Video

Khutbah Jumaat: Menentang Penghinaan Nabi SAW Melalui Video Dan Karikatur Anti Islam Di dalam Majalah Perancis

Baca sepenuhnya di blog: Ustaz Norazamudin Umar
Kredit gambar: www.jakim.tv

khutbah jumaat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Di saat kita umat Islam memprotes musuh-musuh Islam yang memang kerja mereka memberi gambaran yang salah berhubung Islam, sejauh mana kesungguhan kita umat Islam untuk melaksanakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul (s.a.w).

Ada orang Islam yang tidak menghormati masjid yang merupakan baitullah. Apabila pelancong asing datang ke masjid, kita meminta mereka memakai pakaian yang menutup aurat.

Sebaliknya apabila wanita Islam sendiri masuk ke masjid mereka masuk ke rumah Allah (s.w.t) dalam keadaan aurat mereka terdedah tanpa ada sebarang perasaan segan dan malu.

Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan ramai umat Islam tidak cukup solat lima waktunya. Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan orang Islam yang datang solat subuh dengan bilangan yang boleh dikira dengan jari?

Adakah kita cinta kepada Allah (s.w.t) dan nabinya (s.a.w) dalam keadaan kita menggantungkan ayat al-Kursi atau ayat seribu dinar di atas televisyen kita.

Kita menonton rancangan-rancangan yang tidak diredhai Allah (s.w.t) dan Rasulnya pada masa yang sama kita menggantungkan ayat-ayat Allah di atasnya.

Berapa banyak hadith nabi (s.a.w) yang kita baca atau kita dengar setiap hari? Berapa kali kita sudah menamatkan bacaan buku-buku berkaitan sirah dan sejarah hidup Nabi kita Muhammad (s.a,w) berbanding novel-novel atau majalah hiburan yang kita baca?

Berapa ramai di kalangan kita yang menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid? Berapa ramai di kalangan kita yang tidur semasa mendengar ceramah agama atau semasa khutbah Jumaat disampaikan berbanding mereka yang sanggup menahan mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak atau menonton filem yang diminati?

Mengapakah masih ada yang membaca ipad atau bermain dengan telefon bimbit semasa khutbah di sampaikan? Mengapa masih ada yang bercakap-cakap semasa khutbah disampaikan?

Dimanakah pemuda dan pemudi Islam pada malam hujung minggu? Ini antara beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan bersama.


باَرَكَ اللّهُ لِى وَلَكُم فِي القرآنِ الْعَظِيم ، وَنَفَعَنِي وَإيَّاكُم بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيم


وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ


الْعَظِيمَ لِي وَلَكُم وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَات والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات فَاسْتَغْفِرُوه


إِنَّهُ هُوَ الْغًفُورُ الرَّحيم

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Apabila kita membaca maklumat berhubung pengarah filem Innocence of Muslims bahawa dia berketurunan Israel Amerika, maka ia bukanlah suatu yang menghairankan kerana datuk neneknya dahulu telah menyakiti Nabi Musa (a.s). Firman Allah (s.w.t):

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Filem yang menghina Rasul (s.a.w) bukan sahaja mendapat bantahan umat Islam seluruh dunia bahkan mendapat bantahan di kalangan orang bukan Islam termasuklah pemimpin-pemimpin di kalangan Yahudi dan kristian.

Oleh yang demikian, bagaimana dengan orang Islam yang tidur dan makan tetapi tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku disekitarnya seperti filem yang menghina Nabi (s.a.w) sekalipun dia solat, mengerjakan haji dan umrah tetapi tidak merasa sedikit pun di dalam dirinya apa-apa perasaan.

Marilah kita menjadi umat Islam yang sebenarnya yang mencintai Nabi (s.a.w) dan benci kepada sebarang bentuk penghinaan ke atas Nabi (s.a.w)

Mari kita berdoa supaya Allah (s.w.t) menghukum mereka yang menghina Rasulullah (s.a.w) di dalam filem Innocence of Muslims dan karikatur karikatur anti-Islam di sebuah majalah di Perancis.

BELAJAR BAHASA URDU / HINDI: Perbualan Asas (Basic Phrases)

 

Apse milkar hushi hui :
Saya gembira bertemu dengan awak!:
Nice to meet you!

Terkenang pada tahun 2008 semasa berada di India, inilah ungkapan ‘modal’ saya setiap kali bersalaman untuk berpisah.

Ya, Allah apa lagi! Dipeluk-peluknya saya dengan penuh gembira, sambil membalas dengan kata-kata yang…..(saya tidak faham…..)

Saya cuma angguk-angguk, geleng-geleng, senyum-senyum…..indahnya persaudaraan Islam.

BELAJAR BAHASA URDU / HINDI: Perbualan Asas (Basic Phrases)
Ukhwah Islamiyyah

Mari kita belajar perbualan asas dalam Bahasa Urdu atau Hindi melalui video di bawah. Bahasa ini ada dua jenis tulisan iaitu tulisan ‘jawi’ dan ‘rumi’.

Tulisan ‘jawi’nya dipanggil tulisan Urdu, manakala tulisan ‘rumi’nya disebut tulisan Hindi.

Sebutannya sama sahaja, cuma di kalangan mereka ada yang pandai membaca tulisan ‘jawi’. Ada pula yang pandai membaca tulisan ‘rumi’. Ramai juga yang pandai membaca kedua-dua tulisan.

Lebih kurang seperti Bahasa Melayu juga. Ada tulisan jawi dan rumi. Tulisan ‘rumi’mereka yang berpintal-pintal itulah. Tuan/puan biasa menonton filem Hindi bukan? Jadi pastinya lebih maklum daripada saya…….

Jom kita belajar Bahasa Urdu / Hindi. Sekiranya video di bawah tidak keluar kliklah sini: Urdu Language: Lesson 3 Basic Phrases

Kredit Gambar: dzikriii.multiply.com

Buku maghfirah pustaka

Hadiah Sudah Dapat. Terima Kasih IKIMfm Dan Maghfirah Pustaka

Nisfu Sya’ban kali amat bermakna……….

Apakah yang lebih menggembirakan bagi seorang ‘ulat buku’ selain daripada mendapat hadiah buku? Alhamdulillah tergerak pula jari saya untuk mendail 03 62051500 apabila DJ Siti Rohani Surani mengumumkan kuiz akan ke udara………

* Sila klik gambar untuk melihatnya dalam saiz lebih besar.

Saya teruja untuk menyertai kerana soalan sehari sebelum itu adalah berkenaan hukum tajwid. Rasanya kalau soalan tajwid yang mudah tu bolehlah saya jawab. Ceh, dengan penuh keyakinan saya mencuba. Allahuakbar, soalannya…….. alhamdulillah tentang ulama Islam tetapi ternyata lebih senang………

Kepada kawan-kawan sekalian, kalau ingin mencuba silalah dengar rancangan Warna Pagi di Radio IKIM.fm. Waktunya di antara pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Maghfirah Pustaka (M) Sdn. Bhd. kerana menaja hadiah untuk bulan Jun 2012. Hadiah telah selamat saya terima semalam pada pukul 2.10 petang bersamaan 14 Syaaban 1433 H.

Selalu ke saya telefon Radio IKIM.fm. Jarang….. saya suka dengar saja. Aktiviti terkini pula ialah merakam rancangan-rancangan kegemaran. Hayya bil-Arabiah dan Durus Arabiah pun banyak sudah saya rakam. Nak dengar?…….. Tunggu……..

Ermmm……. Cik Siti dan Pian, boleh saya sertai kuiz lagi?

MUTIARA KATA UNTUK DAIE: Koleksi Kata-kata Pujangga Untuk Para Pendakwah

Koleksi Kata-kata Pujangga Atau Kata-kata Hikmat (Hikmah) Untuk Pendakwah

2 Natijah Jika Buat Usaha Dakwah Tanpa Niat Baiki Diri Sendiri:

1. Kita akan marah dan putus asa jika orang tidak mahu menerima dakwah kita

2. Kita akan merasa ujub dan takabbur apabila orang menerima dakwah kita

~ Mutiara Para Da’i. m.s 34 ~

4 Amal Yang Mesti Tepat Waktu Dan Sempurna – Allah Akan Selamatkan Daripada Dosa:

1. Solat

2. Ta’lim

3. Zikir pagi petang

4. Tilawah al-Qur’an

~ Mutiara Para Da’i. m.s 33 ~

6 Rukun Iman:

1. Percaya dan yakin kepada Allah

2. Percaya dan yakin kepada Rasul Allah

3. Percaya dan yakin kepada Kitab Allah

4. Percaya dan yakin kepada Malaikat

5. Percaya dan yakin kepada Hari Qiamat

6. Percaya dan yakin kepada Qada’ dan Qadar

~ Mutiara Para Da’i. m.s 5 ~

“Kami inginkan bagaimana kehidupan setiap orang mula dari pasar hingga masjid, dari masjid sampai tandas, semuanya benar dan mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم”
~Maulana Muhammad Yusuf rah. Alaih

3 Tertib Mendidik Anak Perempuan:

1. Jadikan hafizah al-Qur’an

2. Jadikan alimah sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم

3. Ajar hingga fasih hak-hak suami

~ Mutiara Para Da’i. m.s 27 ~

4 Tugas Da’i Wanita:

1. Pastikan waktu ta’lim di rumah tepat waktu

2. Segera selesaikan tugas rumah untuk beribadat, zikir dan tilawah

3. Jika ada tetamu wanita, berikan dakwah mengenai usaha agama dan iman

4. Sentiasa sibuk berzikir semasa membuat kerja rumah

~ Mutiara Para Da’i. m.s 27 ~

4 Sebab Kita Kena Beristighfar Selepas Satu-satu Amal:

1. Amal yang kita buat banyak kesalahan

2. Amal yang kita buat ada kekurangan

3. Kita tidak tunaikan hak amalan

4. Pada waktu yang sama kita tinggal amalan lain

~ Mutiara Para Da’i. m.s 18 ~

Usaha ini adalah jual beli amal
Lihat kualiti baik di kalangan kamu
Dengan itu akan timbul kasih sayang di antara kamu
Lebih baik kau bersatu hati
Dengan itu lebih berkesan usaha kamu.

– Maulana Ilyas rah.a –
~ Mutiara Para Da’i. m.s 55 ~

3 Doa Dan Harapan Apabila Diputuskan Tempat Keluar:

i. Mendapat KEMUDAHAN daripada Allah.

ii. Mendapat KESELESAAN daripada Allah.

iii. Mendapat PERTOLONGAN daripada Allah.

(Jangan minta kesusahan, mujahadah dan ujian hebat-hebat.)

~ Mutiara Para Da’i. m.s 32 ~

3 Usul Utama Semasa Berdakwah:

i. Tidak menyinggung sesiapa.

ii. Tidak merendah-rendahkan orang lain.

iii. Tidak menyakiti hati orang

~ Mutiara Para Dai. m.s 32 ~

Usaha kita seumpama air yang mengalir,
Tiada keistimewaan dan tiada sesiapa yang istimewa,
Tiada sesiapa yang boleh menuntut keistimewaan kerana ianya umum.

~ Maulana Ilyas rah.alaih ~
– Mutiara Para Da’i. m.s 61 –

8 Jenis Amalan Infiradi:

(Buat semasa amal infiradi, jangan sampai mengorbankan amal ijtima’i)

1. Solat sunat (Isyraq, Awwabin, Tahajjud, Witir, Hajat, Safar dll.)

2. Berdoa.

3. Zikrullah / selawat / istighfar.

4. Tilawah al-Qur’an.

5. Ta’lim infiradi (baca kitab ta’lim / belajar daripada orang lain.)

6. Khidmat.

7. Dakwah infiradi.

8. Hafal doa-doa masnun (sehari hafal satu doa baru.)

-Mutiara Para Da’i. m.s 10.

8 AMAL IJTIMA’I SEMASA KELUAR JEMAAH:

(Tinggal semua amal infiradi jika bertembung dengan amalan ini)

1. Safar – perjalanan menuju ke destinasi.

2. Solat berjemaah.

3. Mesyuarat.

4. Makan.

5. Taalim ijtima’i.

6. Tidur.

7. Bayan (Dakwah ijtima’i).

8. Gash umumi.

* Amal ijtima’i ibarat satu lautan, amal infiradi ibarat setitis hujan.

* Amal ijtima’i ibarat sebuah gunung, amal infiradi ibarat sebutir debu.

– Mutiara Para Da’i. m.s 11

Usaha yang masyhur tidak semestinya makbul,
usaha yang makbul tidak semestinya masyhur.

-Mutiara para da’i m.s 61.

6 Perkara Menyatukan Hati Karkun:

1. Lihat kebaikan saudara kita.

2. Sebarkan kebaikan mereka.

3. Kalau terlihat keburukan mereka, tutup kesalahan itu.

4. Selalu bersangka baik.

5. Selalu doa mendoakan.

6. Iktiraf korban mereka walaupun kecil.

(Di India, semuanya ACHHA!! Walaupun karkun bagi masa 30 minit dalam program 22 jam)

– Mutiara Para Dai. m.s 34

‎4 Sifat Perlu Ada Pada Da’i:

Unta – Sanggup berkorban.

Langit – Niat yang tinggi.

Gunung – Sabar menahan derita.

Tanah – Terima segala dugaan, pujian atau cercaan dan tawadhuk.

4 Perkara Da’i Perlu Jaga Sepanjang Masa:

1. Takbiratul ula.

2. Tahajjud.

3. Tasbeehat (Zikir pagi dan petang).

4. Tilawah al-Qur’an.

‎4 Jenis Pasangan Suami Isteri:

1. Suami ke syurga, isteri ke syurga seperti Rasulullah SAW.

2. Suami ke syurga, isteri ke neraka seperti Nabi Nuh, Luth A.S.

3. Suami ke neraka, isteri ke syurga seperti Asiah.

4. Suami ke neraka, isteri ke neraka seperti Abu Lahab.

(Bagaimana kita dan isteri kita?)

‎4 CARA UNTUK MENDAPAT HAKIKAT AGAMA:

1. DENGAR dengan tawajjuh.

2. DAKWAH dengan hikmah.

3. AMAL dengan istiqamah.

4. DOA dengan mutmainnah.

– Mutiara Para Da’i. m.s 17

‎4 Cara Tawan Hati Manusia:

1. Salam: Selalu memberi salam.

2. Kalam: Bercakap dengan cara sunnah.

3. Ta’am: Suka menjamu makan.

4. Qiam: Doakan pada waktu malam.

~ Mutiara Para Da’i. m.s 14 ~

Video ini saya buat daripada Microsoft Office Powerpoint yang diconvert ke video menerusi perisian E.M. Free PowerPoint Video Converter V3.20 (Freeware)
Audionya dipilih di You Tube.

Ops………. ada masalah teknikal pada video di atas. Sila tonton di You Tube sahaja.

Gambar-gambar di dalam video yang ini pula saya buat dengan menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Selepas itu setiap satu slide dicopy dan pastekan ke Microsoft Office Picture Manager. Seterusnya diubah ke bentuk video dengan menggunakan perisian Windows Movie Maker.

Lagu Maher Zain itu saya gunakan daripada fail di komputer.

Terima kasih kepada Teacher Nash yang banyak memberi tunjuk ajar.

Kata-kata Hikmah Para Masyaikh Berkenaan Dakwah:

” Bantuan dan nushrah Allah hanya akan datang dengan kesatuan hati.” Maulana Yusuf rahimahullah

” Dalam tashkil memenuhi taqazah, orang-orang baru hendaklah kita ikram dengan mereka, tetapi untuk orang-orang lama mereka ditashkil jauh-jauh.” Maulana llyas rahimahullah

” Mereka yang buat musyawarah dan buat kerja akan menjadi asbab banyak pintu-pintu hidayah akan terbuka. Buatlah usaha ini dengan kemaafan dan memaafkan orang lain.” Maulana Syed Ahmad Khan rahimahullah

6 KUALITI PARA SAHABAT YANG MENJADI BUAH MULUT MUSUH

1. Solat mereka sangat khusyuk

2. Mereka senantiasa berzikir

3. Mereka senantiasa membaca Al Qur’an

4. Mereka sangat berkasih sayang sesama mereka

5. Mereka berusaha tidak pecah hati sesama mereka

6. Mereka tidak mengumpat sesama mereka

Rujukan:
Abu Basyir Ad-Daiki Al-Jawi. 2006. MUTIARA PARA DAÍ. Kuala Lumpur: Ab. Majid AhmadMUTIARA KATA UNTUK DAIE: Video Mykrk Di You Tube Dan Himpunan Status Di Facebook

Hendak membaca Mutiara Para Dai lagi? Klik sini (Versi Indonesia)

Mengharap Dan Meminta Hanya Kepada Allah

Nukilan Rasa: Ibrah Musibah

Syukur kerna musibah ini,
Menginsafkan daku betapa daifnya sang hamba,
Hanya bisa berbuat apa-apa,
Hatta mengelipkan mata atau bersuara, hanyalah seizin Tuannya.

Syukur atas musibah ini,
Memberiku peluang merasai mati sebelum mati,
Menanggung sendirian segala hiba dan derita……
Bertemankan Raqib dan `Atid di sisi……..
Munkar dan Nakir? Bilakah mati?????

Syukur atas musibah itu,
Membuatkanku terkaya daripada rasa memiliki segala sesuatu,
Walaupun ia dalam pelukanku, dalam genggamanku………

Syukur atas musibah ini,
Memisahkanku jauh, jauh daripada hiruk pikuk duniawi,
Ke suatu alam yang sepi, sunyi, sendiri, misteri………

Syukur atas musibah ini,
Menyuluh rahsia demi rahsia,
Oh, wujudnya aku di sini,
Hanyalah ibarat melukut di tepi gantang!
Kewujudanku tidak menambahi,
Hilang tidak mengurangi,
Lantas menghancur musnah
Segala rasa kebesaran, kepandaian dan kemuliaan diri…………..

Oh, syukurnya aku atas musibah ini……..
Memperkasakan tekadku untukku terus memberi,
Walau kecil tidak terpandang,
Tidak dipeduli,
Tidak dimengerti……………….

Duhai Allah, Tuhan hamba,
Keluarkanlah segala kebesaran makhluk dari dalam hati hamba,
Dan masukkanlah hanya kebesaran-Mu,
Duhai Yang Maha Besar,
Hanya Engkaulah Yang Maha Besar…..

Oh, betapa……
Betapa aku rindu untuk pulang ke ribaan-Mu dengan segera!
Tetapi bila?????…..
Izinkanlah daku wahai yang Maha Menyinta,
Untuk tidak disakiti lagi di sana,
Cukup sudah, puas sudah,
Sudah-sudahlah……….

Terimalah, kabulkanlah angan dan harapanku,
Hamba yang tetap syukur,
Hamba yang selalu terhibur,
Walau apa pun yang Engkau hulur……..

Mengharap Dan Meminta Hanya Kepada Allah
Mengharap Dan Meminta Hanya Kepada Allah

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku akui,
Ia bukanlah musibah, bahkan tuah,
Yang hanya bisa dimengerti oleh mata hati…….
Tatkala sakit begini……

Tidakkah kalian iri?
………..kelazatan hidangan pahala telah
Melenyapkan sebesar-besar kesakitan yang aku nikmati
Saat ini…………oh……….

Namun………
Sebesar-besar kemaafan jua kupohon ke hadrat kalian,
Wahai saudara dan temanku sekalian…….
Setiap usai dibantai, dibelasah si’Tuah’ ini,
Suatu solusi yang senada akan kuperolehi;
………..selama hampir dua dekad ini……..
Ya……. Bunyinya masih dan tetap begini;

1) Aku hanya melukut di tepi gantang!
2) Hayatku yang masih bersisa ini, untuk apa???
3) SEBENARNYA, HANYA ALLAH SAHAJA yang menyayangiku!!
4) Istiqamahkan amalan solehmu!!! Kematian adalah kepastian!!!
5) USAH, USAH, USAH,
Usah terkesan dengan manusia,
Sayang dan meluat, tiadalah tetap,
Kasih mereka, juga bersyarat……………………
6) Hanya anak-anak sahaja yang masih memerlukanku. INGAT INI!!
7) Aku tidak layak menyintai sesiapapun kecuali Dia dan Pesuruh-Nya, atau kerana Dia dan Pesuruh-Nya.
8) Aku patut berpada dengan hanya punya makanan, pakaian dan tempat berteduh.

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya meriwayatkan ucapan Sahl bin Abdullah al-Tustari.
“Apabila seseorang sudah terbiasa bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan sudah biasa bersabar dalam meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu Allah akan memberinya kekuatan agar mampu bersabar dalam menerima ketentuanNya.”

Wahai diriku,
Tahukah kamu,
Pahala seluruh amalan solehmu selamanya,
Tidak kan mampu membayar harga nikmat,
Walau hanya sebiji mata,
Yang telah kau guna buat melihat,
Segala-gala yang telah engkau lihat.
Justeru, layakkah engkau merintih-rintih begini???
Oh, astaghfirullahal’azim………………

Ya Allah,
Bantulah aku untuk senantiasa membasahi lidahku,
Dengan menyebut-nyebut nama-Mu yang Manis,
Bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat-Mu,
Yang kesemuanya tidak kan mampu kutulis,
Bantulah aku untuk sentiasa melakukan penambahbaikan,
Di dalam menghadapkan tujuan amalan,
Semata-mata mahu membuatkan-Mu senang dan tersenyum manis……………………..

———————————————————————————————————

Penghargaan dan terima kasih kepada Majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Isu Ke 19 kerana telah membedah isu ’Hikmah Musibah’ yang telah menghadiahkan sinar harapan kepada banyak hati yang sedang celaru, haru-biru, keliru, pilu……………………..

Seterusnya memungkin empunya hati itu tenteram, tenang dan menumpaskan momokan-momokan setan yang tidak pernah lelah mengintai peluang untuk menggelincirkan dan menyesatkan…………….

Akulah salah seorang empunya hati itu………………..

Nukilan jiwa nan berkematu;
Wak Mykrk,
25 & 26 Mei 2010.

*** ‘Ibrah (عِبْرَة): pengajaran, teladan

Scroll to Top