalam genggamanku………

Syukur atas musibah ini,
Memisahkanku jauh, jauh daripada hiruk pikuk duniawi,
Ke suatu alam yang sepi, sunyi, sendiri, misteri………

Syukur atas musibah ini,
Menyuluh rahsia demi rahsia,
Oh, wujudnya aku di sini,
Hanyalah ibarat melukut di tepi gantang!
Kewujudanku tidak menambahi,
Hilang tidak mengurangi,
Lantas menghancur musnah
Segala rasa kebesaran, kepandaian dan kemuliaan diri…………..

Oh, syukurnya aku atas musibah ini……..
Memperkasakan tekadku untukku terus memberi,
Walau kecil tidak terpandang,
Tidak dipeduli,
Tidak dimengerti……………….

Duhai Allah, Tuhan hamba,
Keluarkanlah segala kebesaran makhluk dari dalam hati hamba,
Dan masukkanlah hanya kebesaran-Mu,
Duhai Yang Maha Besar,
Hanya Engkaulah Yang Maha Besar…..

Oh, betapa……
Betapa aku rindu untuk pulang ke ribaan-Mu dengan segera!
Tetapi bila?????…..
Izinkanlah daku wahai yang Maha Menyinta,
Untuk tidak disakiti lagi di sana,
Cukup sudah, puas sudah,
Sudah-sudahlah……….

Terimalah, kabulkanlah angan dan harapanku,
Hamba yang tetap syukur,
Hamba yang selalu terhibur,
Walau apa pun yang Engkau hulur……..

Mengharap Dan Meminta Hanya Kepada Allah
Mengharap Dan Meminta Hanya Kepada Allah

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku akui,
Ia bukanlah musibah, bahkan tuah,
Yang hanya bisa dimengerti oleh mata hati…….
Tatkala sakit begini……

Tidakkah kalian iri?
………..kelazatan hidangan pahala telah
Melenyapkan sebesar-besar kesakitan yang aku nikmati
Saat ini…………oh……….

Namun………
Sebesar-besar kemaafan jua kupohon ke hadrat kalian,
Wahai saudara dan temanku sekalian…….
Setiap usai dibantai, dibelasah si’Tuah’ ini,
Suatu solusi yang senada akan kuperolehi;
………..selama hampir dua dekad ini……..
Ya……. Bunyinya masih dan tetap begini;

1) Aku hanya melukut di tepi gantang!
2) Hayatku yang masih bersisa ini, untuk apa???
3) SEBENARNYA, HANYA ALLAH SAHAJA yang menyayangiku!!
4) Istiqamahkan amalan solehmu!!! Kematian adalah kepastian!!!
5) USAH, USAH, USAH,
Usah terkesan dengan manusia,
Sayang dan meluat, tiadalah tetap,
Kasih mereka, juga bersyarat……………………
6) Hanya anak-anak sahaja yang masih memerlukanku. INGAT INI!!
7) Aku tidak layak menyintai sesiapapun kecuali Dia dan Pesuruh-Nya, atau kerana Dia dan Pesuruh-Nya.
8) Aku patut berpada dengan hanya punya makanan, pakaian dan tempat berteduh.

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya meriwayatkan ucapan Sahl bin Abdullah al-Tustari.
“Apabila seseorang sudah terbiasa bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan sudah biasa bersabar dalam meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu Allah akan memberinya kekuatan agar mampu bersabar dalam menerima ketentuanNya.”

Wahai diriku,
Tahukah kamu,
Pahala seluruh amalan solehmu selamanya,
Tidak kan mampu membayar harga nikmat,
Walau hanya sebiji mata,
Yang telah kau guna buat melihat,
Segala-gala yang telah engkau lihat.
Justeru, layakkah engkau merintih-rintih begini???
Oh, astaghfirullahal’azim………………

Ya Allah,
Bantulah aku untuk senantiasa membasahi lidahku,
Dengan menyebut-nyebut nama-Mu yang Manis,
Bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat-Mu,
Yang kesemuanya tidak kan mampu kutulis,
Bantulah aku untuk sentiasa melakukan penambahbaikan,
Di dalam menghadapkan tujuan amalan,
Semata-mata mahu membuatkan-Mu senang dan tersenyum manis……………………..

———————————————————————————————————

Penghargaan dan terima kasih kepada Majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Isu Ke 19 kerana telah membedah isu ’Hikmah Musibah’ yang telah menghadiahkan sinar harapan kepada banyak hati yang sedang celaru, haru-biru, keliru, pilu……………………..

Seterusnya memungkin empunya hati itu tenteram, tenang dan menumpaskan momokan-momokan setan yang tidak pernah lelah mengintai peluang untuk menggelincirkan dan menyesatkan…………….

Akulah salah seorang empunya hati itu………………..

Nukilan jiwa nan berkematu;
Wak Mykrk,
25 & 26 Mei 2010.

*** ‘Ibrah (عِبْرَة): pengajaran, teladan

Selamat Pengantin Baru……Eh? 2 …..

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada tarikh keramat 6 Februari (semalam) genaplah usia perkahwinan kami 17 tahun. Sama seperti rumahtangga tuan puan sekalian juga, kami tetaplah tidak lepas daripada ujian-ujian yang menguji keteguhan iman, kesetiaan dalam memegang teguh ikatan perkahwinan, dugaan mendidik anak-anak dan sebagainya. Namun…………. kesabaran mengatasi segalanya, Alhamdulillah……….

selamat pengantin baru............eh?2

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mencelah di kesempatan ini, ingin kami kongsikan beberapa pesanan buat tatapan teman-teman yang kami kasihi sekalian. Pertamanya pastilah buat sang nakhoda iaitu para suami atau bakal suami. Ayuh kita hayati maksud hadis ini. Sewaktu pertama kali mendengar hadis ini dibacakan di dalam suatu majlis ta’lim, saya sungguh keliru akan maksud yang tersirat yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Alhamdulillah selepas membaca buku ’Bercinta Sampai Ke Syurga’ karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil barulah saya faham dan tersenyum-senyum. Jazakallahu khairan kathira ustaz……..

Inilah hadis yang dimaksudkan.


Diharap para suami dapat membacanya dengan penuh penghayatan dan empati………….

Perbualan Ummu al-Mukminin Aisyah r.ha bersama suaminya Baginda Rasulullah SAW. Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah, cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.

“Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

“Wanita pertama berkata: ‘Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.’

“Wanita kedua berkata: ‘Aku tidak boleh menceritakan mengenai
suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka
aibnya.’

“Wanita ketiga berkata: ‘Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.’

“Wanita keempat berkata: ‘Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.’

“Wanita kelima berkata: ‘Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya) tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.’

“Wanita keenam berkata: ‘Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.’

“Wanita ketujuh berkata: ‘Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat, tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.’

“Wanita kelapan berkata: ‘Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.’

“Wanita kesembilan berkata: ‘Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.’

“Wanita kesepuluh berkata: ‘Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian daripada hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling, mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.’

” Wanita kesebelas berkata: ‘Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. Beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.’

“ ‘Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in? Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.’

“ ‘Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in? Tahukah kamu
siapakah anak lelaki Abu Zar’in? Tempat tidurnya seperti pelepah
ta mar. Beliau berasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.’

” ‘Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in? Tahukah
kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in? Beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya mantel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.’

” ‘Maka bagaimana pula jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.’

“Setelah itu beliau berkata: ‘Satu hari Abu Zar’in keluar dengan
membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau
bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka
bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya.
Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.’

” ‘Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata:Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiainya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.’”

Aisyah r.ha berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: ‘Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.’ ”

Aisyah r.ha membalas: “Bahkan engkau lebih baik daripada Abu Zar’in.”

“Rasulullah SAW menjawab: ‘Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau.’ ” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

HEBATNYA RASULULLAH SAW

Subhanallah!

Sabarnya Rasulullah SAW mendengar celoteh isterinya Aisyah!

Dalam kesibukan dan kegentingan pelbagai isu, sabarnya Baginda SAW melayan kisah 11 perempuan Jahiliah yang entah di mana faedahnya itu! Tidak langsung diperlekeh kisah Aisyah. Baginda tidak langsung memuncungkan mulut tatkala mendengar kisah panjang lebar isteri kesayangannya itu.

Bahkan setelah berakhirnya kisah 11 wanita Jahiliah Rasulullah SAW mengulas dengan komen yang paling bersahaja lagi romantik, sebagai seorang suami yang terbaik kepada keluarganya.

Maafkan daku sayang. Diri ini tidak sehebat Rasulullah SAW, tetapi aku ini pasti lebih baik daripada Abu Zar’in kerana sepanjang mana pun celotehmu tentang benda remeh-temeh berkaitan rumah kita, dikau tetap menjadi pojaan hatiku! (Kata Ustaz Hasrizal……..)


seterusnya……….

masih lagi bingkisan buat tuan-tuan yang menggalas pangkat ’SUAMI’. Bagi lebihlah sikit………
Ini pula adalah asbab hadis “Aku telah melihat syaitan manusia dan jin lari daripada Umar”.
Perawi: Ibnu Adi dan Ibnu Asakir daripada Sayyidatina Aisyah r.anha.

Sababul wurud:
Diriwayatkan di dalam “Al Jami’ul Kabir” daripada Aisyah r.anha bahwa sewaktu Nabi SAW duduk tiba-tiba beliau mendengar hiruk pikuk suara orang dan anak-anak. Ternyata seorang wanita Habsyi sedang menari-nari sambil dikelilingi orang ramai. Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah r.anha: “Wahai Aisyah, lihatlah!”. Kata Aisyah: “Kuletakkan mukaku di atas bahu baginda sehingga aku dapat melihat diantara bahu dan kepala baginda”. Sabda Rasulullah SAW: “Sudah puaskah melihatnya, hai Aisyah?”. Jawab Aisyah r.anha: “Belum”. Rasulullah SAW kemudian duduk bersila. Tidak lama selepas itu secara tiba-tiba muncullah Saidina Umar r.anhu, orang ramai pun kelam kabut melarikan diri.
Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat syaitan manusia dan seterusnya ………”.

MasyaAllah……….. pernahkah tuan-tuan melayan isteri sebagaimana Rasulullah SAW lakukan itu? Mula-mula kahwin insyaAllah. Kalau sudah lama mungkin ini dialog yang biasa kita dengar;
”Cepat-cepat, sepuluh minit je ea. Abang ada hal lepas nih. Ambil benda yang perlu jer.”
………. Hek elleh……… kalo camni, takyah le ajak pi shopping………. Huh!
Kalau nak berjalan jauh pula, kadang-kadang si ibulah yang tidak habis-habis mengemas. Mana barang yang mahu dibawa, rumah yang hendak ditinggal. Cik abang memang dibiarkan berehat maklumlah akan memandu jauh. Setelah semua beres, barulah ibu terkedek-kedek pergi mandi. Ayah pula terbangun apabila terdengar pintu bilik air ditutup, ”Semua dah siap?” ”Sudaaaahhhh.” anak-anak menjawab. Apa lagi, barang-barang pun diangkutlah ke dalam kereta. Selepas solat sunat safar, ayah pun berkata, ”Semua masuk dalam kereta. Pantas, pantas.” Lalu distartlah kereta dan terus dipandu keluar pagar………… sajalah tu…….. nak suruh makhluk dalam bilik air keluar cepat………. hwaaaa benci! Kwang kwang kwang………..


Baiklah, sekarang buat para isteri yang budiman pula……….

Pedoman/Tip/Panduan Buat Isteri: Bagaimana Menambat Hati Suami
1. Terima dia agar dia menerima anda
2. Fahami lelaki agar dia memahami anda
3. Berubah untuk menikmati perubahan
4. Sanggup memberi untuk menerima
5. Percaya untuk dipercayai
6. Menangkan lelaki untuk Menang
7. Sifat negatif membuahkan kesan negatif
8. Bertanggungjawab akan menikmati kesan tanggungjawab
9. Kritikan akan membuahkan kritikan
10. Beri lelaki apa yang dia mahu
11. Tunjukkan minat tulin terhadap lelaki
12. Senyuman itu tanda kasih yang tidak perlu dibayar
13. Panggillah lelaki dengan panggilan manja
14. Hormati dia sebagai lelaki
15. Dengarlah dengan baik
16. Bercakaplah tentang apa yang disukai lelaki
17. Katakanlah bahawa dia paling penting dalam hidup anda
18. Jangan katakan penyesalan mengahwininya
19. Elakkan pergaduhan
20. Jangan menyalahkan, minta maaf apabila bersalah
21. Hidup bukan hanya di dunia

BUKAN MUDAH………. WALAU BAGAIMANAPUN……………SEBELAH KALI MEMIJAK NAFSU, INSYAALLAH SEBELAH KAKI SEDANG MELANGKAH KE SYURGA……………….

Akhir sekali, inilah lagu kegemaran kami…………. (terima kasih teacher Nash kerana sudi menuliskan lirik lagu ini, di internet memang banyak kedapatan lirik lagu ini, tetapi lirik yang teacher Nash tuliskan ini ada sedikit perbezaannya). Mengimbau kembali kenangan sewaktu baru berkenalan sebaik saja bertunang. Kembang hati saya dapat teman hidup yang fasih berbahasa Inggeris. Hajat hati hendak belajar dengan dia sampai pandai. Mak oi, sampailah sekarang……… entah dia yang tak reti mengajar, entah saya yang ‘bijak sangat’……….. bila tengok dia je, saya hanya pandai mengucapkan tiga patah perkataan………… “I love you………….” Naya betul kalau murid sudah jatuh cinta dengan tok guru nih…………… dia pun kalau saya start speaking dalam Bahasa Arab, tiga patah juga di jawabnya, “Arab arab arab……….”

For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there’s a couple words I *wanna say

Chorus
For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest, that’s true
Till the end of my time
I`ll be loving you… loving you

For the rest of my life
thru days and nights
I’ll thank Allah
for open my eyes
Now and forever I,
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife, you’re my friend and my strength
And I pray we’ll together in jannah.

Now I’ve found myself, I feel so strong
Yes, everything was changed when you came along
OOOO
And there’s a couple words I wanna say

Chorus

And now that you’re here in front of me,
I strongly feel in love, (I strongly feel in love)
And I have no doubt
I’m singing loud that I’ll love you eternally

Chorus

*wanna (bahasa pasar bagi perkataan want to = hendak)

Rujukan:
1. Hasrizal Abdul Jamil. 2009. Bercinta sampai ke Syurga. Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. m.s 219- 223
2. Ibnu Hamzah Al-Husaini Al-Hanafi Ad-Damsyiqi (Terjemahan H.M Suwarta Wijaya B.a & Drs. Zafrullah Salim). 1997. ASBABUL WURUD – Latar Belakang Sejarah Hadis-Hadis Rasulullah S.A.W Jilid 2. Kuala Lumpur: Penerbit Edaran Kalam. m.s 365

Review Dan Testimoni Pakej Blog WordPress

Pakej Blog WordPress
Pakej Blog WordPress

Assalamu’alaikum wrt wbt.
Kepada mereka yang sudah biasa menziarahi blog saya ini tentunya sudah lama melihat banner Pakej Blog WordPress. Sudah hampir setahun barulah kini saya dapat menyiapkan review tentangnya. Hemmm …….. tak patut, tak patut …….. . Apa yang penting saya hanya mahu berkongsi maklumat berkenaan produk yang baik-baik saja dengan pengunjung blog ini.

Ok, dengar ini testimoni daripada saya ……..

Membina blog nampak mudah dengan wujudnya Ebook Panduan Asas WordPress terbitan saudara Mohd Zulfadli (SmartZul) yang memang bagus ini, malah ianya menjadi lebih mudah dengan bimbingan orang yang lebih berpengalaman (orang yang menjual produk tentunya! ). Inilah kelebihan membeli produk online iaitu support dan bimbingan yang berterusan.

Kepada anda yang sudah lama mempertimbangkan untuk memasang blog dot com sendiri, saya optimis menyarankan agar anda membelinya di sini kerana dua sebab yang utama:

1. Bonus yang ditawarkan ialah Video Upgrade Blog WordPress. Produk ini akan anda perlukannya nanti bagi mempastikan blog anda tetap ‘sihat’ pada masa-masa mendatang. Membina blog mungkin senang, tetapi memastikan kelangsungannya belum tentu!. Pada Syawal yang lalu, hampir sebulan blog saya ditahan daripada dilayari oleh browser google chrome kerana disyaki terdapat link yang mengandungi malware. Alhamdulillah setelah blog saya selamat diupgrade pada 6.10.2010, masalah tersebut selesai. Walau bagaimanapun, jika anda perasan, minggu lepas iaitu kalau tidak silap saya pada 13.10.2010, gangguan tersebut muncul lagi hingga saya terpaksa mengumumkan agar anda mengabaikan sahaja apa-apa mesej yang keluar, grrrrrrr …………. geram sungguh saya masa tu. Sekarang cuba pandang ke atas, header blog saya pun sudah ‘ting tong’ macam perasaan saya juga ……… syudah fenatlah saya nak menggodehnya ………..(alhamdulillah masalah header pulih sepenuhnya pada 26.10.2010). Haaaa lihatlah, senang tak senang nak berblog. Inilah akibatnya suka bereksperimen. Taubatlah saya, lepas ini kalau wordpress menaiktarafkan sistemnya, insyaAllah saya pasti segera melakukannya kerana meremehkan versi WordPress yang lebih terkini, rupa-rupanya mendedahkan blog kita kepada bahaya seterusnya mudah untuk dicerobohi oleh ‘hacker’ (penceroboh sistem).

2. Sokongan selepas jualan yang En. Ahmad Rizal Razali berikan insyaAllah memuaskan hati. Ini bukanlah ucapan insyaAllah yang biasanya difahami oleh orang Melayu, sebaliknya memang diajar oleh Allah dalam Surah al-Kahf (18: 23-24).

Support daripada penjual amat penting kerana dengan hanya membaca ebook kita merasakan kita sudah memahami panduan yang diberi, sebaliknya apabila mula mempraktikkan langkah-langkah yang dianjurkan, timbul pula perkara-perkara yang di luar kotak pemikiran kita. Kalau tak percaya cuba beli. Ebook yang akan anda perolehi bukan hanya sebuah sahaja, memang berbaloi-baloi. Kepada siapakah harus diajukan persoalan-persoalan anda kelak? Ye, penjual ebooklah yang memikul tanggungjawab tersebut. Ketahui hak anda juga senario penjualan ebook semasa sebagaimana yang disuarakan sendiri oleh saudara SmartZul di sini.

Kepada anda yang ingin berniaga, wordpress juga adalah jawapannya. Anda tentunya memerlukan pengunjung yang ramai bagi melariskan jualan anda bukan? Kalau dulu visitor blog saya dalam sehari 25 orang pun saya sudah tersenyum lebar. Bulan Oktober ini alhamdulillah paling ramai 441 orang pengunjung, paling sedikit 241 orang pengunjung. Jika anda mahu menjadikan blog anda sebagai ‘kilang pahala’ juga, mengapa tidak memilih wordpress?

Trafik Blog Bulan Oktober 2010
Trafik Blog Bulan Oktober 2010

Pada bulan Ogos 2010 pula pecah rekod 16727 orang pengunjung dalam sebulan. Semuanya daripada Allah jua. Alhamdulillah. Mengapa demikian? Jawapannya ialah wordpress (wordpress.org bukan wordpress.com) mesra SEO.

Trafik Blog Tahun 2010
Trafik Blog Tahun 2010

Jemput juga baca review saya berkenaan panduan membeli ebook di sini.

Salam kejayaan buat semua. Jangan lupa dapatkan produk bermutu ini di sini ye.

Berita baik! Harga Pakej Blog WordPress adalah RM0.00 sahaja. (Update 7.10.2016 = 6 Muharram 1438H)

Assalamualaikum.

Share/Save
Share/Save
Scroll to Top